Monday, December 6, 2010

never fall so hard till you never know how to get back up

Lemak tak rasanya bila janji pada diri sendiri akan update blog lepas habis exam sahaja tapi lepas kena tanya dua tiga kali dengan teman seperjuangan "kau dah update blog kau? ooh tak ye, still post lama tu jugak ah?," sekaligus menyebabkan kau terus balik ngadap laptop sambil fikir nak tulis pasal apa T_T
Takkan nak tulis pasal Ari lagi, macam kau-obses-sangat-dengan-budak-kecik-dah-nak-sampai-jodoh-ke? Hoh.

Tapi tak salahkan kalau letak gambar makhluk comels ni? FINE, ARI SORANG JELAH.

Hari tu sebelum balik UM, saya sempat berjumpa sekerat hari dengan Hadzwan cinta hati manis saya. Jumpa terkejut-terkejut, dah dekat empat bulan tak jumpa.


Nampak cool tapi sebenarnya tengah nyanyi lagu Dira AF

Kitorang tak pergi mana-mana pun, duduk sembang tanya khabar saja. Keluar rumah pagi-pagi lagi, satu tempat pun tak bukak. Nasib baik ada McD yang dipercayai 24 jam :) Boleh lah duduk-duduk tak makan apa-apa sebab kat rumah dah breakfast. Walaupun masa tu kalau dapat pancake McD time breakfast pun macam sedap, tapi takpelah I'll pass ececeh ambil pengajaran dari Biggest Loser Asia or err, should I say, America's Next Top Model? Dewi Remaja belum lagi lah :D

Di kesempatan berjumpa kali ini, saya mintak tolong Hadzwan (bukan untuk buat design banner lagi) untuk betulkan camera saya yang dah memam ni. Ye, memam. Nak tangkap gambar pun dah tak berapa terang, stress rasa beli mahal lepas tu dapat kat tangan saya terus rosak eh memam. Jadi, when in doubt, we turn to our reliable camera-freak boyfriend. Tak sampai 10minit terus dia betulkan sambil bagi tutorial free HAH YANG NI ROSAKNYE, AWAK DAH TUKAR SETTING BLABLABLABLA HEH MANA ADA SAYA TUKAR SETTING APA-APALAH MEMANG CAMERA NI BENGONG BAK SINI TUKAR DENGAN DSLR AWAK!


Sambil tunggu camera dibetulkan, kerjanya mengulit handphone canggih idaman hati 24/7. Okay, tipulah 24/7, jumpa sekerat hari padahal? Tak dapat handphone sendiri, handphone seluk dari poket orang lain pun jadilah kan.

Terkantoi pula.

Pose untuk gambar via handphone idaman hati


Okay lemak gila suruh boyfriend sendiri tangkapkan gambar. Gambar bersama tiada >_<

Setakat ini saja, bai semua! xoxo

4 comments:

hanabanana said...

lai, ini depan sunway carnival ke? ohhh i miss penang! :(

lyla syahirah said...

yes:) hehe, ur old place kan? mesti rindu ouh. and mcD tu dekat Autocity.

hadzwan said...

mn gmba kte dua kat dpn tu?
bkn ade ke?
huhuhu.

lyla syahirah said...

owh yg tgkp guna BB tu, kecik sgt jadinya. kalau upload x nampak.