pagi tadi bangun pagi-pagi kira-kira pukul 5.30 sebab nak kena jaga adik sekejap while abah dengan mak siap-siap. sorang nak pegi kerja, sorang lagi ada exam PTK hari ni, iaitu, apa yang saya tahu, kalau lulus exam ni, cikgu-cikgu dapat naik gaji. hmm. harapnya mak lulus dengan cemerlang. penat 2, 3 hari ni menjaga adik supaya mak dapat masa nak study. tapi saya tengok, tak ada lah study beria sangat pun. petang-petang dia berfacebook jugak. ohh ya, mak dah ada facebook, lepas tu susah nak lekang lah depan PC kan bila dah ada benda alah tu. terkejut dia bila baru petang ni daftar, malam dah ada lebih 40 friend requests. mak kate, mungkin mak popular. tapi mungkin jugak sebab anak dia yang popular. *tak tahan*. hehe comel okay mak dah ada facebook ni. kadang-kadang duduk berjam depan komputer tapi tak tau nak tulis status apa last-last mintak saya jugak yang kasi idea.
apa-apa pun mak, selamat menjawab peperiksaan dengan cemerlang.
okay lepas dah siap jaga adik tu, saya pun naik atas sammbung tidur balik. tiba-tiba bangun tidur balik *ish ish* tepat pada pukul 11.50 pagi. buruk perangai. lagi teruk kalau adik pun sama-sama tidur dengan saya malam tu, dia mesti akan bangun bila along dia bangun jugak, menyebabkan mata adik sembap, adik hyperactive semacam hari tu, dan dua-dua kena marah dengan mak sebab "tak elok anak dara bangun tidur lambat,". kesian adik, saya rasa dia tak tahu "anak dara" tu apa.
lepas tu satu hari (padahal baru pukul 2.45 petang) sekarang, rasa lain semacam je bila tak ada adik kat rumah. sebab abah hantar adik pergi rumah pengasuh hari ni. sebab semalam pengasuh susah-susah datang rumah and tanya kenapa dah lama tak hantar adik pergi rumah dia. mak explain, "sekarang ni kan cuti sekolah?" tapi sebab kesian dia dah datang rumah, maka hari ni hantarlah jugak adik pergi rumah dia and main-main dengan spesies sejenis adik kat sana. *sobs sobs*
okay sebenarnya my point is, boring y'all tak ada adik kat rumah.. cam sunyi semacam. lepas kemas-kemas rumah, sidai kain and siram pokok bunga (motif bagitau supaya bila mak baca blog saya ni, dia akan upah saya baju kurung cotton sehelai) duduk depan tv asyik rotate antara CSI, Oprah, lepas tu cerita Indon best Benci Bilang Cinta, cerita AF Kau & Aku (okay, i get it. sumpah rasa bosan tahap melampau) lepas tu rotate semuanya semula.
rindu adik!
rindu ariessa!
best rase ade adik kecik ni, sebab kalau bawak jalan-jalan pegi mana-mana pun, orang akan tengok dia. lepas tu tengok saya. tengok dia balik. lepas tu mesti fikir dalam otak (perasan punya perempuan)," eh, tu kakak dia ke mak dia? takkan lah mak dia muda dan macam budak form 3 je rupa,". kalau hari-hari dah dapat pandangan sebegitu rupa, maka hari-hari jugaklah wajib usung adik pergi mana-mana aje. hehe, lepas tu mak jealous terus pergi jalan tempat lain.
apa lagi best beradik kecik ni?
best sebab tak payah susah-susah nak dapatkan entertainment kat luar dah. ada baby kat rumah, terus rasa macam waaah complete gila hidup kau!! sampai macam tu sekali. trust me, untuk sesiapa yang memang suka budak-budak, rasa macam tenang saje tengok muka si kecil ni. bangun pagi terus adik meniarap atas katil and teleng kepala sikit and tersengih kat saya. rasa macam "semua masalah hilang," zah selalu cakap bila every weekend saja hilang jumpa niece nya, alya. lepas tu kalau weekdays kena kejut dia pergi rumah pengasuh, mesti dia pura-pura tidur balik. senang kalau nak buat berlakon iklan Pampers nanti kalau disuruh tidur nyenyak lepas tu pura-pura tak boleh bangun tidur sebab lampin basah.
okaylah, rasanya entry kali ni pun dah panjang. tak boleh tulis panjang-panjang sangat nanti emilyn roslan malas nak baca. ;D kesimpulannya daripada entry kali ni adalah, kalau ada adik kat rumah tu, sayanglah mereka sepenuh hati sebab mereka jelah adik-adik yang kita ada pun. tak ada jual kat Pasaraya Giant macam yang kita tipu asal-usul diorang dulu. lagi setengah jam adik nak balik dah, nak pergi sambut adik. byeeee.
2 comments:
laii. aku suka ayat ni.
"ada baby kat rumah, terus rasa macam waaah complete gila hidup kau!!"
Seriously...me tooo ! even anak2 cousin pon dah cukup complete rasa hidup bile ada dorang. hehehehe. :D
kaaan? rase best lagi, bile penat melayan dorang, nak dorang tidur cepat. tapi bile dorang dah tidur nak dorang bangun sambung main! ahahaa! psycho!
Post a Comment