Jangan ditanya mengapa aku sendiri
Kadangkala yang ramai itu menyepikan
Kadangkala yang banyak itu menyempitkan
Pemikiran dan perasaan.
Jangan ditanya mengapa begini
Kalau hari ini tak ubah hari semalam
Kalau mata ini masih memandang endahan
Kata-kata hanya angin pelabuhan.
Jangan memandang aku enteng
Kadangkala yang pincang bisa kubaiki
Kadangkala yang diam banyak kuatnya
Kerana yang ego dan dendam tak kemana
Kalau mahukan cinta, kan ku berikan cinta
Kalau mahukan rindu, kan ku hapus air matamu
Jangan ditagih cinta
Jangan ditagih rindu
Kalau yang kini tak seperti dahulu.
Kadangkala yang ramai itu menyepikan
Kadangkala yang banyak itu menyempitkan
Pemikiran dan perasaan.
Jangan ditanya mengapa begini
Kalau hari ini tak ubah hari semalam
Kalau mata ini masih memandang endahan
Kata-kata hanya angin pelabuhan.
Jangan memandang aku enteng
Kadangkala yang pincang bisa kubaiki
Kadangkala yang diam banyak kuatnya
Kerana yang ego dan dendam tak kemana
Kalau mahukan cinta, kan ku berikan cinta
Kalau mahukan rindu, kan ku hapus air matamu
Jangan ditagih cinta
Jangan ditagih rindu
Kalau yang kini tak seperti dahulu.
2 comments:
jika yang banyak itu menyempitkan,
luahkan saja agar fikiran tenang.
jika hari ini tak ubah hari semalam,
cari jalan agar ada perubahan.
jangan disangka si tenang tiada buaya,
jangan berdendam jika takut padahnya.
janganlah risau jika tak seperti dulu,
kerana di sini seadanya menarimamu.
:)
jangan khuatir cinta,
kasih dan rindu tetap ada
bibir yang tersenyum itu ikhlas
kata yang terucap itu juga ikhlas
diam ini tanda kenangan dan penghargaan
kerana perasaan sayang ini
kadang tak mampu diungkap :)
Post a Comment