Tujuan post ni nak cerita pasal openhouse yang saya pergi weekend ni, bukannya nak bagi tips macam mana nak jadi gatai. Dah banyak tips dah tak payah bagi lagi.
Rumah pertama: Nana Nanot's
Dia ni, kawan Zah dengan Deline sebenarnya. Saya tag along saje, tapi dia baik and kami terus ngam jadi kawan.
Nana Nanot. :) Comel boleh masuk Rancangan Gadis Pantene.
Makanan yummy-yummy dekat rumah Nana. Kesian Zah, dia excited gila jumpa ketupat rendang semua. Maklumlah, raya dekat oversea. Duduk dekat London 10 (hari) , eh silap, duduk Afrika 10 hari. Takpe Zah, biasalah semua tu. Hari tu I pergi Paris pun same thing jugak ecececeeh.
Dan tidak ketinggalan juga, pengemar makanan. Tahniah.
Turut hadir memeriahkan, Aween dan Kem. Aween yang takut saya nak candid gambar dia tengah makan telah menolak pinggan mee jauh-jauh dan melepaskan rambut yang diikat, muka tahan lapar tapi tetap nak senyum jugak wee~
Saya and Zah yang baru habis makan rendang, lemang dan sate and sedang merehatkan perut sebelum menjamah mee pula :)
Kek coklat ni sumpah sedap, ada biskut badam kot dalam dia. I loike. Dahlah letak betul-betul belakang meja saya, memang saya capai pakai tangan je. Tak ambil pinggan dah tengok-tengok ehh dah tinggal sikit, siapa yang makan semua ni? =_=
And the cookies too okay Lai, faham kau suka semua benda. Face the fact now.
Lepas tu, Aween ajak pergi rumah abang dia pulak. Ada jugak buat openhouse. I'm like, apa?makan lagi?mampu kah saya? Tapi sebab openhouse Aween selalu masak sedap-sedap and plus abang Aween ni ada baby, jadi saya suka :] Tengok-tengok tak jauh pun dari rumah Nana, kalau batuk pun boleh dengar ececeeh over gila. Nah Azzairi, masukkan perumpamaan over ni dalam kamus hidup kau jugak!
Meet Baby Hussin :)) [Aween, betul ke ejaan? Kalau salah, sila tunjukkan. Saya kan budak baru belajar]
Dan seterusnya, mari kita persembahkan pula makanan-makanan yang ada di rumah ni.
Semua barang-barang tupperware u'olls, sebab mak and abang aween buat bisnes tupperware. Comel gila ;) Nanti bila saya dah ada anak, saya nak guna barang-barang tupperware lah jugak untuk birthday dia, ataupun party dia kalau dia dapat number 1 dalam kelas, mesti anak saya nanti sayang saya. Agaknya itu juga perasaan aween dekat mak and abang dia. Tupperware, kau penyeri hidup kami:)
Masa mula-mula sampai and nampak ada nasi merah ayam merah dan CUPCAKES PALING PENTING, dalam hati dah kata ,"ini kena makan banyak ni," walaupun perut sebenarnya tak lapar lagi dari rumah Nana. Tapi Yannick dulu yang sampai dekat meja and dia terus ambil pinggan isi orange, tembikai susu dengan anggur =_= apakah maknanya openhouse kali ini?
Masa mula-mula sampai and nampak ada nasi merah ayam merah dan CUPCAKES PALING PENTING, dalam hati dah kata ,"ini kena makan banyak ni," walaupun perut sebenarnya tak lapar lagi dari rumah Nana. Tapi Yannick dulu yang sampai dekat meja and dia terus ambil pinggan isi orange, tembikai susu dengan anggur =_= apakah maknanya openhouse kali ini?
Zah and Yannick si health-freak. Nasib baik lepas tu saya makan jugak nasi eventhough sorang-sorang. Takpe, mak pesan, dengan perut kita jangan berkira. Jadi dengar pesan mak.
Ya, kami excited tak pernah selama ni kami sama tinggi dengan KLCC itu sendiri :] Lagipun, aween bagitau yang dekat kawasan kondo ni jugaklah tempat Adamaya shooting. Jadi tak mungkin kami lepaskan peluang ni untuk tengok kondo ni puas-puas, mana tau boleh spot lelaki macam Adam. Oh ye, and bestnya jugak dekat rumah aween ni, sebab ada sorang cousin aween nama dia Kak Wawa. Dia datang openhouse dengan bawak satu beg besar jual baju and accessories jadi hoh, ligat lah saya kecahkan beg tu nak tengok semua barang-barang yang dia bawak. Tapi tau malu jadi saya ajak aween and zah untuk duduk teman.
Saya sempat beli satu rantai and satu gelang. Cantik dua-dua tapi bila beli pandai nak pakai dengan baju apa terus tak ada idea maka jawabnya kena beli baju lah jugak lepas ni.
On the way home, I just took some random pictures.
On the way home, I just took some random pictures.
Bai semua!
2 comments:
i like dis post.sgt !
sebab mcm2 ada.HAHA.
nway nk gk gelang ! dah byk cm org kt India tu,bg kt org bangi ck8.heee..:p
wacheh, mekasih fad. hahahah. uik gelang buleh minta pada kak yat yg kat india cececeh
Post a Comment