Hai Semua. Hai Semua. Hai Semua. Hai Semua. Okay, excited terlebih.
Haa, ni buat julung-julung kalinya saya nak join 1 contest yang best. Sebab sebelum ni tak pernah saya join contest yang seumpama dengannya, selalu saya duduk dalam dunia blog saya sendiri saja. Tapi setelah pucuk dicita, ulam pun mendatang. Saya memang dah lama teringin nak join and juga dah lama tak sihat makan ulam. T_T
Pertandingan ini dinamakan GOJES WITH SHAWL CONTEST, anjuran asyazain. Saya telah ditag oleh kak farahfarhana untuk join contest ni (senior saya masa sekolah dulu, cantik tapi sudah dimiliki..ecewah. Jadi tengok saja boleh. Nak mengorat, tak boleh ye). Terima kasih kak farah untuk peluang ini!
Sebelum kita godek-godek gambar dalam My Pictures, mari kita lihat dulu terms & conditions pertandingan ini.
1) WAJIB! Maknanya tak boleh tidak, mesti jadi followers blog dia atau pun 'like' facebook fanpage dia. Oh, ini sudah dibuat. Senang saja tinggal click-click. Lepas tu melangut sekejap baca dua-tiga entri sebelum kembali pada kerja sebenar.
2) Sertakan 1 gambar anda yang terasa paling gojes memakai shawl. Kalau tak gojes pun boleh buat-buat gojes, orang tak marah.
3) Sertakan sekali slogan "saya nampak gojes pakai shawl ni sebab.........." Tuan empunya pertandingan kata, tak perlu tulis ayat panjang-panjang. Secukup rasa saja.

4) Kena tag 3 orang kawan untuk join pertandingan ini jugak.
Okay, syarat-syarat pun dah dibaca. Tapi gambar masih belum dipilih. Bukan sebab semuanya rasa gojes tapi nak pilih yang sipi-sipi gojes pun susah. Hehee. Mesti ramai yang join contest ni, gojes-gojes belaka ditambah pulak pakai shawl, lagilah bertambah gojes. But anyways, tak salah berusaha dulu, menang atau kalah itu belakang kira. Kiranya, lepas habis makan pucuk ulam kat atas tu baru kira lah. Paham. Haa paham pun. Eh.
Okay, ini gambar yang dipilih. Harap-harap menjadi. *wink wink*
Saya nampak gojes pakai shawl ni sebab coraknya mampu menaikkan seri pakaian yang ringkas seperti ini. Bukan itu sahaja, shawl ini sendiri sudah sedia gojes dan boleh digayakan ke majlis formal ataupun untuk bersantai.

Jangan lupa tag toga orang kawan! Saya mahu tag :-
1) Fadzilah Taharim
2)Nurul Ashikin
3)Nurul Adeline
2)Nurul Ashikin
3)Nurul Adeline
Maaf ya, tak boleh tag ramai-ramai. Syarat pertandingan 3 saja. Okay, selepas dah siap semua ni boleh post kan komen dekat blog pertandingan mengatakan yang anda sudah menyertai pertandingan.
Terima kasih dan bai semua!
Terima kasih dan bai semua!
No comments:
Post a Comment