Monday, August 30, 2010

if i could write you a song to make you fall in love, i would already have you right under my arms

I have been tagged by my friend to do this. Kawan lama babe, terjumpa dekat UTP dulu masa melawat sana. Best ohh UTP sambil menyelam minum air, sambil nak jumpa sorang ni terjumpa lagi empat lima enam orang uuuuuh i loike. Jadi Hadzwan, jangan rasa diri spesel sangat la kalau saya datang Ipoh tuu wacheh.

1) Siapakah diri anda di rumah?


Oh, takpayah tunjuk gambar rumah eh. Kihkih.


Tipu je. Tadi tu rumah jiran.


Ada bapak naik motor ehhh sudah sekarang jawab soalan boleh tak perempuan?

Saya anak sulung daripada empat orang adik beradik yang SEMUANYA PEREMPUAN. Kami tak minat Spice Girls sebab tu takde lagi sorang (so?). Kat rumah, mak, abah dan adik-adik panggil saya Along. Tapi kalau panggil tiga empat kali tak jawab jugak, nama tukar sikit jadi Syira dengan tanda seru. Kat rumah saya rajin mengemas, mop lantai, sapu sampah, cuci pinggan, basuh, sidai& lipat baju, tukar sarung kusyen, tukar langsir dan seangkatan dengannya. Tapi saya paling malas memasak tsk tsk apanakjadi. Memasak tu adik beradik saya yang suka sepahkan rumah pulak yang pandai. Berseni gila mereka di dapur. Saya bersyukur ada adik-beradik macam ni.


2) Siapakah diri anda di samping rakan?


Korang pun harus la ada gambar sekali :) Hihi

Rasanya soalan ni kawan-kawan saya yang kena jawab. Tapi sebabkan mereka tak mampu nak jawab sekarang kat sini, jadi saya tolong lah jawabkan untuk mereka T_T. Saya seorang yang goofy, selalu nak kacau semua orang. Antara contoh-contoh ke'goofy'an saya, seperti :- kalau kawan saya tengah online dan pergi toilet kejap, saya akan tukar status di facebook page dia menjadi ADELINE ZAINUDDIN IS INDEED HOT. Tapi kadang-kadang tak sempat nak taip sampai habis pun, sebab dia balik dari toilet cepat-cepat terus nampak saya tengah guna laptop dia dan kami akan berebut laptop di situ sampai status pun jadi ADELINE ZAINUDDIN GHRTYSFBWTCMXNTSYWIXXX. Kalau kawan saya tengah cerita pasal dia takut kucing kuis kaki dia masa makan dekat kafe, saya akan balas, "tapi dua tiga kucing berlari, jadi mana nak sama si kucing belang?,". Kalau kawan saya tengah cerita something, saya akan tunjukkan muka poyo penuh concentration nak dengar cerita dia sampai dia kata, "bodo lai, tak payah buat muka macam tu boleh tak?,". Saya tak tau lah apa perasaan mereka-mereka ni dapat kawan macam saya *sigh*.

3) 5 perkara anda idamkan tapi belum tercapai
  • Untuk masa terdekat ni, nak beli baju raya ala-ala pario pergi pantai tu tapi tengok harga RM*** jadi rasanya tak tercapai dah, bukan belum tercapai lagi.
  • Nak makan rendang ayam, ketupat palas, lemang, dodol, tart nenes, sempirit semua tapi belum raya lagi.
  • Nak suami yang baik hati, pemurah hati, penderma jantung, pandai masak+kemas rumah,pembersih,pandai main gitar, tak suka tengok bola, tapi tak ada siapa masuk meminang lagi.
  • Nak Justin Bieber jadi suami saya di atas, tapi dia tak masuk Islam lagi :)
  • Eh baru 4? erm okay. Nak perform dalam tutorial Jurisprudence esok tapi topik John Locke dan Hobbes tak baca lagi.
4)Siapakah nama pasangan anda?


Pasangan, anda ada namakah?
Oh ada. Nama dia Mohamad Firdaus Hadzwan. Nama glamour dia Wanchuk, sebab dulu dia jual One Drop Perfume. Okay Leng, benda ni tak lawak kalau tulis macam ni.

