But seriously, saya tak minat cerita hindustan. Tapi saya minat actors dan actresses dia. Saya angan-angan jugak nak dapat body macam Bipasha Basu tu, takpun mata cantik sikit macam Aishwarya Rai. Selain dari tu, saya tak minat jalan cerita bollywood yang sangat melodramatik. Saya tak suka sebab cerita bollywood banyak scene nyanyi-nyanyi dekat bukit tibe-tibe Shilpa Shetty tadi pakai sari color biru sekarang tukar jadi color hijau pulak apa ni??? Saya juga tak minat sebab cerita bollywood bagi saya tak masuk akal sikit sebab kalau orang tu dah dekat nak mati, tapi sebab marka dia teriak-teriak nangis sikit, sembahyang sikit, terus hidup bangun boleh ambil pistol and tembak balik si penjahat.
Tapi, kawan-kawan saya kat sini semuanya kaki hindustan T_T
Semalam, Myra and Meen ajak tengok cerita We Are Family. Kajol, Kareena Kapoor and Arjun Rampal berlakon. Ambil perhatian pada ARJUN RAMPAL di sini ye. Diorang tau saya tak minat bollywood, tapi saya ikut jugak sebab last filem bollywood yang saya tengok, My Name Is Khan, boleh tahan best jugak. Okay, best betul. Saya lagi suka daripada Slumdog Millionaire.
First thing first, sebelum masuk panggung, kita beli makanan dulu ye. Sebab time lain saya tak banyak makan. Time sejuk-sejuk cerita tengah best-best dalam wayang saya boleh habiskan sebungkus Subway pulak. Ye, Subway. Popcorn tak kenyang jadi saya taknak gedik beli. Oh ye, harus tangkap gambar juga ^_^
Semasa nak bayar harga roti Parmesan Oregano DAN Hearty Italian T_T Dan ligtning berbeza buatkan muka saya jadi gelap dari biasa. CEH KAU PUTIH SANGAT SEBENARNYA LAI, BAJET EDWARD CULLEN.
Barisan Pencinta Seni Filem Hindustan dan Penghafal Lagu-Lagu Setiap Filem Yang Keluar (BPSFHPLSFYK) pergggh panjang gila akronim.
Weeweet Adeline Zainuddin pandai lenturkan tangan, bakat terpendam!
Myra yang tak masuk panggung lagi tapi dah feeling dah. Bagus-bagus.
Masa nak cari seat kat dalam, dalam hati dah kata, "Takpe, tak minat pun boleh tengok je. Makanan beli banyak. Siap ada beli kacang-kacang lagi. Makan je lah tak payah tengok cerita sangat," Saya pandang kira-kanan, kawan-kawan semua excited nak tunggu Arjun Rampal keluar. Saya pandang kiri-kanan lagi, ohh, kami saje golongan melayu dekat situ T_T yang lain semua orang India. Saya pandang kiri-kanan lagi, ohh, panggung tak penuh rupanya. Lalu saya keluarkan Subway yang dibawa masuk secara haram ^_^
Mula-mula punyalah nawaitu nak pergi tu sekadar nak have fun dengan kawan-kawan je. Sekali tengok cerita tu diaaaa aiiih, best gile siooot! Semua elemen-elemen complete. Walaupun tak boleh lari daripada stereotype Hindustan yang emosi terlebih ni, tapi takde lah adegan menyanyi beria-ria golek-golek bukit semua. I loike!
Mula-mula punyalah nawaitu nak pergi tu sekadar nak have fun dengan kawan-kawan je. Sekali tengok cerita tu diaaaa aiiih, best gile siooot! Semua elemen-elemen complete. Walaupun tak boleh lari daripada stereotype Hindustan yang emosi terlebih ni, tapi takde lah adegan menyanyi beria-ria golek-golek bukit semua. I loike!
Nah hamek kau, keluar-keluar mata bengkak terus.
2 comments:
kaklai.kte mmg sme.
fad mmg xminat industan tp geng fad yg laen sume minat industan.korea pn same.org dok gle nsem cne cni.
fad cool je.xheran pn.sbnanye hti ni hnye tertarik pd ngre jiran.indonesia pak !!! besss bangat seyhh ! haha.cmtu la.
hahahaa. k.lai xtaw la. k.lai suke cerite omputih koot. tapi GG pun xtengok, hehehee. k.lai tengok sembilu kasih je.
Post a Comment