Kronologi kehidupan malam ni macam ni sebenarnya:
9.30pm: Balik from makan malam dekat luar dengan kawan-kawan. Masa makan,sembang pasal family-family, pasal anak perempuan-anak perempuan. Sembang pasal betapa susahnya mak ayah tu nak besarkan anak perempuan, patutlah mereka compare kita dengan sekandang lembu. Saya ada 4 adik beradik perempuan. Emi ada sorang kakak. Adeline ada lima orang adik beradik perempuan. Zah ada tiga orang kakak. Syak tak masuk dalam perbualan, DIA ADA SORANG ABANG SAJE :) Pastu sembang topik, "Adakah seorang suami perlu memanjakan isterinya?," Lepas tu lagi sembang pasal topik masak-masak. Lepas tu Emi kesian, order telur separuh masak tapi dapat telur mata kerbau. Tapi Zah yang paling tak tahan laaa..dia kata, telur mata cina :p
Kembali pada 9.30pm tadi : Bukak laptop, bukak facebook, tak ada orang yang post dekat wall. Balik-balik Deline, Zah, Emi dan Myra saja. Tak sure perasaan apa time ni. Lepas tu cium-cium baju, alamak dah busuk. Lepas tu teringat yang diri ni sebenarnya tak mandi lagi. Terus capai towel and toiletries, jalan terkedek-kedek seret selipar nak pergi mandi.
9.40pm: Dah habis mandi, wangi dah. Pegang kulit muka, teringat jalan raya yang tak siap lagi. Terus pakai mask Himalaya saya tu. Lepas tu gedik sapu lotion kat lengan. Habis tu, duduk depan laptop and berfacebook.
9.42pm: Message Hadzwan, tanye sibuk tak? Dia reply, nak pergi keluar pergi karouke sekarang. Mendoakan kejayaan dia menyanyi sedap nanti.
9.50pm: Berwall-to-wall dengan Deline. Macam aktiviti wajib setiap hari.
10.10pm: Teringat yang saya nak buat pembaharuan pada project paper, lalu terus buat projek paper pulak. Lepas tu email kan project paper pada diri sendiri supaya esok pergi lab computer boleh terus print sebab tak ada thumbdrive sendiri. Saya rasa ini satu idea yang cerdas. Ataupun cergas, saya pun tak pasti. Tengok-tengok waaaaah, banyaknya email. Bila mau delete pun tak tau.
10.30pm: Message Hadzwan untuk tau perkembangan karouke dia. Dia kata dia nyanyi lagu Relaku Pujuk. Dalam hati, "wah nyanyi lagu yang tak mencabar. Cuba nyanyi Warisan Wanita Terakhir sikit" Bila ajukan cadangan ni dekat dia, dia tolak mentah-mentah. Sementah getah mentah, rasa sekarang mentah tak mentah getah tu huuuh budak mentah! Eh, merepek.
10.40pm: Tengok video dekat youtube sambil cuba download lagu California Girls dari 4shared untuk ingat dekat Ari sikit. Dah lama tak nyanyi lagu ni dekat Ari, bila saya nyanyi, dia selalu terdiam tanda tergamam. Mungkin dia tau saya tak sehot gadis CALIFORNIA, HOKEH FINE.
10.50pm: Message Myra untuk list senarai bacaan PIL. Untuk dibuat assignment. Bangga dengan diri sendiri akhirnya dapat jugak kesedaran nak buat assignment ni tapi bila dibelek-belek page nya pun tak sudah-sudah, tutup dululah baca esok saja T_T
11.45pm: Habis download lagu tu, bila play dekat Winamp, rupanya tu bukan lagu Katy Perry pun T_T Entah lagu kumpulan indie mana tiba-tiba tersesat. Kecewa sungguh sebab nak download satu lagu pun punyalah payah.
11.50pm: Mendapat idea untuk mintak lagu tu daripada Deline esok via bluetooth saja. Sekali lagi, idea yang cerdas/cergas. KENAPA KAU TAK FIKIR AWAL-AWAL?
12.14pm: Message Hadzwan sekali lagi, dia dalam perjalanan ke Mapley. Rasa bersyukur ada boyfriend yang suka makan selepas karouke macam dia.
12.30pm: Dah tutup lampu, baring atas katil and tarik selimut untuk tidur. Cuba untuk pejam mata tapi dalam otak, eh perempuan, kau tak research assignment Environmental Law lagi. terus bangun dan on balik laptop. Tapi sebelum tu pergi buat air milo dulu untuk tenaga konon nak stay up malam ni. Lepas tu bukak blog pulak terus ehhh, nak update blog lah!
12.50pm: Deline message nak datang bilik untuk ambil soalan tutorial Juris. Saya sempat pesan, "lagi lima minit nanti baca blog aku, aku tengah tulis ni," Lebih kurang macam tulah ayat saya pada Deline.
1.15pm: Tengah-tengah berblog, dapat ilham untuk tulis pasal tajuk apa untuk assignment Environmental Law ni. Google. Ada about 112,000 results appear in 0.12 secondsssssssssssssss ah, tengok esok saja!
1.23pm: Habis tulis blog. Dah rasa mengantuk. Bai semua.
No comments:
Post a Comment