Thursday, November 18, 2010

don't read a title like this and X-out


Baju Raya AidilAdha 2010, sumbangan ehsan dari emak yang Alhamdullilah, bersaiz XS juga.


Selamat Hari Raya AidilAdha. Ni first time tahun ni, buat wish dengan menyebut nama penuh AidilAdha tu. Selalu kalau dapat SMS dari teman-teman tentang "BAI SAYANGKU SEMOGA KITA BERTEMU LAGI TAHUN HADAPAN, TAHUN INI TERPAKSA BERPISAH...." rupa-rupanya kau tengah bai dekat lembu yang nak kena sembelih nanti ciss, hah, saya akan reply, Selamat Raya Haji saje. Dasar-Dasar Pemalas Baru. Heh. Tapi kali ni, dekat blog ni, dekat blog yang nak selamatkan pokok-pokok dekat mukabumi ni, saya hulurkan ucapan, Selamat Hari Raya AidilAdha. YES, WALAUPUN RAYA DAH NAK HABIS DAH.

Macam mana dengan perayaan AidilAdha masing-masing? Saya punya disambut dengan banyak makanan kecuali daging lembu. Sebab apekah. Sebab lembu baru nak disembelih esok dan hari Sabtu ni. Esok di JKK Taman Perumahan saya dan Sabtu di UiTM Pulau Pinang. Hoh, saya tarik balik statement raya dah habis dah dekat atas tu.

Raya saya dihiasi dengan ini


Salah eja, sepatutnya dua 'S'. Tapi gasak saje janji bunga atas tu mantap. Eh.


Cotton sama gitew


Baju yang dah tak berapa nak raya dah. Masa ni on the way nak pergi tengok Harry Potter And The Deathly Hallows. Best gilak walaupun baru Part I, sape yang terjerit sampai terbalik popcorn masa ular atas meja nak makan mayat dan even masa bapak Luna jerit taknak bagi Harry balik, sila angkat jari tunjuk dekat diri sendiri sekarang T_T


Someone said that I'm the spitting image of my mom when she was younger.
Jadi tak perlu saya risau macam mana rupa tua saya nanti wah wah wah.

Di kesempatan ini juga, saya nak ucapkan berbakul guni terima kasih khas buat followers yang 47 orang setakat ni. Saya rasa saya tak pernah ucapkan terima kasih lagi, jadi, terima kasih kerana meng-follow, insyallah saya akan follow anda kembali. Saya hargai anda, anda dan anda.
Bai semua!

No comments: