Hai Semua.
Saya tau apa yang anda fikirkan, banyak lagi kalau boleh post entri blog dalam masa sehari ni?! Oh well, lebih baik begini daripada sebulan sekali pun tak ada post. Cuti-cuti ni lah masanya nak bukak balik semua post2 yang pernah disimpan dalam draft suatu masa dahulu and then tulis balik sampai habis sambil fikir waktu ni sebenarnya aku nak tulis apa ehh. Cis, pencuri masa betul saya ni patutlah ada masa tak pernah cukup.
Sekarang ni kan musim cuti sekolah. So kebiasaan waktu dulu-dulu, mesti berjalan ikut mak pergi kenduri kahwin orang. Masa ni boleh melaram habis-habis, tu je reason paling logik kita. Tambah-tambah masa sekolah menengah, memang taknak kalah. Sanggup berpanas berhujan nak pergi kenduri kahwin orang even dekat Kampung Ulu Tok Kadok (nama main bantai saje) sebab semata-mata nak tunjuk baju batik baru beli dekat Bandung tu. Walaupun dekat kawasan kampung yang bertanah merah pun tak apa, heals kena pakai. Kalau panas sikit, pakai shades. Kalau panas lagi dan tuan rumah jemput masuk dalam rumah tak payah masuk, tak market. Duduk je dekat luar tapi keluarkan kipas cina ropol-ropol pink yang dah dibawa sendiri. Pergggh ayu siot.
Tapi yang peliknya ayat pertama terlintas dalam kepala saya bila tengok kawan-kawan kahwin ni adalah, "eh nanti kalau pergi wedding kawan sendiri tak boleh dah pakai cantik-cantik, nanti kawan kata curi spotlight pengantin terus tak boleh friends forever lagi dah," Hah, betul wey tak tipu. Saya ni kalau bersembang dengan kawan-kawan pasal kahwin ni mesti akan terpacul ayat, "Kau tak payah ahh pakai over-over pergi wedding aku nanti kang aku tenggelam," Wah bakal pengantin kena belajar berenang nampaknya kalau taknak tenggelam hah okay lawak lame.
Lepas tu mulalah terfikir, ehh nanti majlis sendiri macam mana ntah. Lambat lagi ke nak merasanya. Cepat betul sampai jodoh diorang ni semua down la macam ni T_T. Terus rasa emo tak tentu pasal sebab rasa diri tak laku. Tengok, pemikiran keanak-anakkan sungguh, patutnya stay remaja saja.
Tapi rasa semua tu tak lama lah, macam gedik pulak kalau nak emo nangis bawah bantal sebabkan benda ni. Confirm tak ada siapa nak layan perangai buruk ni. Hehehe. Jadi daripada rasa gundah gulana, baik saya teruskan penceritaan lagi.
Dulu saya ni suka sangat tengok blog orang kahwin. Maksud saya, blog-blog orang yang baru berkeluarga ni. Suka tengok picture kahwin diorang, macam mana diorang hias rumah, hari ni laki balik nak masak apa, hari ni anak dah belajar perkataan apa etc.etc. Yes, ada masa-masanya saya matang juga T_T. Blog-blog ni diperkenalkan oleh senior saya, Raihana Halmi namanya. Sekarang dia dah jadi peguam yang berjaya tapi dulu-dulu we used to spend lecture breaks bergelak ketawa dalam Lab Computer Fakulti sambil tengok blog orang-orang kahwin ni.

Kak Rai dulu pernah berkata dan saya quote, "tak apa kita tengok blog orang kahwin ni banyak-banyak boleh dapat tips untuk wedding kita nanti" Antara blog yang diperkenalkan Kak Rai yang masih setia saya follow sampai sekarang adalah blog nade. Dah lama saya follow sampai lah sekarang dia dah beranak sorang. Masa dulu minat tengok majlis perkahwinan dia. Cantik sangat rasanya. Bagi sesiapa yang belum follow dia lagi sila pergi berbuat demikian.
Baju dan tema wedding saya tak pilih lagi, tapi kalau boleh nak kek macam ni :-
Baju dan tema wedding saya tak pilih lagi, tapi kalau boleh nak kek macam ni :-
Bai Semua!
p/s: am thinking of doing a blog sale for a few of my clothes. Tapi not sure when yet, maybe bukan dalam masa terdekat ni sebab belum balik rumah lagipun. Tapi baju-baju yang pernah pakai at least sekali lah, ada ke yang berminat nak membeli? am thinking. Bai Bai!
2 comments:
baju baju kau mesti aku tak muat kan? haha. sedih -.-
owh xlah wey, baju yang aku nak jual ni semua baju yang aku sendiri tak muat hehe, meaning, besar. tapi good goid quality sebab aku tak pernah pakai/pakai sekali.
Post a Comment