Cadangnya nak tulis poem, tapi bertapa lama-lama tak datang jugak idea. Mula nak merepek lepas tu ayat jadi tak sedap, terpaksa delete. Huh, challenging betul lah nak tulis-tulis sekarang ni. Macam nak susun ayat pegi meminang orang HAH TENGOK TU KAU MEREPEK LAGI. Kekeh. Jadi pengakhirannya seperti yang sebelum-sebelum ni, saya tulis apa yang terlintas dekat otak ni jelah ye.
Ehem.Ehem. Seperti yang semua sedia maklum, kelmarin, 18/11/2010, adalah hari lahir adik saya, Nur Ariessa yang pertama. Maknanya, setahun yang lalu dia dilahirkan ke dunia ni. Macam tak sangka, pejam celik pejam celik, dah setahun dah rupanya adik dan anak kesayangan famili ni. Bukan kesayangan famili saje, tapi kesayangan rukun jiran tetangga dekat sini jugaklah. Kalau orang datang rumah, selalunya kawan-kawan mak and abah, tak pernah tak bawak buah tangan untuk si kecil ni. Hihi, manja dia.
Dalam masa setahun ni, macam-macam yang Along belajar pasal adik. Nak jaga adik ni, kena banyak kesabaran dan kekuatan lah jugak. Along ingat lagi dulu, masa mak dengan abah pergi Filipina, tinggallah Along jaga adik dengan bantuan Kak Ngah and Kak Wani. Seminggu Along tak tidur malam. Dahlah masa tu, adik baru 2 bulan lebih. Badan adik kecil sebab adik lahir tak cukup bulan. Ramai yang tak berani nak pegang adik. Nak mandikan adik pun, Along dengan Makcik yang buat. Masa tu, tali pusat terlilit lagi. Setiap kali Along mandikan, susukan and tidurkan adik, Along rasa sebak T_T
Tapi nak jaga adik ni makin lama makin tak susah. Maybe, sebab Along dah biasa kot. Kalau dulu, adik taknak tidur buaian adn mak dengan abah penat nak tidurkan adik, Along akan angkat adik masuk tidur dengan Along. Adik kurang menangis bila terjaga tengah malam kalau nak susu. Adik selalu kuis-kuis tangan Along je bila adik lapar tengah malam. Nak mandikan adik pun makin lama makin tak susah. Tali pusat tu, lepas 5 hari dah tercabut sendiri dah. Orang kata, kalau baby tali pusat tercabut awal, maknanya dia budak baik. Betul ke tak tu Along tak tau. Atpi Along berdoa yang terbaik saje untuk adik.
Makin hari, adik makin besar. Along pun tak boleh tengok selalu sebab bila start semester saja, Along kena balik UM. Bila cuti panjang je baru boleh balik rumah tengok adik. setiap kali Along balik, adik dah makin besar sikit. Kalau tak silap Along, Adik pandai meniarap masa 1st cuti Along balik rumah. Along dah tak ingat exactly tarikhnya tapi bila Along bawak saje adik nak masuk tidur, Along terkejut tengok adik tidur meniarap. Along ingat adik tersalah tidur, banyak kali Along ubah posisi adik balik sebab Along takut adik tak boleh bernafas. Tengok-tengok mak kate, "Dia dah boleh meniarap dah tu," Hehe, sumpah naif gila Along ni. Baby meniarap pun Along tak tau.
Masa 1st day puasa pulak, adik dapat merangkak. Sebak sangat Along bila mak call and cakap yang adik dah pandai merangkak. Adik dah merangkak naik tangga dah pun. "Lepas ni, susah dahlah nak control dia," Jadi masa Along dapat balik beberapa hari sebelum raya tu, Along pun nampaklah adik dah pandai merata tempat dalam rumah tu adik merangkak. Bila Along nak lipat kain, adik pun nak tolong sepahkan jugak. Bila Along nak makan, adik pun buat-buat lah datang menyendeng nak makan jugak.
And now, adik dah boleh berdiri dah :) Dan Along sebak lagi. Tolak tepi dulu bila adik nakal-nakal semua. Adik memang nakal pun, tapi tetap kesayangan Along. Adik dah pandai main 'tepuk amai-amai' sendiri. Adik dah pandai main 'cak-cak' sendiri. Adik dah pandai cium Along bila Along suruh. Adik dah pandai mengekek bila gelak tu, bahagia Along dengar. Paling Along suka, time nak bagi adik makan. Adik kuat makan. Along selalu purposely tunggu adik balik dari nursery untuk makan sama-sama dengan adik sebab Along suka suap adik. Along suka bila panggil, "Adiiiiiik," and adik cepat-cepat datang merangkak dekat Along. Along suka petang-petang bawak adik main dekat taman permainan, adik paling suka main gelungsor lepas tu adik mengekek sorang-sorang.
Cuma satu saja pasal adik ni, adik tak suka dekat orang. Kalau orang nak ambil dukung, adik lari dekat mak/Along/abah/kakak-kakak lain. Memang dasar manja adik ni :)
Semalam bila mak balik, mak beli susu baru untuk adik. Susu Dupro 1-3 years old. Bila Along nak bancuh susu tu sekarang, Along sebak lagi. Dah setahun dah rupanya ya, cepat benar masa berlalu...
Along sayang adik.
Bai semua.
6 comments:
pejam celik je dah setahun !
Aihhh~ rasa macam baru je lagi. =.=
Selamat setahun ari ! ahah~
HEEE:) THANKS AINAA!
adekkkkkkk :D
-kakyg-
Hye Babe. I Just Wrote A Poem, Hope U Can Drop By At My Page And Leave Some Comment.
p/s: Betul! Susah Nak Pk Ayat Sekarang Neh. >.<
touched.
huhu.
begitulah kenikmatan yang Allah beri kepada ibu bapa apabila dapat melihat anak2 membesar... bila dah besar kita akan rindukan semua detik2 kecomelan dan keletahan anak2.. Syukur kerana diberi nikmat oleh Tuhan untuk menikmati setiap detik itu...
Post a Comment