5) Ceritakan 5 perkara yang paling anda suka tentang pasangan anda.
Wah, 5 perkara lagi. okay okay.
  • Dia ni jenis pandai melayan saya. I MEAN MELAYAN KERENAH SAYA. Seriously guys, tak ramai lelaki yang mampu bertahan dengan saya ni. Tengah-tengah orang nak romantik-romantik, tengah-tengah tu la jugak saya nak mempersoalkan kenapa orang gunakan peribahasa air dicincang takkan putus, pernah ke orang try cincang-cincang air tu? Ataupun fikir teka-teki yang pelik-pelik. Lepas tu bila time dia dah malas nak dengar saya punya philosophy bagai, time tu jugak saya demand dia romantik-romantik dengan saya. Ni memang kriteria dia yang paling tiptop, sebab saya tak tau mana dia dapat energy nak layan semua tu. Sampai dia rasa, "Syira ni mula-mula A lepas tu terus pergi G tak lalu BCDEF dulu,"
  • Dia original. Maksud saya, dia tak pura-pura jadi someone yang bukan diri dia. Macam dalam relationship kami ni ye tuan-tuan dan puan-puan, dia ni tak jiwang, tak pandai mengayat girlfriend, bukan sweet talker macam boyfriend-boyfriend orang lain, bukan jugak call to say I Love You tapi call and say You Pergi Mana Lama I Tunggu Kat Bawah Ni Tau. Dia jenis yang akan cakap apa yang saya perlu dengar, bukan apa yang saya mahu dengar, lantas menjadikan saya seorang cewek yang baik dan mendengar kata. Hehee taklah. Tapi betul, walaupun saya nak dia jadi semua tu, tapi dia bukan orang macam tu. And perangai dia yang satu ni menjadikan saya tak runsing yang dia akan pergi mengorat perempuan lain dan tak juga menimbulkan masalah dalam relationship kami sebab tak pernah kami bergaduh pasal benda-benda, "you kata dulu you sayang i gila-gila, tiap-tiap Valentine nak bagi i rose sejambak sekarang ni dah 3 tahun sekuntum pun takde, kalau i tau macam ni i pergi dekat si Semaun lagi baik,"
  • Dia percayakan saya.Kami ni, nama pun tak ada depan mata 24/7, jadi hanya boleh call, msg, ym, gtalk, webcam segala saja. Pernah jugak try buat surat tapi tu pun dia kena datang sendiri hantar dekat saya (^_^). Maka, kepercayaan tu amatlah penting dalam relationship kami. Kalau saya nak keluar dengan kawan-kawan perempuan/lelaki, makan dekat Mamak atau pergi Uptown pukul 2 pagi atau pergi holiday ke Melaka pun dia bagi dan percayakan saya. Sampai satu tahap saya pernah persoalkan kepercayaan dia, "tak jealous langsung ke?," Tapi dia tetap bagi, sebab bagi dia buat apa dia nak kongkong saya/masa muda lagi/tu time dengan kawan-kawan. Jadi saya agak dangkal lah kalau mainkan kepercayaan dia.
  • Dia bagi saya jadi diri sendiri. Diri saya sendiri bukanlah macam yang kita selalu baca dalam novel tu, yang tak mandi 3 hari pun boyfriend tetap kata wangi jugak. Bukan, diri saya sendiri adalah yang jenis nak keluar date biasa pergi pasar malam pun kena pakai skinny jeans dan wedges jugak. Yang datang Ipoh 2 hari pun kena bawak 3 pasang kasut jugak. Yang everytime dia nak jumpa kena keluar pergi beli dress baru pulak. Yes, saya memang seorang girlfriend yang over. Kalau boleh saya taknak dia nampak flaws saya pun sebelum kahwin (insyallah). Jadi walaupun dia merungut-rungut yang beg saya berat bila dia kena angkat sebab bawak kasut je dah 3 pasang, dia tak pernah marah/larang saya bila saya buat macam tu. Dia tak pernah suruh girlfriend dia macam, "dahlah tak payah pakai skirt tu, pakai slack je senang kan," Tapi sebaliknya dia akan hargai kalau saya bersusah untuk 'jadi diri saya sendiri' untuk dia.
  • Dia selalu bagi dorongan dekat saya. I'm a whiner, seriously. Dulu everytime rasa belajar susah/kes tak faham/assignment markah rendah/kena panggil BODOH BENGAP TOLOL LEMBAP dengan lecturer, dia sabar je dengar dan akan bagi support. Everytime dia akan ingatkan yang masa belajar ni lah paling fun, esok dah kerja lagi tension,ingat Abah suruh jadi lawyer, jadi contoh dekat adik-adik. Tak jemu dia ulang skrip yang sama tiap-tiap kali (masa second year zaman paling tension, dia kena ulang hari-hari). Nasib baik dia tak pernah suruh saya berhenti belajar dan ikut dia lari kahwin kat Thailand T_T.


Nah, ni hadiah sebab jadi *boyfriend of the year*

Bilakah tarikh anniversary anda?
16.August.

Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
Saya pelik kenapa soalan-soalan tag ni mula-mula starting pasal diri sendiri dan keluarga tapi lama-lama lebih banyak pasal the other half, adakah mendoakan the other half tu cepat-cepat jadi ahli keluarga juga? Shikin, pandai awak ye :) Emm okay untuk menjawab soalan, setakat ni tak ada lagi kenangan pahit sebab baru 2years. Tapi rasanya kalau benda yang paling rasa tak okay sekarang ni is, masing-masing jauh & nak jumpa susah. So yeah, hint kepada si boyfriend, kena grad tahun ni jugak (with distinction) and datang kerja dekat KL okehh bro? sikit je lagi.

Lagu tema cinta anda?
:))))))))))))))))))))))))))) Hadzwan, mesti kamu gelak guling-guling baca soalan ni kan? Hmm, sebenarnya, kami tak ada lagu tema (betul). Lagu tema tak ada, tapi kalau dalam kereta, semua lagu kat radio tu kami akan cuba nyanyi dengan gigihnya. Bayangkan dia nyanyi lagu Taylor Swift, Love Story sekarang? :)))))) Okay, tak menjawab soalan.

Apa perubahan yang anda ingin lihat pada pasangan anda?
Sekarang ni dia kurus sikit, saya nak dia gemuk balik.

Tag?
Saya nak tag kawan saya, Yasmin My Opened Diary untuk buat benda ni. Sila spill the beans pasal Imran yeah? :)))

Thank you Shikin sebab tag kan saya. Kalau ada lagi tag, jangan segan-segan bagi lagi. Sukalah buat benda ni :)

No comments: