Wednesday, December 29, 2010

only you, my only one

1) Apakah tradisi hubungan anda?


Tradisi ni macam satu benda yang selalu kita buat dengan partner kita (memang bukan makna dari kamus dewan, tapi makna layman saja). Saya dan Hadzwan tak ada banyak tradisi atau kebiasaan yang kami suka buat bersama-sama. Biasalah, minat pun lain-lain. Jadi kami lebih banyak berkompromi. Tapi baru-baru ni, saya telah discover satu perkara yang boleh tergolong dalam kategori relationship's tradition. Sedih sikit sebab dah dua tahun lebih baru tau apa yang specialnya pasal hubungan saya ni hehehehhh.

Kenapa baru tau? Sebab baru beberapa hari lepas Hadzwan bagitau saya. Sebenarnya dia simpan sajak-sajak yang pernah saya tuliskan untuk dia. Ada tu siap saya record lagi and hantar melalui voicemail. Pergh terharu tak sangka dia simpan padahal saya tau banyak yang saya tulis. Kira dah habis romantik sangat lah tu. Kihkih. Tapi malu wok kalau dia post dekat tumblr dia. Jadi sebagai pembalasan jerit perih saya yang selama ni termenung tengah malam fikirkan ayat nak buat sajak, dia pun telah postkan salah satu sajak yang pernah saya bagi dekat dia dalam tumblr dia (yang ni, tak malu sangat aah)

And since saya pun dah jarang sekali tulis sajak untuk blog ni, maka saya nak ambillah sajak tu post dekat sini jugak. Takde hal, original writer mesti dapat keutamaan sikit.

siapa kamu?

kenapa mendekati aku?

kenapa menyayangi aku? ada apa pada aku?

yang keterlihatan cuma diri yang lolos,

wajah yang polos tanpa makna.

aku insan bicara seribu patah dan diamnya tak pernah,

aku jarang kalah mahupun mengalah.

lalu tegarkah kau melalui hidup ini brsama aku?

di saat aku kecut atau takut,

mampukah kau jadi kekuatanku?

di saat aku rebah,

maukah kau jadi sandaranku?

sayangku kau mungkin tidak nampak.

cintaku kau mungkin tidak sedar.

tapi aku bisa mencintaimu walau dalam diam,

lebih dari itu.

Jadi boleh dikategorikan dalam tradisi hubungan, ye dok? We write and keep poems. Boleh lah special lah tu nak dibandingkan dengan pergi mengail ikan dekat sawah bendang sama-sama ke, ye dok? Haa sajak ni tak ada tajuk pun. Tapi Hadzwan dah letak tajuk, Hanya Kamu. Sila-sila lah melawat tumblr dia ye. Dia buat tumblr sebab dia lebih berminat dengan photography. Tengok, kan minat tak sama. Si jurugambar tak boleh terbang sama tinggi dengan si jurumekap. Heh.


Bai Semua!



P/S: Boleh layan lagu ni, one of the most beautiful poems I've ever known :)

2 comments:

sonic said...

wahh..vampire diaries tuh....lyn ke??

lyla syahirah said...

hehehe layan je. minat dekan elena tuu.