
1. Untuk kawan yang masakkan ulam pucuk paku dan bawak dari Jerantut ke Shah Alam semata-mata untuk saya, terima kasih.
2. Untuk kawan yang tak pernah minta saya belikan makanan di DC bila dia sibuk sebab tak mahu susahkan saya, terima kasih.
3. Untuk kawan yang hutang dengan saya 20sen pun tetap bayar, terima kasih.
4. Untuk kawan yang selalu minta maaf dengan saya banyak kali sebab takut nak tanya saya soalan pasal assignment, terima kasih.
5. Untuk kawan yang selalu call saya even saya jarang sekali call dia, dan akan merajuk kalau saya tak angkat/lambat angkat call dia, terima kasih.
6. Untuk kawan yang setiap benda penting/kurang penting dalam hidup dia beritahu saya, terima kasih.
7. Untuk kawan yang selalu temankan saya pergi Mid Valley tiap-tiap minggu masa saya single dulu, terima kasih.
8. Untuk kawan yang pujuk saya masa Michael Jackson meninggal dunia, terima kasih.
9. Untuk kawan yang sanggup burnkan 2 CD Michael Jackson untuk saya dengar dalam kereta, terima kasih.
10. Untuk kawan yang buatkan saya kek coklat besar semata-mata sebab dia teringatkan saya, terima kasih.
11. Untuk kawan yang belikan saya gelang Momoe masa saya gila-gila fesyen kawaii dulu, terima kasih.
12. Untuk kawan yang teman saya beli makeup masa saya gila makeup pula, terima kasih.
13. Untuk kawan yang belikan saya bantal kecil LOVE, yang tanpanya saya tak boleh tidur malam, terima kasih.
14. Untuk kawan yang belikan saya rantai Eiffel Tower, terima kasih.
15. Untuk kawan yang sentiasa menjadi orang terakhir telefon dan ucap SELAMAT HARI JADI pada saya, terima kasih.
16. Untuk kawan yang sentiasa tak lupa save kan seat untuk saya di sebelahnya supaya saya tak duduk sorang diri, terima kasih.
17. Untuk kawan yang saya boleh tunjukkan kekurangan saya dalam skill memasak, terima kasih.
18. Untuk kawan yang sentiasa berikan nasihat yang bagus, terima kasih.
19. Untuk kawan yang sanggup tinggalkan kerja yang dibuat semata-mata untuk mendengar masalah saya, terima kasih.
20. Untuk kawan yang belanja saya makan Fresh Oysters yang kami berdua tak suka eventually, terima kasih.
21. Untuk kawan yang percayakan saya dalam segala rahsianya, dan tak pernah nampak jarak Kajang-KL untuk jumpa saya, terima kasih.
On your 21st birthday, i list down 21 beautiful things that you have done to me, of which i am so thankful off. I must have done some wonderful things in life to have deserve such a rare friend like you.
HAPPY BIRTHDAY, ARA.
No comments:
Post a Comment