okeh but seriously, nak cerita pasal apa neh?okaylah, we'll start of with what i dreamed about last night sebelum abah datang bukak pintu bilik sambil dukung adik dengan berkata nah hamek adik ni abah nak siap pergi keje. lepas tu hempuk adik kat atas tikar mengkuang. ceh tak lah. letak baik-baik atas tilam vono.
ceh tibe-tibe katil cantik macam kat Concorde.
okeh back to the topic, mimpinya, saya dengan kawan-kawan dekat foyer fakulti tengah nak bukak puasa kot. ntah la tak tau, tapi yang pasti, tibe-tibe azzairi
baca doa bukak puasa. so mestilah time puasa kan takkan time sembahyang jumaat tibe-tibe ada kat foyer nak sembahyang dekat Moot Court baru tu ke? oh well, so bile time nak makan tu, tengok-tengok yang terhidang depan mata HOMAIGOD!!

gambar kena post kecik-kecik je, kesian dekat sesiapa yang puasa betul-betul pulak hari neh ;)
sapa yang chantik, semart, suka membacah, suka menonton TV Plasama jenama Haeir, suka pink kalar, tak suka makan pakai chopsticks, suka Harry Pottah, suka Twilight (team Edward and team Jacob mana-mana boleh), suka setiap jam pergi 7E semata-mata nak beli Nips banyak-banyak pastu risau jerawat tumbuh, cita-cita sebenarnya nak jadi Spy dan TAK SUKA DURIAN, jom sepp sekarang.
heheh, pelik ke tak suka durian ni? padahal ni kan buah tempatan *poyo lai selalu pergi makan dekat Murni lalu dekat tepi orang jual durian RM20 EAT ALL YOU WANT pun tak sudi nak pandang*. kat pasar malam tuh lagilah. hidung tinggi sungguh. baling batu sembunyi tangan di dalam air sekilas pun dah tau jantan betinanya. hokeeeh merepek.

tengok tu habis hodoh punya muka tangkap gambar tapi kena tahan bau durian puff and kena redha bila zah pose cantik-cantik gedik-gedik macam nak buat iklan DURIAN FOR LIFE DURIAN FOR PRESIDENT LETS BUY DURIAN DEODORANT dalam gambar neh. tapi takpe zah, U baik sebab bagi I hidu bodyshop lipbutter U bila time korang makan durian puff ni. so takpe, I bagi U chance ni sekali je lepas tu takde dah.

Tengok kat tangan tu pegang lipbalm and tahan napas and senyum and snap gambar and lepaskan napas balik and cepat-cepat hidu lipbalm balik and and and. gambar hidu lipbalm tak de sebab nasty sangat nanti orang ingat hidu gam habislah.
kenapa entah tak suke durian. sedih je. sedeeeeeey. orang kata kalau tak makan durian, tak guna hidup. jadi kena pergi terjun jambatan ke sekarang? saya keliru. tolonglah saya. YANG BENAR, GADIS BIMBANG.
rasa terpinggirnya bila dalam ramai-ramai kawan, kau sorang yang tak suka/tak boleh makan/tak tahan bau durian. lagi sadis bila kawan tu betul-betul ikhlas berkawan ni and sebagai tanda persahabatan dia pun hantar mesej "turun sekarang nak makan besar ni" and kau pun terlompat-lompat serkup tudung bawak handphone and kunci bilik sume turun ke bilik kawan di tingkat 2 guna tangga pulak tu, and ketuk-ketuk pintu bilik die, bukak-bukak tengok tengah berkumpul orang keliling durian dekat tengah-tengah bilik tu whatthefish and kawan tu cakap "LAA SORRY LAI TAK MAKAN DURIAN KAN?," :D
down gile terus pergi bilik balik makan hati saja.
lagi sebab nak down, dahlah durian ni comes in many form yang mana kalau kita suka makan makanan ni semua tapi sebab ada elemen durian tu terus off. ada pulut durian lah, nasi dengan kuah durian, cake durian dekat Secret Recipe (yang ni paling tak tahan, tambah-tambah kalau letak sebelah Chocolate Indulgence kesayangan tu, terus tak jadi beli cake CI), donut DuranDuran dekat Big Apple, icecream durian, keropok durian, roti durian, biskut durian, pie durian, DURIAN PUFF, haaaa kalau ada juice durian sape nak minum???
tapi takpelah. ada jugak kebaikkannya tak suke makan durian ni. macam orang kata, every cloud has a silver lining. sesiapa yang ada kamera DSLR tu cepat pergi tangkap gambar langit sekarang nak tengok betul ke tak ada garisan perak ni. hmm. okeh. kebaikkan tak suka makan durian ni. kita tak payah susah hati takut demam kalau makan durian banyak-banyak masa musim durian. Tak payah drive naik bukit semata-mata nak pergi Balik Pulau and cari durian sampai nak hantar adik pergi MRSM pun sesat disebabkan durian. Tak payah sedih kalau tak dapat join excitement musim durian. banyak lagi musim ada kat Malaysia ni. Musim Menuai, Musim Banjir, Macam-Macam Aznil Musim Baru pun ada. so tak pe. tak rugi. *muka berlagak*. Tak payah belajar macam mana nak kopek durian yang tajam-tajam tu. kuku yang buff boleh stay on and tak bercalar-calar. haa. positifkah?
takpe. tak semua benda yang sedap berasal dari durian. *lagi muka positif*

sudah, pergi terjun jambatan sekarang.
No comments:
Post a Comment