Monday, November 22, 2010

now we share the same bright sun, the same round moon, why don't we share the same love?


Kalau boleh aku ceritakan,
Semahal mana harga kau disisi aku,
Sebagai teman aku, warna terbaik aku,
Pasti aku genggam sepuluh jemari kau lalu ku katakan,
Lagu "Beautiful" nyanyian Christina itu padahal aku karang untuk kau!


Kalau boleh aku pinjamkan,
Akalku yang kengkeng ini buat kau,
Agar kau bisa lihat apa yang aku fikirkan itu sama, senada sekata,
Pasti aku minta neurologist terhandal untuk buktikannya,
Jika dia tidak mahu, aku akan merayu!


Kalau boleh aku luahkan kata yang tersimpan,
Dan kau faham maksud "TAK SANGAT.." sebenarnya adalah "TAK!!" saja
Tak perlu lagi aku berdiam berendam berhujan air mata,
Bisa saja aku melakukan semua itu,
Jika hatimu sekental kerikil digodek untuk menerimanya!


Kalau boleh aku tukarkan diri ini,
Agar kau merasai apa yang aku rasakan,
Tak perlu berpenat berlelah aku perdebatkan,
Boleh kau rasai sendiri kehangatan memakai 'kasut' yang berlainan,
Mungkin lama sudah aku turukan,
Jika kau sendiri tidak bersaiz 8!

Jika lagu itu masih pincang nadanya, kau carikan irama sendiri dalam diri,
Jika akal ini masih cetek pengisiannya, kau bersihkan dahulu jiwa itu,
Jika lidah ini masih diikat berat untuk melafazkannya, jangan kau paksa dengan hirisan kata-kata,
Dan,
Jika berada dalam diri ini belum membuatkan kau puas,
pasti kau kurang mensyukuri segenggam daging (jantung) yang kau miliki!



LyLaSyAhIrAh



No comments: