Friday, June 25, 2010

Blood Is On The Dancefloor



okay, so the thing is saya bangun awal lah jugak hari ni, if nak consider pukul 10 pagi tu awal but anyways, as usual, lepas habis mandi-mandi, kemas-kemas, basuh-basuh, sidai-sidai dan siram-siram, maka saya pun bukak lah laptop macam biasa. check-check facebook, takde ape yang menarik pun hari ni. tak ada catwomen-fight dekat facebook (hahaha, facebook hanya tu je yang menarik perhatian gue sejak kebelakangan ni). nak tulis status of the day pun tak tau nak tulis apa. so log out. bukak pulak blog, baca-baca blog orang. biasa-biasa saja hari ni, tak ramai yang updates. masih lagi pengalaman Min di Beijing weeee~. lepas tu sign out dari blog, bukak pulak youtube, habis terjah semua beauty gurus dekat youtube. bila dah habis semua, replay clip video Usher feat. Will I Am "Oh My Gosh" sambil menari-nari macam diorang. funny betul hidup saya pada 25 Jun ni.



lepas tu dah lewat petang sikit (oh, bukanlah saya menari sampai lewat petang ye puan-puan semua, banyak lagi aktiviti saya di antara tu. cuma kalau cerita semua macam defeat the purpose pulak), bukak lah Fly fm lepas tu macam ehhhhhhh macam kenal ini laguuuuuu. masa tu station pasang lagu "We Are The World" by Michael Jackson and Friends. something about helping the Africans at that time. lepas dah habis lagu tu, DJ cakap,"....and that was the soul after one year he has left the world,"



oh yeah, hari ni 25th June 2010 y'all. how can i forget. setahun lepas saya menangis melalak masa ni jugak lah masa tau dia mati. tiga hari nangis wo, sampai kena call Ara si kawan baik. masa dia angkat phone pun dia dah risau-risau waaah apa hadzwan dah buat dekat kawan dia sorang ni nak kena siku mamat ni nanti. turned out, saya menangis sebab penyanyi pujaan mati. apa nak buat nasib badaaaan. okeh, tak ada kena mengena.


antara ramai-ramai artis in the world ni, saya paling ingat dekat dia, si budak hitam lelaki putih. sebab kecik-kecik dulu memang membesar dengan lagu-lagu dia semua. satu family memang minat lagu-lagu dia. dulu dengar pakai piring hitam besar tu kan (time ni pause sekejap tulis sebab tanya abah, piring hitam ni in english orang panggil apa. abah jawab, Sorceror's Stone. penipu punya abah). sekarang ni kan dah ada macam-macam. lagu pun dah boleh download dekat handphone, ipod, mp3, mp4. kalau ikut arus deras teknologi macam tulah. erk, arus deras?


oh tapi saya tak reti buat semua tu..







Poster MJ biru dekat tengah-tengah tu, saya ambil masa di Cineleisure. masa tu ada promotion buku-buku RM15 dekat tengah-tengah Cineleisure, now ni dah ada kedai buku tetap kat situ. tengah-tengah tengok buku tu, terperasan lah pulak this stack of MJ posters dekat counter. masa tu fikir, wah, nak tanya boleh ambil terus tak posters tu or nak kena beli buku dulu sebab nak jaga hati cashier. tapi buku tak ada yang menawan kalbu pun. so tanpa segan silu nya, saya pun tanya lah terus dekat abang cashier tu.

"abang, nak ambil poster ni nak kena beli buku dulu ke?," tanya saya pada cashier.
"ambil lah adik, tak payah beli buku pun tak apa," balas cashier pada saya.
"eh betul ke bang? terima kasih," kata saya pada cashier.
"eh kenapa ambil satu je? ambil lah lagi," desak cashier pada saya.
tak ada dialog masa ni, tapi tangan terus sambar tujuh belas keping poster lagi. lepas tu nak balik dah.
"eh, sikitnya ambil. ambillah semua bagi kawan-kawan," ejek cashier pada saya.
"waaaah dia ni perli aku nampak," kata saya pada diri.


huh. whatever. janji saya dapat lapan belas benda ni for free ;) hehee. calender besar MJ warna merah tu, ayie yang bagi masa die bercuti dekat Wales. banyak woot woot gambar MJ dalam tu suke saya tengok. letak kat meja belajar terus berkobar-kobar semangat nak belajar sebab MJ tengok saya belajar, orang lain MJ ada tengok? jangan jeles. haa. kolaj gambar tu, saya buat ikut kreativiti sendiri saje, turn out cantik jugak. sayang pula.


dekat HBO sekarang ni tengah ditayangkan Michael Jackson This Is It. 8tv pulak ada Michael Jackson Unmasked. tapi memang harapan lah nak dapat tv tengah-tengah musim bola sekarang ni. kalau bukan nak tengok ESPN, sila buat benda lain. abah dah siap tarik cadar selimut semua nak berkampung depan tv. oh well, nasib baik dua-dua pun saya ada CD nya, boleh tengok dengan peace and tranquility bila-bila masa.cuma esok dekat 8tv ada History World Tour yessss. kalau nak tengok MJ kena tarik dengan peminat masa lagu "You Are Not Alone", do watch it tomorrow at 9.30pm.


oh heck, i sounded like a freakin' telly reporter ehem ;)

3 comments:

Cikdeline said...

:D What's there not to like in this post Lai? :)

lyla syahirah said...

hahaa yeah thanks!

suraya hani roslan said...

history world tour kat Munich tu mmg best. n plg best klu dpt naik stage during 'u're not alone' n hug MJ! i've watched this moment million times n pretending that girl was me. hahahaha. n mulalah nk sebak everytime that girl hug MJ tu.

u make miss MJ even more! n did u know that his famous white glove went to jackie chan's son. haih $$$$$$$. i wish i can keep one of his balmain jacket or aviator sunglasses maigodd gila best! but who are we to keep it. all we can keep now is his music. MJ rocks!