Friday, December 10, 2010

even in total silence, I can hear your voice calling me


LawNite'09

LawNite datang lagi. Datang lagi tu bunyi macam cepat sangat-sangat je padahal cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah dah masuk panggung dulu. Oh well, dalam bab-bab macam ni saya memang bersemangat sangat. Nak cari baju pun sebelum semester start lagi, memang gelabah. Tapi syukur bukan saya sorang saja, sebab perbincangan gedik-gedik mengenai hah-kau-nak-pakai-apa-nanti-kau-jangan-ambil-kaler-pink-tu-aku-nak-pakai-kaler-tu dah start sebelum exam hari tu lagi bersama teman seperjuangan yang lain. Memang semua orang dah diassign color masing-masing macam rumah sukan tu supaya malam tu nanti tak stress bila tengok orang lain pakai sama macam kita. Memandangkan pilihan warna yang wujud dekat dunia ni takdelah banyak benor dibandingkan dengan jumlah teman seperjuangan, maka kitorang sepakat bersetuju yang warna biru air laut dan biru standard wallpaper Microsoft tu mestilah dua benda yang berbeza T_T

Masa Asasi dulu barulah tau kewujudan event-event macam ni. Macam lame sungguh. Yelah dulu duduk sekolah asrama pergi dinner pun pakai baju batik kan. Jadi masa dengar yang time Asasi tu ada event ni, terus excited lebih. Diri sendiri yang memang minat dresses dan memang dah dipengaruhi stereotype yang Dinner=Dress, belilah dua tiga pasang yang memang pada pendapat sendiri, habis Cinderella Story dahlah.


Maaf gambar blur sangat. Dulu-dulu, sorang je yang main DSLR dalam batch Asasi saya. Yang lain semua credits to talipong Nokia Slide masing-masing. Tapi ini jelah pun gambar yang boleh tunjuk the whole dress. Yang lain semua tangkap dalam ballroom yang lampu ala-ala caberet so jangan haraplah nak tangkap gambar lebih berkualiti daripada ini.

Lepas tu dah masuk Degree ni makin banyak pulak functionnya. Kalau tak dinner, mesti kang tiba-tiba ada menteri mana-mana datang nak bagi talk, ada seminar lah, kena pergi lecture yang Sultan buat lah, so pemikiran pun berubah angin- takkan nak pakai dress jugak kot macam merenyam gila depan Sultan nanti. Tapi bila tibanya Lawnite yang pertama, hati terus switch nak ke dress balik.

Kononnya punk rock. Tapi lebih kepada punk rock buat sendiri. Macam, kau beli riben dekat kedai kain beberapa sentimeter lepas tu lilit dekat But nampak macam punk rock. Lepas tu, sebab dress longgar sangat, beli tali pinggang separate and then pakai dengan clincher merah dekat luar. Masa tu rasa cantik lah haa lepas dua tahun tengok balik gambar ni rasa macam What was I thinkin'???????

Tapi diri sendiri dengan dress memang tak dapat dipisahkan, nama je lah apa-apa dress pun. One shoulder, strapless, semua saya suka. Floral dress lagilah, baru Taylor Swift sikit.

Dress kan omel?

Okay sebenarnya kisah kesukaan dengan dresses ni bermula sejak berkawan dengan orang-orang yang konfiden saiz badan macam mana pun tetap boleh pakai dress. Ataupun sebab berkawan dengan orang-orang yang boleh spend pagi-petang-malam dekat Sg Wang? Saya jadi lebih konfiden lagi sebab merasakan kalau bentuk badan lebih kecil maka lebih comel kalau berdress. Kiranya boleh extend zaman kanak-kanak lama sikit lah.

Tapi bila dah lama-lama tersedar yang banyak lagi gaya pemakaian yang boleh dicuba. Kenapa nak jadi katak di bawah tempurung, sedangkan Taylor Swift pun cool apa bershirt and jeans? Maka attempt nak beralih angin pun bermulalah apabila secara tak sengaja terjebak dengan blog-blog best dari luar negara seperti Beauty Crush dan Carolines Mode. Carolines Mode paling best la, saya suka follow Stockholm Streetstyle. Nak beli dan pakai exactly the same tu memang taklah mampu, tapi sekurang-kurangnya boleh menjadi inspirasi.

<----------- Antara link yang saya gemari ada di Fashion And Beauty Galore. Sila terjah jangan segan-segan.

Hah sudah berbalik kepada isu berbangkit kita yakni BAJU LAWNITE '10. Masih lagi mahukan dress kah?

Kalau macam ni boleh?
Atas dah ayu sopan tinggal saya nak pakai tudung saja lagi tapi bawah tu ASTAGHFIRULLAHALAZIM.

Bai semua ;)

No comments: