Monday, September 20, 2010

life is always about dancing in the rain if the storm won't fade

Hari ini adalah hari bersejarah buat saya. Sebab penuh dengan aktiviti yang menarik seperti, bangun pagi-pergi kelas-belajar-balik kelas-makan-pergi kelas balik-makan-makan-makan-balik tidur. Tapi hari ni tak seperti hari-hari yang biasa sebab hari ini bila saya bangun, secara automatik baju kebaya disarung di badan. TAPI DAH MANDI DULU DAH SEBELUM TU ^_^


Menarik kan pakai baju kebaya pergi kelas. Nak pergi kelas menjahit ke ape.


Tapi saya berbangga bukan saya sorang je yang berbaju tradisional pergi kelas hari ni.



Tengok tu, siap buat iklan Pantene lagi.


Yang lelaki pun sama. Dah jadi macam calon suami mithali dah rupanya. Syak, kalau songkok tinggi sikit dah boleh menari zapin dah. Azzairi, kau wakil rakyat cukup.

Wah bestnya saya tak keseorangan berbaju tradisional.

Meriah kan hari saya hari ni? Tak payah pergi Jom Heboh pun.




Tangkap gambar mesti nak cari yang sedondon. Tak sedondon baju, sedondon anak tudung pun jadi lah.



Wakil Rakyat tangkap gambar dengan rakyatnya

Ramcangan Aduan Rakyat.




DARI JAUH KU POHONKAN AMPUN MAAF

Tengah sibuk-sibuk tangkap gambar, tiba-tiba datang dua tiga orang lecturer daripada Hiroshima University ni nak join sekali jugak. Diorang di sini sebab ada student exchange programme. Diorang tanya, kenapa pakai baju cantik-cantik macam ni? Lepas tu kami jawab, saja nak semangat sambut hari raya lagi. Lepas tu diorang buat muka tak faham lagi, hari raya tu apa diorang tanya. Punya lah jenuh nak explain bagi faham, last-last kami jawab, ohh it's like Chinese New Year but this is for Muslim!


Orang Jepong



Orang Malaysia saje yang tak pernah pergi Jepong.


Dah habis syiok tangkap gambar, baru sedar yang diri tu lapar sebenarnya. Tak boleh seronok sangat bergambar, perut pun nak kena isi jugak.

Pakai baju macam ni pergi makan kat Pelita, sorang-sorang segan nak turun kereta. Yelah, pakai baju macam nak pergi beraya tapi bukan makan ketupat rendang nasi himpit wajik dan dodol sila nikmati kawan penat memasak malam ke pagi. Tapi bila dah duduk tu mulalah TEH AIS SATU MILO AIS SATU HAA NAK PERGI AMBIK NASI SENDIRI TAK PAYAH ORDER. Bagus-bagus.

Lepas dah habis makan, tak sambung tangkap gambar dah. Sedar diri yang kelas semua still ada, jadi saya menapak di library bersama Deline sambil cuba discuss kes Company Law. Ambil perhatian pada perkataan CUBA di situ.


Ececeh takla, memang betul-betul buat okay. Bersemangat jawab dalam kelas siap angkat-angkat penumbuk lagi punyalah nak menegaskan jawapan dengan tegas.

Tapi time di library pun aktiviti tangkap gambar masih diteruskan. Kali ini dengan budak yang tidak lain tidak bukan, dah selalu ada dalam blog ni boleh jadi maskot blog ni pula.

Buat julung kalinya dipersembahkan, Iffah.Dan.Tudung.Ribbon.Beliau.

Habis kelas, kena makan lagi. Kali ni, sambar makanan lebihan untuk program Student Exchange tu. Hee pelahap nombor satu.


Bai semua_

No comments: