Saturday, August 28, 2010

guard your love, guard your heart, guard your decision

Semalam saya, deline, leng, syafiq dan arief pergi bersahur di Pelita Nasi Kandar Bangsar. Port wajib tiap-tiap minggu mesti at least pergi sekali. Kalau tak, jangan mengaku kawan saya wacheh giteww ;) Kira kalau ada loyalty card hape bende memang wajib kami dapat la. But okay anyways, tengah-tengah kami syok layan makan sambil the boys bising tengok bola and marah-marah Arshavin kenapa tak skor, tiba-tiba ada sorang budak lelaki India ni datang approach meja kami sambil menjual Kosmo and Berita Harian untuk hari ni. Yelah, pergi pun dah pukul 2 pagi masa tu, harus dah ada paper.


Budak lelaki tu datang paling dekat dengan saya, jadi bila saya toleh untuk tengok paper tu..PERGH.


Gambar di 'cut-n-paste' dari Kosmo Online. Yes, saya tak beli paper semalam tu sebab duit cukup-cukup untuk makan Maggi Goreng telur mata, Teh o Ais dan Tosei Gi saja tsk tsk~

Mula-mula tengok gambar ni, ingatkan cerita pasal kes buang bayi. sekali cek2 dekat Kosmo hari ni, ohh..kes budak koma kena pukul dengan polis rupenye ish malu I.

Tapi perbincangan di meja Pelita malam semalam adalah pasal kes buang bayi yang tiba-tiba saya yang trigger bile tengok gambar ni. Budak-budak lain semua HAH APA TU APA TU SORRY TADI AKU FOCUS TENGOK BOLA SKALI TAK SKOR FRUST AKU.

Duduk dekat Malasysia sekarang ni, yang paling menyedihkan bagi saya ada dua benda je.Harga minyak naik, orang lompat parti ni semua saya boleh tahan kan lagi. Tapi dua benda ni paling close to heart, tak boleh nak endahkan. Pertama, kes orang culik/rogol budak-budak dulu. Jangan cakaplah, memang hari-hari keluar berita/paper kan? Sampai dulu kalau nak debat pasal SEX EDUCATION pun selalu bagi contoh-contoh mangsa. Yang kedua ni, kes orang buang bayi.

Dulu masa di Asasi Undang Undang, saya belajar, kalau kita nak gugurkan anak disebabkan masalah-masalah kesihatan, kita boleh buat semasa 2nd trimester dan ke bawah. Bila dah lebih tu, kira baby tu dah ada life. Correct me if i'm wrong ye? Tapi ni sekarang masalahnya perempuan-perempuan sekalian, mengapa dimengandungkan anak itu macam mahu tapi akhirnya buang begitu saja bila tak mahu? Okay tak, tak semua perempuan. Tiba saya pulak terasa ish ish.

Kalau boleh tu taknak lah stereotype siapa-siapa yang biasa buat kerja-kerja ni semua, tapi saya mengaku yang pelajar IPT kat Malaysia ni memang tergolong dalam kategori pembuang ni. Kalau buang sampah merata-rata tak pe jugak, denda baru RM500 macam tu. Ke terasa yang buang anak tu macam buang sampah, senang-senang je boleh buang?

Cuba kalau dulu, mak-mak korang lahir and buang korang? Kalau dah ajal korang, memang mati on the spot. Rata-rata bayi yang dibiarkan dihurung lalat dekat tempat sampah dah hampir-hampir dimakan anjing la, dimakan burung la. Kalau bernasib baik, ada orang jumpa and bawak balik bela korang. Haa ape korang rasa? Emo ni emo ni.


Tak semua bayi yang dibuang ni bernasib baik diambil jadi anak angkat. Macam Datuk Hamidah Osman ni dan baby Mahsya Kurnea yang femes masuk berita tu. Cuma satu dalam sepuluh orang kot, yang lain-lain, entah apa nasib mereka.

In my opinion sekarang, saya rasa memang perlu sangat-sangat kita ambil langkah drastik. The Baby Hatch dekat Kuala Lumpur/Selangor yang dibuka tu memang perlu sangat-sangat dah sekarang ni. Yelah, daripada orang buang bayi dekat tempat sampah sarap lalu DBKL yang tak bersalah kutip dan bawa untuk dilupuskan,lebih elok kalau bayi tu diletakkan dekat tempat perlindungan yang sudah semestinya beratap berdinding jauh dari ancaman luar yang boleh menganggu keselamatan bayi tu.

Sesetengah oppose and say yang perlaksanaan Baby Hatch ni akan menggalakkan kegiatan seks bebas pula. I say, now is not the time untuk jaga pemangsa, tapi now is the time untuk jaga mangsa. Fikirkan hidup dia jugak. Aduh, lepas tu kau nak gaduh tenaga kerja profesional dekat Malaysia ni sikit. Doktor 1:300 ++, tapi generasi negara sendiri taknak pelihara. Hmm. banyak sebenarnya kesan-kesan daripada akibat perbuatan sorang tu, boleh affect the whole country. Jadi jangan ambil sikap tidak peduli di sini.

Kalau nak ikut sistem di Barat, buat sex education gila-gila, bagi free condom dekat students etc etc..pun saya akan angkat tangan setuju (dua-dua tangan dan sebelah kaki). Sekali lagi, kita jangan kata yang kita orang timur, banyak perkara taboo, tak boleh terlalu 'open' macam di barat. Sedangkan perbuatan kita makin lama makin tak mencerminkan ketimuran pun. Tak perlu semangat Asia For Asia sekarang ni bila kita sendiri dah semakin 'open'.

Wacheh tibe-tibe baca balik ayat-ayat dekat atas tu macam emo sangat pun ada. Sorry u'olls i tak marah u'olls. Tapi marah dekat orang-orang yang tau teran, bungkus dan buang ni. Marah dekat perlaksanaan yang sangat pincang ni. Tolong lah jangan buat undang-undang baru, it'll take years to pass. Undang-undang mana yang ada ni, gunakan dari situ untuk ambil tindakan. Tak pun kalau nak guna provision juga, cepat-cepat amend Penal Code untuk masukkan undang-undangnya. CEPAT-CEPAT. A baby might die in a dumpster now as we speak.

Kepada readers ku sayang, especially yang perempuan, jom jom kita muhasabahkan diri kita. Mari kita banggakan diri sendiri, MAK BAPAK kita dan adik beradik kita. Jangan malukan keluarga. Saya jenis tak kisah apa orang tu buat, nak merewang pergi kelab tengah-tengah malam pun takpe tak susahkan masyarakat, janji bukan ini. TOLONG BUKAN INI. Kita perempuan, fitrah semulajadi kita adalah untuk mendapatkan dan menyayangi anak. Kalau tersilap langkah sekalipun, ingat yang bukan buang penyelesaiannya. Ramai orang di luar sana, especially childless couple yang mahukan anak. Terima kasih.

p/s: First time sambut raya dengan Ari. Ari dah ada 2 baju kurung cotton color biru hadiah dari pengasuh, jadi dekat kakak tak payah mintak dah ye? :D

No comments: