Thursday, December 9, 2010

"you're the closest thing I have to family"- NARNIA III

Akhirnya, lepas sebulan setengah habis jugak exam saya yang satu-satunya untuk semester ni. Sengal sungguh semua orang, wish goodluck dekat saya bagai nak rak macam saya ni cuak-cuak nak ambil paper SPM tapi sebenarnya ambil paper elektif saja. Sampai mak abah pun call dua-tiga kali. Ceh, bajet elektif senang sebenarnya meh sini kita nantikan result bersama-sama T_T

Jadi lepas saja habis exam, aktiviti wajib untuk setiap student UM haruslah beramai-ramai kita muafakat parking kereta tepi Dewan Tuanku Cancelor untuk ambil gambar dekat papan tanda UNIVERSITI MALAYA 2010. Saya tak pernah lagi nampak orang/student UM yang tak pernah ambil gambar dekat situ, sebab tanda tahun tu akan bertukar tiap-tiap kali, dari 2008-2009-sekarang ni 2010. Macam, kalau kau budak UM tapi tak pernah ambil gambar dekat situ haa boleh kepak dua matrik card tu sekarang tak pun bagi dekat saya dapat jugak student price kalau pakai dekat GSC. Maka moral cerita pendek ini: bawa-bawalah tangkap gambar dekat papan tanda tu lepas tu doploh tahun dari sekarang masa kau dah bertongkat, boleh tunjuk gambar dekat cucu cicit masing-masing cakap GRANNY WAS HERE (ayat pasrah).


Tu dia punyalah nak susun koordinat masing-masing nak bergambar sakan, sampai jatuh-jatuh. HAA TENGOK SAPE PALING DEPAN YANG EXCITED SANGAT TENGOK ORANG JATUH TUU.


At last berjaya juga dengan Myra buat candid >_<

Rapat-rapatkan saf


Ni dah macam tugu helang yang dekat Langkawi tu

Penutupnya kena jugak tangkap gambar tanpa lelaki.

Haa dah habis satu semester dah haa tinggal lagi setahun setangah nak grad haa cuak-cuak eh. Bai semua, sayang semua.

No comments: