Sebelum tu, saya nak berterima kasih dekat cik yatcie dan cik faddsagi sebab comment pasal saya dalam blog dorang. Blog dorang lagi hebat. cik yatcie siap buat iklan nuffnang. Saya ni iklankan diri sendiri je, hehe.Cik fad pulak sangat berani bercerita dalam blog, tak macam saya yang selalu fikirkan banyak benda sebelum nak tulis kat sini and last-last benda tu tak jadi and saya boleh hairan sendiri kenapa blog dah lama tak update. Hmm, banyak rantaian makanan dekat situ *
Okay lah, tanpa membuang masa anda untuk membacanya lagi, saya perkenalkan topik kali ini :- HOW TO COPE WITH LONG DISTANCE RELATIONSHIP. Atau dalam bahasa melayunya, macam mana nak bertahan dalam hubungan jarak jauh.

Lain orang, lain caranya. Jadi, saya akan hanya ceritakan what works for me. Setakat ni, dah dekat dua tahun, rasanya tenang semuanya. Walaupun hubungan jarak jauh ni saya rasa tak terpakai sangat pada situasi saya yang sekadar Ipoh-Kuala Lumpur ni tapi kalau tak jumpa sampai berbulan-bulan sebab faktor jarak/komitmen pun boleh masuk dalam kategori ni jugak.TOLONGLAH BAGI SAYA MASUK DALAM KATEGORI NI JUGAK T_T
1. PERCAYA
Memang diakui, kalau hari-hari tak dapat jumpa sampai tahi lalat dekat muka girlfriend pun dah tak ingat belah kanan ke belah kiri, kita akan selalu rasa macam lambat laun dia nak ambil kesempatan dekat kita and mainkan kita dekat belakang. Kalau kita call tanya, "keluar shopping dengan siapa?," and dia jawab, "Oh, dengan Wan," secara otomatik kita akan terfikir, "Ni mesti Ridhwan takpun Wan Chik Daud ni,". Padahal dia tengah keluar dengan Wan Salimah kawan lama dia. Jadi solutionnya apa di situ? Pada pendapat saya, kalau dah masing-masing jauh tu, kita kena pupukkan rasa percaya pada pasangan. Jangan cepat syak wasangka, sebab tak semestinya apa yang kita syakkan sangat tu betul. Lagipun saya sentiasa berpegang pada prinsip, "Saya percaya, dan awak sangat bodoh kalau mainkan kepercayaan saya," Jadi percayalah, dan lihat yang pasangan anda tu takkan buat apa yang telah anda pertaruhkan kepercayaan tersebut.
2. RUANG
Ni bagi saya penting jugak. Sebab kita jauh, so literally masing-masing ada kehidupan sendiri. And tak semestinya sebab dah couple, kita kena ubah hidup kita semua. Tidak sama sekali. Apa yang kita perlu buat adalah, include dia dalam hidup kita saje dan teruskan hidup macam biasa dengan adanya dia sekali. Biarkan kalau dia nak pergi mana pun atau dengan siapa dia nak berkawan, asalkan dia tahu siapa diri dia. Bagi saya, memberi ruang ini adalah tanda penghormatan dan sekali lagi,"awak sangat bodoh kalau mainkan ruang yang saya berikan,". Jadi tak perlu lah kita nak melarang dia, tak bagi pergi situ, tak bagi berkawan dengan orang-orang tertentu. Kita pun tak suka dikongkong dan adakah dengan tak bagi dia berkawan dengan siapa dia mahu itu boleh buatkan dia lebih sayangkan anda? :) Sebenarnya hubungan jarak jauh ni boleh jadi sesuatu yang sangat exciting dengan adanya kewujudan ruang ni, sebab nanti anda mungkin akan jadi macam saya ni haa. Hadzwan selalu cakap saya mulut potpet bila jumpa dia sebab saya boleh bercakap dua jam straight pasal apa yang saya buat/mana saya pergi/benda saya tau/siapa saya jumpa. Macam tu jugak sebaliknya. Dia akan cerita pasal project yang dia join/tempat dia dah pergi and nak bawak saya etc etc. cuba bayangkan kalau berjumpa sekali sekala and anda ditanya,"Macam mana hidup sekarang?," Tak ke anda rasa macam nak jawab balik, "Macam mana saya nak tau, awak selama ni kongkong saya?,"
3. SETIA
Jangan sebabkan dia jauh and tak tau apa anda buat 24jam, anda pun ambil kesempatan pasang satu, dua tiga dan empat tiada apa ku dapat bersamamu hanya penat mereka tidak berkata apa lalalalaaa. Saya jenis yang tak suka menyusahkan diri saya sendiri dengan cari benda-benda yang dah ada and tak perlu ni. Tak perlu kita nak complicated kan hidup, baik kita bersyukur je dengan apa yang kita ada sebab itu yang terbaik. Kalau dia jauh-jauh boleh setia and depan kawan-kawan perempuan dia yang lain pun dia sanggup cerita pasal girlfriend dia, apa salahnya kita do the same? Saya selalu percaya, macam yang orang putih kata, "what goes around comes back around," Sekali kita cari orang lain, yang jenis Roy dalam cerita Sembilu tu yang memang kaki perempuan habis, tak gigit jari ke lepas tu? Bumi ni berputar, lama-lama kita akan balik ke paksi yang sama juga. Jadi hargailah yang sudah ada ni sebab tak semestinya yang kita cari lain tu, lebih baik dari yang sudah ada.
4. KEISTIMEWAAN
Lainnya couple jarak jauh ni, once dia jumpa, mesti akan go all out. Opps, maksud saya, dia takkan pergi date makan-tengok wayang-jalan-jalan biasa tu. At least in my part, no. Saya sangat pentingkan kualiti masa daripada kuantiti masa tu. Jadi kalau boleh, bila berjumpa, saya nak buat something different. Usually kami akan pergi visit tempat-tempat best ataupun kesempatan tu digunakan untuk dia kenal kawan-kawan saya and saya kenal kawan-kawan dia. Ni tips berkesan kalau nak bagi dia percayakan kita, bawak dia jumpa dengan kawan-kawan kita terus. Time cuti, bawak dia datang rumah. Time raya, suruh dia bagi duit raya dekat adik-adik ecececeh taklah. Do something special, pergi pantai atau tangkap gambar banyak-banyak. Barulah best kalau terkenangkan dari tempat jauh masing-masing.
5. AFFECTION (sebab geli nak tulis KEMESRAAN)
Dah tau kita punya relationship pun jarak jauh, maka kenalah letak effort sikit untuk spice up the relatonship. Kalau tak, hambaaaaaaaaaaaaaaaar jadinya. Setakat 'good mornin' 'good night' 'how are you i am fine thank you' tu, kucing sebelah rumah pun boleh tanya. Kalau pasangan anda tu jenis tak reti nak tunjukkan affection (seperti Hadzwan), tak apa. Anda pun boleh, siapa kata perempuan tak boleh? Hantar je poem berjela-jela dekat dia. Jenis ayat, "lautan api pun sanggup ku renangi" pun dia terima. Sekali-sekala, buat surprise dekat dia. Boleh bagi e-card yang romantik ke. Tulis surat pastu post ke. BAGI RANTAI TIFFANY, BUNGA ROSE, DAN BEG GUESS KE. Hehehee, surprise la tu kan?
Jadi setakat ni, ini saja lima yang saya tau berjaya kalau dipraktikkan. Tak payah pakai jamu perapat pun dah berkesan. Bai semua_
3 comments:
hehe.sme2 kak laipixie.n just wanna shre sumthn here.u now wat?
ive prctced al those 5 lah b4.
but it doesnt work.
changlun-tronoh pn xjaoh mne sbb ble cuti je WAJIB jmpe cm dr pg smp TGH mlm ye kwn2.hehe.tp tu lah.org kte xd jdoh.mgkin awek2 utp itu lbeh jaoh cntik dr sy.*pdhl krus kering*erk maaf.tp xksh.sy mgkin akn dpt yg lbeh baek.kan sis??
to wanchuk,jgn buat rntaian mulut ye.time ksh..:))
pergh.
nie jamu perapat terbaik dr ladang habaq hang.
hehehe.
nice one baby.
to fad.
actually klo nak wat yg 5 nie.
xleh wat sorng2.
both kne wat gak.
apply bnda yg sm.
br leh jd.
klo x jd syok sndri la.
jd cm kte plak yg thegeh2.
=)
xpe.
soon u'll find someone better than him.
saba je la.
fad: betul2, everything happens ade hikmahnya. jangan risau. bak datang yang lagi baik. hehehee tapi k.lai x faham rantaian mulut tu ape???
hadwzwan: habaq hang! jengui kepala sat! :D
dala awak...bagi Tiffany & Co ka saya sekarang. hahahaha
Post a Comment