Thursday, September 9, 2010

rindu hati ini inginku kembali pada ayah bonda dan saudara TETAPI AKU HARUS MENCARI REZEKI MEMBELA NASIB KITA BERSAMA

Ini entri pasal raya. Jadi tanpa membuang masa lagi, kita ucapkan dulu Selamat Hari Raya.

Macam mana dengan persiapan raya semua? Apa?? Baju raya dah beli berpasang-pasang tapi kuih raya satu pun tak buat lantas beli saja di malam raya harap-harap dapat murah sebalang RM5? Ish2. Tak apa saya faham. Baju raya banyak-banyak tu, nak disimpan untuk raya tahun depan dan tahun depan dan tahun depan kan? Jadi tak membazir. Kuih raya yang beli kat Jalan TAR tu nak buat sedekah dekat masjid masa orang takbir raya, alhamdullilah :)

Persiapan saya, biasa-biasa saja. Baju raya pun ada sehelai je, tu pun setelah di'seduce' oleh Deline untuk beli. Kalau tak, saya akan pakai yang last year punya je. Duit lebih buat belanja benda lain yang bukan setahun sekali ni. Tapi deline kata, "Lai, baju raya is a NECESSITY," Jadi saya fikir-fikir, oh well, beli saja. Time sale, tak mahal pun. Lagipun itu baju kebaya. Knowing myself (and my friends have repeatedly commented), saya jarang berbaju kurung sekarang. Jadi kalau nak beli pun, saya mesti fikirkan ocassions yang boleh saya pergi dengan memakai baju kurung/kebaya/songket/batik jawa atau mana-mana baju kebangsaan yang lain. Lepas tu end up beli color black/white so that nanti apa-apa event formal kat Fakulti tu boleh sarung dan pergi je dengan baju tu. Oh well oh well, tak apa lah beli jugak baju raya. Lagipun baju tu buatan Malaysia, Zarina mesti bangga saya beli barang Malaysia walaupun RM#### kaaan. :)

Okay moving on to kuih muih. Tahun ni, semua kuih beli. Cuma rendang dan ketupat je buat. Lemang beli jugak. Sebab dah ada si kecik ni kat rumah takut dia pulak yang jadi chef nanti hokey moving onnnn next.

Rumah semua dah clear dah. Sampai ke pagar rumah disapunya. And rumah dah ada cat baru (kuih tak buat, cat rumah rajin ye :D ) langsir sarung kusyen karpet semua dah tukar. Haa sekarang barulah orang boleh datang rumah tanpa bawak Febreeze!

Okay, last but not least, saya nak mintak maaf. Dari hujung rambut sampai hujung kaki. Sincerely, saya betul-betul mintak maaf. Pada kawan-kawan yang balik oversea tapi tak dapat luangkan masa bersama, saya mohon maaf. Pada kawan-kawan yang saya pernah tersakitkan hati, pernah terkasar bahasa, atau pernah pinjam duit tapi belum bayar, saya mohon maaf juga. Saya janji, lepas ni saya bayarkan. Kepada kawan yang terasa/terkecil hati atas apa-apa tindakan saya yang kureng menyenangkan, saya mohon maaf juga. Saya tau, sebenarnya deep down i'm not always a good friend. But i've been blessed with so many friends like you, i'm so happy and thankful :)

Kepada mak abah adik-adik sedara mara belah Taiping dan belah KK, esok Syira mintak maaf dekat semua orang. Tak payah lah Syira nak over letak kat sini pulak malu hihii :]

Kepada readers sekalian, yang saya kenal ataupun yang saya tak kenal, minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki andai ada butir-butir dalam blog ni yang menganggu sesiapa yang membacanya. Saya tak pernah mahu menyakiti sesiapa di medium ini. Jika ada, saya mohon maaf. Terima kasih kerana sudi membacanya selama ni :)

Selamat Hari Raya semua, maaf zahir batin. Berayalah dengan meriah, tanpa tangisan. Kalau menangis sebab dengar lagu Pulanglah, Aisyah tak apa.

No comments: