Tuesday, December 21, 2010

This makes the world go round, this bliss right here.

Hye u'olls (Dah terlupa nak cakap Hai Semua). Holiday has been great. Penang best! Tapi biasalah saya ni nama je duduk Penang, but I am more of a Penang visitor than a Penang resident. Keluar pun sekali sekala maka saya lebih excited macam tak pernah rasa Pasembur Padang Kota tu sedap ke tak. Macam gambar dekat atas ni, saya bawak Ari main dekat Taman Permainan sebelah Padang Kota tu. Ari pun teruja lebih macam lah dekat rumah tiap-tiap petang saya tak pernah bawak dia pergi main dekat playground. Memang kakak borek, adik rintik.

Cuti-cuti ni, selain buat kerja tapi perangai macam tak ada kerja nak dibuat, saya juga kena habiskan membaca buku di bawah ini
-
-
-
-
-
-
Pergh flash. sorry sorry.

Buku ni dihadiahkan oleh lecturer English Language saya, Madam Fauziah. Pernah tak anda jumpa seorang lecturer yang beli lebih kurang 20 buku brand new untuk semua anak-anak muridnya, buku lain-lain pulak tu sebab nak ikut selera anak-anak murid dan bagi semua secara percuma? Jika belum pernah, maka pernahkanlah diri anda dengan yang sorang ini :)

Dia tau saya tak suka baca cerita cintan-cintun, yang jenis hero mula-mula bercinta dengan si A lepas tu dekat-dekat nak kahwin, si A punya kawan iaitu si Z tiba-tiba balik dan dalam tempoh yang singkat dan tak masuk akal tu si hero boleh pulak tersuka dekat si Z tu and tinggalkan si A masa nak kata 'I do' depan paderi. Wah cerita cliche' macam ni memang pernah dengar kan?

Anyways berbalik pada buku di atas ni, buku ni memang tak ahh nak berdrama bagai. Semua hands-down based on true story. Yes, itulah jenis penceritaan yang saya gemari. Half The Sky, Say You're One Of Them dan lain-lain. Yes, memang kalau letak 'dan lain-lain' tu nampak sangat macam kita suka membaca.

Lagi satu saya suka, cerita yang ditulis berdasarkan pengalaman penulis sendiri. Macam Eat Pray Love tu. Buku ni pun, Eric Weiner tulis berdasarkan pengalaman dia. Dia pergi semua tempat dalam dunia ni untuk cari kebahagiaan. Sebab dekat Amerika tu dia tak bahagia. So dia pergi ke tempat-tempat macam Iceland, Qatar, Thailand untuk cari apa itu kebahagiaan. Kesian dia, sampai dah berapa chapter dah ni saya baca dia still tak bahagia-bahagia jugak, depress saya.

Kalau anda tak minat buku-buku romantik kisah cinta inderaloka zaman remaja, boleh lah consider baca buku ni pulak. Hari tu masa saya pergi MPH, saya jumpa buku ni dalam rak New Best Seller. Pergh banyak duit betul lecturer saya sorang ni. Bangga ni.

Bai Semua! xoxoxxxxx

p/s: terima kasih banyak untuk Adeline punya adik, Adeliya, sebab tulis entry post ada selit-selit pasal saya. Sekali lagi, bangga ni. Haa kalau nak usha blog dia, boleh baca di sini.

No comments: