Kelam itu aku simpan pada lubuk yang suram
Biar karam, biar paling dalam
Agar bila aku kegersangan
Bila aku kesepian tak berteman
Yang datang cuma aku, hati aku dan akal aku
Buat penyambung kekuatan
Terlalu lama aku pujuk sekeping hati ini
Untuk terima saja suratan
Terima saja ujian tanpa balahan
Kerna jika bukan kita yang diuji Maha Pencipta
Kepada siapa lagi Dia mahu tujukan kasih sayangNya?
Nama saja hidup ini berliku
Tapi lebih terkehel langkah andai diatur seorang diri
Tetapi telah ku pujuk hati ini
Sabar, dan aku sedar aku lebih menghargai diri
Bila kau pergi
Hidup ini sampai akhirnya jua
Maka aku bersyukur dengan apa yang ada
Dan aku tak pernah meminta-minta
Apatah lagi mengharap ianya diulangi
Aku faham anak kecil takkan mahu permainan lama
Ini pula aku yang sudah dewasa
Berikan saja 'mainan' itu pada yang 'kurang sempurna'
Yang sudah ada, terlalu banyak
Yang tiada itu bukan aku harapkan
Cuma mahu menjaga yang di depan mata
Itu bagiku lambang maruah, lambang kehormatan.

No comments:
Post a Comment