Saturday, August 14, 2010

update setelah sekian lama

Pertama sekali, maaf kerana MIA. bukan Mia Ruzaini kawan saya si teletubbies tu, bukan ye. tapi Missing In Action. bukan jugak sebab tengok cerita Mission Impossible ke apa, oh damn..suka sangat sambung-sambung ayat kan, even dalam blog pun nak main sambung ayat dengan diri sendiri. hmmph.


Jika tak faham, abaikan ajahhh :D


Banyak perkara berlaku ni. Dari lepas habis Mock sampai hari pertama puasa (week span dalam seminggu rasanya), semua masa yang ada dimanfaatkan untuk terkial-kial dan terkejar-kejar dengan kerja sekolah yang cikgu bagi. Yelah, time Mock hari tu bolahlah bagi alasan, ada exemption from classes semua. tapi sekarang ni masuk lecture pun rase @#&*^%*&%!!*%#@* bile mase belajar semue niiii adakah saya masih belajar undang-undang??


Puasa pulak so far so good. Macam dah tak kisah kalau berbuka tak makan nasi kerabu nasi dagang nasi minyak nasi lemak kukus segala. opps, and tak dimulai dengan kuih keria, tepung pelita, cucur benderam atau seri muka pun tak apa. Pendek kata, start dengan minum air (tak dapat lah dengan air kosong, sekurang-kurangnya berwarna jugak lah ye), then terus makan nasi. Nasi pun tak kisah apa jenis. Macam hari ni, saya makan nasi + hati + ayam masak merah dengan air kelapa. Deline kata macam makan tengahari, padahal dia pun sama saja kuang3. Tak apa lah asalkan berjimat. Duit lebih yang ada boleh dilaburkan pergi Bangsar ye murid-murid. Haa..macam tu lah tips kewangan saya di bulan puasa.


Tapi yang sebenarnya, lately ni saya memang tak tahan dengan bazaar. Walaupun yes, dua daripada empat hari berpuasa ni, saya beli makanan di Bazaar. Bazaar yang kerap dikunjungi sekarang adalah Bazaar TTDI. memang best makanan dia tapi Ya Rabbi, tak tahan jam nak sampai situ, sampai-sampai je parking susah nak cari. Lepas tu, kena tegar beratur panjang-panjang nak dapat makanan idaman. Nak pergi sana pun, semua orang tak boleh cakap banyak, takut nanti mencarut-carut lantas kurang pahala puasa. Hehe :) Hari tu parking depan construction apetah depan TTDI tu, nasib baik tak kena langgar dengan lori tanah mana tibe-tibe. Bazaar ni rasa macam 5th Avenue sikit pun ada. Jalan jauh sikit, jumpa artis. Macam OMG licin sioot muka Asyraf Muslim macam porcelain lah Asyraf adakah anda pengguna SK II? Tapi artis tak artis, tak boleh dong potong que semata nak beli kuih serimuka ya :)


Rindu nya bazaar-bazaar kat pekan-pekan kecil. Kalau tak dulu zaman sekolah, pergi bazaar balik bazaar rasa heaven je. Gopeng pun populasi orang tak ramai, so tak sesak sangat lah. makanan pun levih kurang. Oh, rindu!


Hmmph. apa lagi ye yang saya buat selama ni sampai tak sempat nak update blog segala?


Oh yeah, minggu minggu minggu lepas, ada Program Exchange Student dengan students dari Fakultas Hukum, Universitas Pancasilar. mula-mula diorang datang tu macam senyum-semyum saja nak jadi ramah sebagai tuan rumah kan. Lepas tu TERrapat dengan sorang ni..haha. His name is Firdaus Kamaruddin. Adleena si direktor and now si pembikin iklan yang kenalkan.


Adleena&Avir. The Double A.


With him, only language is the barrier. Yang lain tu semua sama je kegilaan dengan saya dan kawan-kawan lain. Memang setiap masa nak bergurau, nak langsi-langsi, nak mengutuk sesama sendiri. Pendek kata, memang dah buat jadi kawan lah, bawak jalan pergi Mid Valley, pergi Pesta Konvo bagai.. Lepas tu the last day of Mock dia kena balik dah :((( sedih nyaaaa. Tapi ada ym and fb segala, now dah tak jadi masalah. Buat Avir: Jangan selalu bolos dan berbuat jahat ya di sana nanti! :p


Yeah, apa lagi apa lagi?

Oh yeah, a fact: bulan puasa pun tak dapat menahan godaan saya daripada membeli ini ini dan ini :) i need to stop this cold turkey!





Dan ini..




Others are addicted to caffeine, cocaine and boys but i'm with em' beauties! :D


Sekian.

2 comments:

ayie said...

bile u beli makeup lagi ni?? kan u dh kene band =S hehe

lyla syahirah said...

hahaa, itu collective dari dulu i beli. now tak dah. :)