
Hai semua. rasa dah lama kan tak berblog kat sini. sebabnya baru balik dari bercuti-cutian dekat Shah Alam. best benget sampai blog dilupakan. my bad, blog. hurmm. tetibe tak pandai nak berkata-kata. eh bukan. tak pandai nak bertulis-tulis. jadi kita guna alasan standard, "let the pictures do the talking". Wakaka. (malam semalam tengok Crew Wakaka menari dekat Showdown memang ummmph)

nilah Syanaz yang dah tua masuk 18 tahun tu. dia pakai baju kurung saja sebab hari isnin kan kena pakai baju kurung dekat UiTM. sedih la tu sebab tak dapat bergaya-gaya. tapi bila tanya pun memang dia kata hari-hari dia pakai baju kurung pergi kelas. waiiihh bangga ni adik sapa laa ni tak tau. Eh, terus kena cakap utagha. hehee, kalau macam ni sampai dua sem, mesti ada sesiapa cowok ganteng dekat UiTM tu nanti menyanyi lagu Warisan Wanita Terakhir dekat Syanaz, ya? lepas tu boleh Syanaz nyanyi balik lagu "Lelaki Buaya Darat" dekat dia. erm. eh, tadi bukan cakap nak gambar yang berkata-kata ke ni kenapa nak berkata-kata lagi?

dua orang ni pulak seperti biasa takkan tak tau dah famous dekat blog ni - Adik mata terbeliak dan Apai mata kabur. sebab tunggu Syanaz dekat atas tu dari tadi asyik tengok-tengok barang tapi tak beli pun lepas tu bila kena snap gambar terus malu-malu, maka kena jugak lah snap gambar dua orang yang dah bosan sangat ni. bosan-bosan Apai pergi bawak adik dekat bahagian ikan ayam daging dan tunjuk kat adik jenis-jenis ikan yang menjualkan badan dekat situ.

kan dah mention antara sebab pergi Shah Alam is to celebrate Syanaz punya birthday. maka haruslah bergambar di kedai kek sebagai bukti kukuh.oh, yang di depan pakai baju biru selendang tulisan statements tu ialah Wani. Tinggi zirafah sangat sampai blocking birthday girl di belakang.

habis dah makan kek, kena buat apa? kenalah pergi bergebang ramai-ramai dekat warong kopi dulu. kalau tak jumpa warong, tak perlu susah-susah tanya pada Farouk Hussein. kita pergi kedai kopi pun boleh. macam ni haa. kalau dekat sini nak nyanyi lagu, "Cerita Kedai Kopi" pun dialu-alukan.

tapi sebagai warga muda mudi, kita haruslah elakkan diri dari order kopi 'o' sampai dua tiga gelas sambil main dam pula. sebab sebagai warga muda mudi, kita kena jaga standard kita dan order yang class-class saja. sebagai warga muda mudi, kita perlu order macam ni, Hot Dog Style Chanceharaa (atau apa-apa saje lah nama mexican nya). tersilap sebut pun tak apa, waiter pun melayu muda mudi jugak dan memang paham kejakunan kita sebagai warga muda mudi.



sementara nak tunggu order siap, boleh lah bersiar-siar dekat Taman Tasik Shah Alam dulu. sebagai warga muda mudi lagi sekali, kena lah jaga kesihatan badan supaya nanti tak habis ratusan ringgit dekat kerusi Ogawa tu. tapi kalau malas nak bersenam pun, hirup udara segar macam kitorang ni sampai sejuta kali Innnn dan sejuta kali Ouuuut pun boleh berpeluh juga. sambil-sambil tu, untuk menegaskan lagi yang kitorang ni warga muda mudi, maka haruslah snap-snap gambar ala-ala tourist gitu.

ohh, tengok orang makan banyak boleh. belum tengok adik makan lagi. sampai excited gituu macam lah dah puasa tiga puluh hari dan dah bayar zakat fidyah dan juga dah sembelih kerbau bagi orang fakir miskin makan. okay,sebab tak nak adik jadi pelahap sangat, Apai kena pegang tangan adik sambil Midai suapkan makanan.

kalau sesiapa yang boleh tangkap gambar macam ni dengan statik bergaya dan tak goncang sambil pegang budak kecil meragam kuat yang nak capai handphone kat tangan, saya salute anda!

ketiadaan kemotifan. tapi masa snap gambar ni, dalam kepala memang tengah menyanyi lagu Fifteen lagi sedap daripada Taylor Swift nyanyi.

gambar last sebelum bertolak balik. kali ni tak ada lagu dah. kecuali kalau terasa nak nyanyi "Smile" by UncleKraker. kalau tak tahu lagu english nya, boleh nyanyi lagu tu dalam bahasa melayu, Buat Aku Tersenyum by Sheila on 7.
footnote : Apai stands for "Ayah". Midai stands for "Ibu". kalau tak tahu, boleh rujuk iklan Maybank masa Merdeka dulu. yang ada family ni dekat Sarawak pastu anak dorang nak pergi belajar oversea pastu mak dia bagi locket harimau dekat dia pastu bila mak dia telefon banyak-banyak kali tanya, "pakai tak loket tu?," anak dia sebenarnya tak pakai pun pastu klimaks mak rasa hampa punah porak peranda tapi anak cepat-cepat bagi tahu yang dekat oversea tu ada "harimau" lain jaga dia, sambil mengerling (bahasa tak tahan!) dekat Bank Maybank yang logo harimau sama juga. fuuh explanation, tahniah!
2 comments:
oh k.lai.fad tkot a nk pkai tudg syria tu.
dh la mke bulat.t kg cm bola dah mke sy.haha.
tp tgk k.lai pkai ok je.waa !
bes a meronggeng wkend itu ye??heee.
wahaha, kadang2 kan fad, k.lai pakai pun cam buruk gle. wc pun pnggil tu tudung atap, die x ske. ehehe, tapi slamber ajaaah!
hehe, best2. ti balik KL banyak lg meronggeng best2.
Post a Comment