Thursday, September 30, 2010

just gonna stand there and watch me burn, but that's alright because i like the way it hurts


Hai semua

Pertama sekali, maaf sebab dah lama tak update blog. Life has been busy wachehh. And now bila ada masa, internet connection pulak macam @#!$%@^&!^@*. Loading lambat lepastu server take too long to respond (tengok, sampai boleh hafal ayat ni punyalah lama tunggu nak loading). Lepas tu, teringat lah satu psychological technique ni, di mana if kita nak something to happen, kita buat-buat merajuk dengan benda tu. Contoh saya buat tadi, saya cakap, "hissh, nak beli broadband la macam ni!," secara automatik, internet terus dapat dengan lajunya. siap signal strength VERY GOOD lagi. Sila cuba apply method ini di rumah ye. CUBA TENGOK KALAU RUMAH ANDA DAPAT TAK SIGNAL WIFI UNIVERSITI, KALAU TAK DAPAT, SILA BELI BROADBAND ^_^

Baiklah, nak update blog tengah-tengah blank lepas last update dah seminggu lebih rasa macam...err.. nanti tak ke panjang sangat post ni. Jadi, saya telah mengambil langkah berkesan untuk summarise nya dalam beberapa perkataan saja, pandai kan tee hee?

1)Rabu lepas, ada test Jurisprudence. Kena jawab pasal teori undang-undang semulajadi (?) dari philosophers antaranya John Locke, Thomas Hobbes, Jean-Jacque Rousseau, St.Thomas Acquinas, Plato, Aristotle, Socrates, Cicero, Stoics, you get the picture. Kalau tak, nah amek gambar ni.


Wah,budak kecik tak boleh tengok.

Test tu okaylah. Saya happy sebab ada masa untuk buat notes kecik-kecik yang cantik-cantik, yang guna pen warna-warni tu. Lepas tu semangat pergi dekat Czip Lee and beli highlither warna-warni pulak. Semangat rasanya nak study bila buat macam tu.

2)Malam ni, saya nak pergi tengok Teater Tun Mahathir dengan kawan lama masa sekolah, Zureen. *excited excited*. Saya tak terfikir pun nak pergi, selama ni kawan-kawan cerita, dengar macam tu je tanpa excitement pun. tengok dekat paper, oh, Erra Fazira berlakon. Baiklah. Tapi bila Zureen ajak, terus excited tibe-tibe cari baju apa nak pakai alamak tak ada baju jadi kena pergi shopping ke tak sekarang saya keliruew euw~ and saya memang dah lame gileeeeeee tak jumpe Zureen, so excited sangat! Note:must take lotsa pictures.

3)Zah ajak pergi openhouse kawan dia and Deline. Tapi saya tak pasti, saya takut tak boleh socialise. Macam mana nanti kalau muzik kegemaran kawan zah tu tak sama macam muzik kegemaran saya? Kan tak boleh jadi clique. Eh,merepek. Tapi bila memikirkan makanan-makanan nanti, mana bisa saya kata tidak.

4)Banyak lagi program kena pergi (and not knowing what to wear). Selasa depan, ada jemputan kena pergi tengok Mock Trial UIA pulak. Tahun lepas, dorang buat best. Trailer dorang terbaik. Cuma bezanya bagi saya, diorang more teater-like and dekat UM ni, kitorang lebih pada lawak and pentingkan prosedur mahkamah. Tajuk tahun ni pun macam best : ADRENALINE 090909. Deline, mungkin kau boleh berlakon sini dengan whaddup kau? :) Poster pun menarik. Mungkin diorang nak buat cerita pasal kes ajaran sesat. Mungkin juga saya tak perlu membuat prediction awal T_T.

5) Lepas tu, hari Rabu, ada Sultan Azlan Shah Law Lecture pulak kena pergi dekat Mandarin Oriental.

Yes, ni Sultan Azlan Shah yang betul pergi lecture, tapi bukan baginda yang bagi lecture nanti, ada judge lain bagi. Lord Justice dari England sana.Tajuk lecture pun best, something about Biasness of today's decision makers. Best pergi sini, sebab pakai black&white. Sebelah tu KLCC je, jadi lepas lecture boleh pergi sana and minum dekat Starbucks konon-konon kau lawyer baru balik court. Lepas tu boleh jumpa orang-orang famous, at least to the legal fraternity. Jumpa judges rasa macam nak tanya kenapa buat judgement berjela-jela, jumpa Duta-Duta lepastu nak tengok yang dari France, Italy, Brazil je, jumpa senior-senior lepastu boleh bentang tikar makan kerepek semua. Best-best, but again, saya tak ade baju lagi nak pergi sana nanti.

6) Hujung minggu depan, ada Law Career Convention dekat Bangunan Sultan Azlan Shah. Ceh, kata jelah dekat Fakulti sendiri.Time ni, semua firm akan datang bukak booth, bagi talk, bagi application form untuk kita apply attachment/chambering and kita boleh bagi resume kita time tu jugak. Tapi kerja saya hari tu nanti, seperti tahun-tahun lepas, duduk dekat meja VOX Magazine and if ada peluang, interview sikit-sikit orang yang lalu lalang and buat kerja marketing sikit untuk magazine tu. Tapi takpe, yang penting saya tetap dapat kumpul pen and notepad cantik-cantik daripada goodie bag setiap firm nanti. Beg tu nanti pulak boleh guna sebagai reusable bag masa pergi shopping. so bila pergi store Nichi and nak bayar harga baju tu, cakap kat cashier,"oh, saya taknak beg plastik sebab saya sayangkan alam sekitar. Lagipun saya boleh guna beg kerja saya ni, saya kerja dekat sini lah," sambil tayangkan reusable bag tu T_T.

7) Saya dah buat keputusan.MUKTAMAD. Saya akan potong rambut. Cropped hair with long bangs. Macam ini:-


Gua tak tipu okay.

8) Recently, i keep things more to myself. Saya agak reserved in a way, saya tak selalu hyper dah. Saya semakin serius dengan benda-benda seperti, saya color code semua subjects and kemas bilik dua, tiga kali sehari so that it looks different. Saya pergi kelas berjalan kaki (and i love it, sebab time ni rasa tenang and dapat fikir semua benda), saya turun makan dekat kafe sorang-sorang, and saya tak kisah pun saya sorang je yang pakai jeans and tshirt padahal yang lain semua budak PASUM bertie and berbaju kurung. Kalau saya nak kemana pun, saya akan pergi sendiri and tak mintak tolong orang (cuma masa nak pergi berbuka puasa rumah Aween saje saya mintak tumpang Zah sebab dah one-way) Saya tak pernah kisah, i'm used to be alone, independant or whatever it is you want to call it. But i never pull out/intend to pull out from my crowd. EVER. Saya perlukan kawan-kawan saya juga. Saya tak ada terasa dengan sesiapa pun cuma kadang-kadang saya rasa saya lebih senang bersendirian kalau nak buat certain kerja. Kalau ada yang terasa, saya minta maaf. Untuk kawan-kawan rapat saya, diorang dah tau perangai saya macam ni. Saya harap mereka faham, its not about them, its about me just wanting to spend time with myself.

9)Tapi antara keburukan doing things alone ni adalah, saya tak cerita banyak benda dekat orang. Even dalam blog ni pun saya tak cerita kalau saya ada masalah unless it's really crucial. Saya ada twitter dah sekarang, dengan harapan bolehlah saya nak luahkan apa yang saya rasa sebab itu lah pun tujuan twitter.Tapi tak jugak, i keep to myself. And i tell myself yang masalah apa-apa pun tak besar sangat, jadi tak worth diceritakan. And memang selalunya pun macam tu. Saya bukan nak simpan problem sorang-sorang tapi saya takut nak cerita dekat kawan-kawan, sebab diorang punya masalah lebih besar dari masalah saya. Masalah diorang, masalah percintaan tapi masalah saya, pagi tadi makan nasi lemak pedas sangat jadi sekarang perut dah kembung and tak boleh concentrate dalam kelas T_T. Hehehe, but i'm serious. It may sound funny but its the truth. Saya taknak susahkan diorang, selagi saya boleh solve it on my own, i'll do it (tengok: alone and independant)

10) Bila saya rasa rindu, saya bukak laptop and tenung gambar ni

She makes everything worth holding on to.

11) I'm setia. Like, traditionally setia. Jadi sebab itulah, saya tak reply messages anda. Saya tau Hadzwan sangat-sangat okey with it and takkan marah kalau saya layan/reply/berkawan semula, tapi saya taknak. Dia terlalu baik untuk semua itu dan saya terlalu bagus untuk tak layan dia macam itu. Saya harap, anda faham.

12) Dah tiga hari saya mimpi dapat adik lelaki. Takkan Ari nak cari boyfriend dah?

13) Hari tu mak telefon dan kata Ari tersekat bawah kerusi sebab dia merangkak masuk situ. Dua hari kemudian, mak call lagi kata Ari dah pandai naik tangga sampai tingkat atas, tapi dia menangis sebab tak tau macam mana nak turun balik. Nampaknya sekarang semua tempat kena berpagar di rumah tu.

14) Okay, saya dah boleh tengok semua video youtube yang dah habis loading (tulis entry blog sambil tunggu video loading, bagus! sambil menyelam, kita minum air masin)

15) Tapi sebelum tu nak turun makan dulu dekat bawah. Bai semua.


P/S: MEMANG BEBERAPA PERKATAAN SEBENARNYA BLOG POST NI YE, LAI?

2 comments:

NOR FADZILAH TAHARIM A146774 said...

thx sbb penuhi request sy.i like !
*skg tgh semput sbb byk gelak*.haha.
ok mlm ni gelak d blog sy pulak eh.*xmalu kn?*

lyla syahirah said...

hahahaa, tidakk.:)