Daripada gambar ni, boleh diringkaskan yang ada sepiring desserts and Ad makan sampai terduduk and Azzairi angkat gelas toast untuk Ad. Jadi itu saja sekian terima kasih ececeh takde lah okay sekarang saya nak cerita betul-betul ^_^
Semalam ada public law lecture dekat Mandarin Oriental, sebalah KLCC. If anda, anda dan anda baca earlier post saya yang saya sendiri tak ingat bila, saya ada mention yang tiap-tiap tahun, Fakulti Law UM akan anjurkan satu law lecture ni, dinamakan Sultan Azlan Shah Law Lecture. Tapi setakat ni saya baru pergi dua kali saja termasuk semalam. First time dulu masa saya first year, and Tony Blair yang datang bagi lecture tu. Ohh ya, bestnya jugak event ni sebab bukan nama saje Sultan Azlan Shah punya Law Lecture tapi Baginda sendiri pun datang mencemar duli pergi Law Lecture tu how kewl okay gedik.
Dan best jugak sebab kat dalam LRT boleh main gedik-gedik tangkap gambar kalau yang naik yang namanya mobil itu emang bisa seperti ini? Hoh terus kena cakap macam Cinta Kirana apehal?
Pukul 4.40pm kitorang sampai dekat hotel, padahal dalam tentatif, Sultan datang pukul 4.45..tahniah semuanya =_=.

Lecture tu best and inspiring, saya rasa better daripada yang Tony Blair bagi dulu tapi tu mungkin oh well, i'm more interested in seeing Tony Blair kot masa tu sampai tak dengar sangat lecture dia. Tapi dengan Lord Rodger ni saya mengaku yang saya dengar eventhiugh accent Scottish dia pekat. Tolonglah percaya yang saya memang betul-betul dengar, sampai rasa nak jumpa dia and komen, "That was a brilliant speech, I think you are not bias at all," ^_^ SERIUS.
Namun begitu, semua ketekunan itu telah dilupakan apabila leture habis dan disusuli acara seterusnya iaitu MAKAN :)
And saya kena masuk untuk rosakkan gambar, tahniah T_T
Lepas makan-makan borak-borak, semua usherers event nak tangkap gambar dengan Lord Rodger tadi tu. Saya ikut Myra and Ad sebab diorang usherers and nak jugak tumpang sekaki walaupun impossible lepas tu rasa nervous tibe-tibe sebab nak tangkap gambar jepun haaa tengok nervous sangat sampai nak cakap je pun terus tersambung pulak dua-dua perkataan jadi jepun okay tak faham kan, tak pelah.
Hehehee okay, habis setakat ni saja ceritanya pada kali ini. Paku dulang paku serpih, sorrylah kalau saya buat post panjang-panjang sampai anda letih.
Bai semua.
No comments:
Post a Comment