Saturday, December 25, 2010

there is simply not too much of love in the air lately



Hai semua, semalam 25/12/2010 sempena Christmas celebration, saya dan ahli keluarga yang lain telah ke Bertam dan Kepala Batas untuk menghadiri dua kenduri kahwin. Terasa dah lama tak pergi makan nasi kenduri, sehingga merasakan yang diri ini hanya akan makan nasi lauk pauk kenduri pada hari perkahwinan sendiri *loser*. Tapi alhamdullilah, dua-dua majlis yang saya pergi pun tak mengecewakan. And ini first time saya pergi kenduri kahwin bukan setakat nak melahap mengemukkan diri saja tapi memang betul-betul nak jumpa saudara-mara yang dah lama tak jumpa.


Tapi apa-apa pun makanan tetap nombor satu laa kan.

Sempat ambil gambar makanan je pastu makan and terus bergerak ke rumah kedua. Sebab kitorang pergi rumah pertama tu cepat sangat. Pukul 10.00pagi dah sampai, orang pun ada dua-tiga orang je so kalau tangkap gambar lagi memang rasa tak ada gunanya. Rumah kedua sampai kira-kira pukul 12 tengahari. Just in time for my second lunch.





Masa nak masuk dewan, budak nerd ni tak perasan gambar gedabak ni. Walaupun gedabak, budak nerd ni dah melanggarnya. Nerd sungguh =_=

Pelamin simple tapi sweet

Sweet lagi kalau pengantin dah duduk (dan kalau gambar tak shaky)

Ada appetizer! Makan ni dulu papehal pun, walaupun ni kenduri kedua kau pergi T_T

Makanan sebenar pun sedap gak. Tambah-tambah daging tu. Ingatkan masak kicap, rupa-rupanya black pepper u'ollz. Meletup western wedding ni. Lagu pun Taylor Swift.




Bai Semua!

No comments: