
Oh, tapi topik kali ni bukan nak cerita pasal hari merdeka atau kau-pandai-lukis-ke-tak-masa-kecik-kecik-dulu. Ni nak cerita pasal sambutan lain, sambutan Hari Malaysia pulak. Dalam kemeriahan Syawal ni, bertambah-tambah meriah lagi sebab boleh sambut Hari Malaysia. Sekarang kaum India dan Cina tak ada alasan untuk tak 'beraya' sekali :)
Bercakap pasal Hari Malaysia ni, tak sah lah kalau kita tak tanya/ditanya pasal apa yang paling best /buat korang rasa bangga jadi anak malaysia ni. Kalau tourist yang tanya, mesti kita akan jawab penuh konpiden dengan English berhabuk khook khook. Kalau reporters yang tanya, mesti kita nak betul tudung betul rambut dulu sambil jawab tersipu-sipu pandang kamera and harap-harap ehhhh orang kampung aku tau tak aku nak masuk tv ni? Haaaa. Jadi di sini, saya nak menjawabnya lah walaupun takde siapa yang bertanya but its sokaaaaay.
5 perkara gegemaran saya sebagai anak Malaysia binti Malaysia
- Pelbagai kaum. Jadi selain berkawan dengan Ashree, Aliaa, Shamira, Zahirah, Nabila, Farah, saya juga berkawan dengan John, Hong Ting, Amreeta, Thulsi, Zen Qi, Louise, Shan Ping dan lain-lain. Saya bangga sebab saya tau perkataan 'lengchai' dan 'lenglui' *clapclap*. Jadi kalau nak bercakap apa-apa, senang boleh dengar pendapat semua pihak. Ohh kalau kat Malaysia ni ada satu kaum je, contohnya Melayu saja, saya angkat beg siap. Orang kata, walaupun tak berapa kenal tapi janji ada. Macam necessity untuk ada.
- Banyak cutiiiiiiiiii. Sebab dah banyak kaum, semua pun ada perayaan hari Gawai lah, Kaamatan, Chap Goh Mei la, Deepavali la so semua kena cuti. Heee time belajar best la cuti-cuti esok dah kerja takde maknanya. But anyways, ini lah perkara yang paling ditunggu time sekolah dulu. Bila balik kampung, atuk nenek tanya "bila nak balik sini lagi?bulan depan cuti lagi kan sebab raya so and so. Memang naaaais.
- Makanan banyak. Bukan boleh makan nasi lemak saja time sarapan pagi, roti canai and chapati pun boleh. Kalau pelahap sangat, yong tau foo pun boleh waaaau sorry tiru iklan ERA T_T. Tapi memang best sebab semua kaum boleh merasa semua kaum punya makanan. Contoh: if nak merasa kari yang ori, boleh pergi Rajoo dekat La Salle PJ sekarang. Kalau nak makan Buttered Prawn murah tapi sedap, ada jual tuuu dekat area-area dekat dengan Murni. Haa okay saya dah lapar sekarang so sambung tulis later~
- Walaupun pelbagai kaum/pelbagai etnik,pelbagai bangsa dan agama, kita tetap hidup aman damai pulau sentosa pulau bahagia. We're not as bad as some countries, where their people demonstrate almost everyday, or their government change more than they change their pants. We're pretty decent citizen and we live in harmony. If we do fight, it is not as often/not as big/not as much of a hassle. Hamek terus cakap omputih now fine thank you
- Rata-rata pasal Malaysia is soooo good at the moment. Setengah perkara tu boleh diperfectkan lagi tapi so far, tak ada yang betul-betul perlukan serius pembaharuan pun. Bagi saya personally, ekonomi, pentadbiran dan lain-lain pasal Malaysia ni berada dalam tahap yang stabil. Saya bangga sebab Malaysia adalah 3rd world country yang cepat membangun berbanding negara-negara lain. Jadi tak ada masalah peribadi tu yang jadi masalah negara.
Maka, apa plan cuti sehari esok ni? Dulu masa Merdeka, sibuk cari sale tsk tskk buruk perangai betul stop it Lai.
Selamat Satu Malaysia!
No comments:
Post a Comment