Thursday, August 19, 2010

people with many interests live, not only longest, but happiest


Yay!!





Oh yes, this is a random picture. I checked it out HERE. sangat-sangat awesome. and saya tak tau kenapa sekarang minat rocker chic style. mungkin juga ter'influence' dengan INI.


Okay, enough about the random stuffs. Sekarang ni kite pergi ke benda yang tak random. What's been new? What's been exciting?


1)Makeups

-ohh, saya memang bak kata orang putih, "such a whore" when it comes to makeups. kalau boleh pergi mana-mana mesti kena ada Drugstore. even though they don't call it as drugstores here, tapi saya boleh spend hours ye dalam satu-satu kedai. Tambah-tambah sekarang ni Raya Sale pulak kan T_T But i'm currently on a makeup ban now sebab kawan-kawan dah tak tahan dengan obesiti haaa bukan-bukan, obsesi saya ni. Sampai belikan hadiah hari jadi lagi suapay taknak bagi saya kempunan. Jadi sebagai kawan yang baik hati, saya hanya boleh tengok dari jauh saja. Can look but can not touch..sigh*. Tapi if i can recommend some to you guys to try [if you guys are interested, if not, i still want to tell you :) ] are these beauties:



Regular Basis




2.The Boyfriend

After class, i'll be boarding the train to see him. Rasanya nak dekat 2 bulan tak jumpa. Excited semua orang bagitau saya yang sekarang ni dah ada train laju 1 jam 55 min dah bolah sampai Ipoh. 35++ sama macam harga saya balik Penang, tapi laju lah sikit. Lebih kurang dah jadi macam KL-Seremban ikut Komuter biasa. Wacheh dah pandai sekarang boleh jadi tour guide *.


3. Bazaar Ramadhan

Yeaaah foooooooood!! Setakat ni kami restrain diri taknak pergi Bazaar Melawati walaupun best sebab takut tak ada kesabaran nak tempuhi jam lalu terbatal puasa T_T. tapi sampai hari ni memang puas hati dengan semua bazaar pun, terutamanya Bazaar UIA. Walaupun ramai penjual air hari tu tak puas hati dengan Zah sebab pakai shades pergi Bazaar, takpe. Janji Nasi Kerabu sedap. Tiga hari dah berbuka makan benda yang sama, sungguh tak inovatif. And walaupun masa pergi tu panas terik nak mampos tibe-tibe tengah excited jumpa cempedak goreng idaman terus hathooooom hujan yang turun bagaikan mutiaraaaa, takpe. Janji cempedak goreng makcik tetap tiga-seringgit. And walaupun rasa macam nak beli semua makanan yang ada, takpe. Saya taknak jadi boyot macam abang yang jual air soya mahal grrrrrrrr Deline you know what i mean, tibeer.


4. Yang Amat Arif Dato' Seri Gopal Sri Ram


Lecture Equity & Trust dia memang terbaeeek. Lepas tu, sebab kitorang sendiri still blur2 dengan subject tu and taknak dia balik, terus nak tanya soalan subjek lain yang dah belajar and dia jawab soalan pun terbaiiik. Best gile boleh tanya terus, "I found your judgement in the Sagong Tasi's case a bit confusing..can you explain?", "What about your judgement in Tan Tek Seng's?,". Bagi yang tak kenal, he was one of the judges in Court of Appeal, and now is appointed to Federal Court. Kira macam, kalau lawyers yang famous mesti orang kenal Karpal Singh. Tapi hakim yang famous kalau tutup mata pun saya tetap akan jawab dia. DIA JUGAK. He is famous for being a judge yang tak gentar and tak takut sesiapa. Best gila rasa dengar lecture dia semalam, eventhough takut sebab dia dah assign cases untuk dibaca beforehand and akan ditanya in detail dalam kelas. lepas lecture terus semangat nak jadi lawyer berkobar-kobar balik, terus tak kisah nak kena bangun tutorial PIL pukul 8am tiap-tiap hari Khamis aceceyy~ He taught us about friendship as well, cool gila! Thank you Dato', you've inspired me so much! And you are such a nice, humble person.

*Hari nie pulak ada talk dari ITLOS (International Tribunal Of The Law Of The Sea). Hopefully dapat pupuk semangat lagi.


Rasanya that's about it. Sekarang nak kena pening-pening kepala fikir baju mana nak pakai, tudung mana nak lilit nanti. Sebab Datin Mary cakap, untuk talk nanti, 'you must not only look clever, but pretty'* Till next time!


p/s: memang tak salah saya pilih jalan ni.

No comments: