Tapi kena tunjukkan dulu wajah-wajah di sebalik persiapan Majlis Buka Puasa ni. From left; Shan Ping, Andrew & Cheah Ying. Wajah-wajah ini sangat excited bila kami masuk, and wajah kena paksa makan kurma dengan saya lepas tu.(^_^)
Sekarang saya persembahkan barisan makanan-makanan yang cun semalam.
Ayam masak merah. Yang sungguh pedas. Melecur ye. Yang si kecik tu kenapa.
Sayur campur. Yang ada sentuhan masakan Cina, sebab dia taruk cendawan dan capsicum i loike sayur 1 Malaysia. Yang si kecik tu kenapa yeeeee.
Telur dadar berisi i loike juga! Si kecik please stop it.
Agar-agar hijau manis. Saya tak makan pun ni tsk tsk kan dah rugi RM1.50. Si kecik kau ke yang habiskan part haku?
Annoying orange. Makan banyak-banyak sebab sakit hati pecah perut. Si kecik why why whyyy baby what's wrong??
Kurma yang hanya dijumpai di bulan Ramadhan. Okay si kecik, thank you for modelling the foods. Tray ni jangan bawak lari ye.
Sesi makan-makan. Maaf blur sebab models tak dapat contain diri dari duduk diam masa makan :) Ceh okay okay it's the camera's fault.
Model Hajaba jugak cun melecun masa makan.
Naz dah macam Aisya Ayat-Ayat Cinta la wey!
YANG HINI ORANGE MENYALA TAK HINGAT HII ANNOYING ANNOYING.
Sambil makan, sambil sembang. Sambil sembang, sambil ketawa. Sambil ketawa, sambil tak sedar orang dah curi kamera and candid gambar. Sambil orang candid gambar, sambil tak perasan ehhh dah makan tambah dua kali rupanya T_T malu malu.
Lepas makan, terus siap-siap nak Sembahyang Isyak and Sembahyang Terawih berjemaah. Nasib baik semua berdisiplin, yang mana nak tambah makan untuk KALI KETIGA tu terus tak jadi tambah and pergi ambil wudhuk pakai telekung semua nak sembahyang berjemaah sekali hmmmmm.
Tengok berdisiplin tak berdisiplin tak? Duduk nak sembahyang pun ikut susunan warna :)
Lepas habis sembahyang terawih, terus plan nak balik semua sebab hari dah lewat malam. Jadi saya, Zah dan Deline The Three Stoges pun pulang ke kolej 12 dihantar oleh Mr Yannick Noah. Tapi sampai-sampai kolej je terus perut memulas-mulas. Adakah kerana tak makan nasi kerabu bazar UIA hari ni lantas terkena badi? Makcik nasi kerabu please don't do this to us :( Oh tapi rupanya bukan perut memulas pasal nasi kerabu pun. Memulas sebab lapar lagi @#$&^%$#*&!@%# apa nak jadi. Lalu untuk memuaskan perut, kami bergerak ke Carrefour The Sphere.
Nah, kau memang banyak makan sebenarnya Lai, mengaku cepat!
Bai semua!
No comments:
Post a Comment