Monday, June 7, 2010

kahwin?

tiba-tiba terpanggil (wah bahasa! bangga cikgu Bahasa Melayu masa sekolah dulu) untuk tulis blog kali ni dalam bahasa melayu. sebab apakah? sebab dah terbawa-bawa bila baca blogs orang lain yang super cool tapi tulis dalam bahasa melayu dan rasa nak cubalah. boleh ke nak buat blog jadi cool macam diorang? kalau tak cool pun tak apa, suam-suam kuku pun diterima. lagipun saya rasa english saya sudah semakin rusty, mungkin kalau balik bergaul dengan kawan-kawan uptown (hahahaa, ingat GG apa!) yang memang speaking omputih ni boleh berkilat balik kot bahasa yang dah berkarat tu. buku-buku cerita pun dah habis dibaca, semua ayat english best dalam tu dah guna. alamak, kantoi selama ni copy paste dari buku-buku sahaja.tapi tak apa, saya tau adeline zainuddin pun begitu juga. okay mengarut. anda tak suka saya menulis dalam bahasa melayu? boleh lah tick "gedik" di bawah entry post ni.



jadi, tanpa membuang masa, marilah dan ayuhlah kita ke topik pilihan pada hari ini.





tengok gambar ni, teringat tak dekat cerita Aliaa di Astro Prima? oh tak tau cerita tu apa? dialu-alukan tengok setiap isnin hingga khamis pukul 9 malam di channel Astro 105. sorry tak boleh promote lebih-lebih sebab saya bukan promoter Astro.


tadi tengok gambar-gambar baju kahwin dekat flickr orang sembarangan. apakah orang sembarangan? maknanya, orang yang tak dikenali di serata dunia, bukannya orang yang suka makan buah berangan ye.


kenapa suka tengok gambar kahwin? kalau kat facebook, ada orang upload gambar kahwin, mesti nak tengok and nak leave comments tapi malulah, kadang-kadang bukan friends saya pun tapi mereka yang saya kenal di "tag" sebab datang makan kenduri saja.kalau terjumpa blogs orang kahwin yang cantik-cantik tu, mesti teruja dekat Lab Computer tingkat bawah fakulti tanpa pedulikan students lain yang tengah tension siapkan assignment. terima kasih Kak Rai sebab introduce kesukaan baru ni kepada saya. lepas ni, Kak Rai dah tak ada, malu pulak nak terkinja-kinja sorang-sorang bila tengok blog tuuuuuuuut lagi, kan kan Kak Rai?


kadang-kadang, tengok blog orang kahwin ni bukan sebab teringin nak kahwin sangat, tapi cantiklah tengok two souls completing and portraying their infinite love for each other in such a meaningful and beautiful solemnizations. haaaa tu diaa, sampai berbahasa inggeris jadinya punyalah nak tunjukkan betapa coolnya orang-orang kahwin ni.


tapi tipulah kalau dah tengok sakan satu-satu gambar tu in details sampai boleh kenal jenis fabrik tu jenis english lace atau french lace, kita tak rasa macam, "hai, bilalah aku nak pakai cantik-cantik macam ni?," oh, maaf. bukan kita. saya sorang saja, hehee.


lepas tu mulalah fikir nanti weddings (wah, berapa banyak kali nak kahwin? tak apa, nak majlis cantik punya pasal, trial and error pun boleh :D) nak ikut tema apa? nak pelamin color apa? bilik pengantin nanti, katil nak tempah kat Courts je ke? nak jamu tetamu air oren ke air sirap selasih? nak buat kat mana? pantai, atas bukit? padang bola atau nikah biasa saja kat masjid jimat kos? (eh, bukan jimat kos. berkat kot)


tapi perkara pokok yang paling penting di sini ialah, siapa pengantin lelaki tu nanti?





haa. itu yang kita semua tak tahu lagi.eheh. walaupun saya sudah ada dearly beloved dan dia buat saya happy dengan perangai Theodore the Chipmunk dia tu, tapi tak salah rasanya kita menanam cita-cita untuk mempunyai pasangan yang paling cocok untuk kita kan? kalau ditakdirkan kita end up dengan dia pun, harap dia lah yang paling baik dan cocok untuk kita. mungkin dearly beloved boleh terus baca post ni lepas ni dan dapat ilham ya? ;D


kalau semua benda pun pasal kahwin pun dah siap lengkap list nya macam nak bagi kat Santa Claus, list untuk si pengantin lelaki pun takkan kalah! oih, gatai noo! tak apa, dah akil baligh dah semua. kalau ada pembaca yang belum capai akil baligh lagi, minta izin mak bapak dulu baru boleh baca ye?


1. si suami nanti (boleh tak tukar dengan si suami? kalau sebut pengantin lelaki tu automatic terfikir The Bachelor series yang saya dah lama tak tengok tu. buat saya sedih dan tak boleh concentrate nak teruskan penulisan.) mestilah seorang yang beragama. dan bukan sebarang agama, mesti lah beragama islam, sebab saya orang islam. kalau orang cina masuk islam pun tak apa, janji wajib orang islam. sebab apakah? sebab perlu untuk seorang suami itu mendidik isteri bab-bab agama ni. kalau boleh setiap kali solat tu boleh bentang sejadah dan berjemaah sama-sama. kalau boleh setiap kali nak berbuka puasa nanti, dia tak suruh saya penat masak banyak-banyak sebab katanya, "membazir amalan syaitan". lagi elok kalau dia tolong masakkan sekali di dapur.


2) dia juga mestilah berharta. tak perlu sekaya Donald Trump tu. kaya raya sangat tapi hubungan dengan isteri sampai bercerai-berai and nanti saya jadi rakus pula nak tuntut harta sepencarian. dulu masa first year belajar Islamic Law, Prof Khalil ada cerita satu kes Tan Sri ni yang kena bayar ex-wife dia 4juta++ lepas cerai.ish, taknak lah macam tu. cukuplah dia boleh sediakan keperluan asas masa kahwin nanti. syarat saya, dia mestilah boleh sediakan hidup untuk saya yang sama macam mak ayah saya sediakan untuk saya sebelum kahwin dengan dia, dan tak kurang. bukan sebab cerewet nak suruh dia belikan itu ini, shopping itu ini, tapi dah memang patut.


3) mesti berilmu. intellectual tinggi. setaraf dengan saya kalau boleh. kalau tidak pun, dengan ilmu yang dia ada, dia boleh survive cari jalan cari kerja yang berinovasi untuk anak isteri. kenapa? bagi saya, a man with an expensive brain shows that he has visions, he knows nothing is more worth nowadays than the price of education, and he will fight to survive and succeed in his life. lagi satu, dengan orang yang berilmu ni, kita boleh bersembang banyak benda. gebang banyak benda pun boleh. taklah pulak nanti kalau ditanya, "tau tak apa Mavi Marmara tu?," dan dia ingat adik-beradik Mawi pulak.


4) si suami mesti ada rupa. tak kisah kalau darah tu campur-campur jadi air batu campur pun sebab kita kan hidup 1 Malaysia. UM is ONE pun boleh (eh). kalau time-time tengah gedik melampau tu, pernah jugak fikir, "best jugak kalau future husband nanti muka macam Shia Le Beof ni. comical and clumsy gile muka. comel!," tapi angan-angan tu tak lama sebab lepas tengok cerita Tramsformers, tengok cerita Prince Of Persia pulak dan nak si suami nanti muka macam Jake Gylenhaal. ;D saya memang tak suka si suami nanti rupanya terlampau handsome sangat, susah pula. nanti lagi vogue dari saya, tak boleh. tak boleh lawan tauke (eh lagi). jadi, yang sedap mata saya memandang sudah.


5) si suami mesti setia. dulu masa zaman sekolah, ustazah pernah cakap, "kita isteri ni, kalau tak sayang dan cinta suami kita pun tak apa, janji mesti setia,". biasanya prinsip ni apply dekat pasangan yang kahwinnya dirancang. macam Adamaya tu. jadi, jangan lah kita jadi macam Maya tu. jadi lah macam Adam. boleh kah prinsip ni dpply dekat lelaki atau lebih spesifik lagi, si suami? rasa-rasanya boleh. kalau Adam boleh buat, takkan lelaki-lelaki lain tak boleh. saya cabar anda. eheh, berani nya nak main cabar-cabar ni. okay lah, saya dare anda. kalau takut nak main dare, pilih truth saja. berkata benarlah sama ada anda nak setia atau tak.


6) si suami nanti mesti seorang yang kelakar. sebab nanti barulah tak jemu hidup berumahtangga. dia mesti faham lawak-lawak jenis sindiran, gurauan, dan berdepan. tapi jangan lah buat lawak macam Raja Lawak buat pulak, boleh jadi sawan saya duduk kat rumah macam tu. satu lagi, kalau saya buat lawak tu, dia mesti gelakkan juga. tak kiralah kalau sama ada lawak saya tu memang tak lawak atau tersilap menceritakan lawak tu, dia mesti gelak bersungguh-sunggug. sebab kesukaan saya nanti, saya suka tanya balik apa lawak yang saya ceritakan tadi, jadi kalau dia tak boleh jawab, siaplah.


7) si suami mesti sukakan kanak-kanak.tak kisahlah anak sendiri, anak jiran atau anak saudara nanti. dia mesti jadi ayah yang baik dan favourite uncle. kalau boleh, sampai famous anak-anak dekat sekolah sebab ada ayah penyayang. tanya semua orang kenal, sebab semua kanak-kanak kat situ dah pernah dibelanja keropok Rota oleh si ayah. dia juga mesti hafal semua cerita-cerita dongeng, lagu-lagu kanak-kanak mesti pelbagai sebab taknak nanti tiap kali nak dodoikan anak, nyanyi, "Twinkle-Twinkle Little Star" saja. and kalau anak kecil menangis tengah malam pun, dia mesti marah saya sebab dia yang nak bangun bancuhkan susu anak, bukan tugas saya.


8) si suami mesti hormat orang tua, terutamanya ibu bapa saya. dia mesti rajin telefon bertanya khabar kedua-dua orang tua saya dan orang tuanya. kalau boleh, setiap kali cuti, mesti nak balik kampung jenguk mereka di kampung. identiti ibu bapa dia pula kena diceritakan dekat saya sebab taknak nanti tiba-tiba ada orang tua datang goncang pagar rumah dan mengaku ibu pada suami saya. nanti suami saya tak nak mengaku, disumpah jadi batu pula. ish taknak taknak. hehe, tengok kuat kan imaginasi saya.


9) si suami mesti layan saya dengan baik, mesra dan penuh kasih sayang. kalau saya salah, dia cepat-cepat tegur dengan lembut dan tak terus pisah tempat tidur. kalau saya buruk sikit lepas penat kerja atau jaga anak, dia mesti tetap puji saya cantik macam adik Aishwarya Rai. kalau saya pergi kedai baju dan tengok baju lawa dan tanya pendapat dia, dia mesti kata baju tu lawa walaupun sebenarnya tak. surprise sekali-sekala tu boleh juga. macam, hantar bunga pergi pejabat setiap monthly anniversary, tapi kalau sampai semua rakan senagkatan di pejabat termasuk bos juga nakkan bunga jugak, tak perlu lah hantar ke pejabat. boleh bagi di rumah saja dan anak-anak perempuan boleh main.


10) si suami mesti pentingkan keluarga dia dahulu, i mean, keluarga dia bersama saya dan anak-anak nanti. dia tak boleh lah overwork sangat sampai terlupa hari jadi anak, atau anak dah masuk darjah berapa di sekolah. sekali-sekala dia boleh luangkan masa time-time cuti untuk bawa family pergi holiday.tak jauh pun tak apa, carilah air terjun terdekat mana-mana supaya boleh berpiknik nasi lemak bungkus dan air teh o. kalau bonus dah dapat setiap hujung tahun tu, boleh lah pergi jauh sikit kut. kalau boleh, aktiviti sekolah anak-anak dia mesti join juga. jadi Pengerusi PIBG ke. bila anak wakil sekolah main bola, dia mesti tunjukkan sokongannya dengan pergi tengok anak bermain dan tahu berapa banyak yang anak dah golkan.



wah. rasanya 10 dah cukup kot buat masa ni. yang ini top ten saja. dalam list ada berjela-jela lagi. tapi, segan lah saya kalau semua pun nak cerita. nanti anda kata, gigih pula. ini pun saya rasa dah semangat gila merepek panjang-panjang. oh well, tak ada kerja, sekarang boleh sambung tengok wedding dresses balik. bye!

1 comment:

hadzwan said...

bahan rujukan yg bgus nie.
hehehe.