Tuesday, November 9, 2010

nobody in their right mind would have think of this


In all honesty, I like my newly born-again blog. I love my new header actually. In fact, I freaking love it so much that I decided to share my all the same, no-makeup face with you, you and you. Oh well. Well.

Bunch of thanks should be given to the most dearly beloved for his effort. Really, for putting up with my, "I WANT THAT-THAT-AND-THAT". Thank you so much apple pie, and for that I think you too deserve a naked face publicized here. Erk. This would mean War Of The World III



You are every-word, absolutely right.

Okay, sudah-sudah tu dengan greetings saya. Sekarang ni pula, nak beralih pada isu-isu semasa. Apa isu semasa yang ada? Oh, saya masih lagi tak puas hati sebab tak ada perkembangan susulan kes Allahyarham Dato' Sosilawati Lawiya dan tiga lagi mangsa yang terbunuh. Maksud saya, saya tau Kedah banjir. Saya juga tau Gunung Merapi dekat Indonesia tu meletusss, sekali ada tsunami dekat sana. Kenalan di Indonesia juga dah di-sms tanyakan khabarnya. Alhamdullilah, dia OK. Tapi kes bunuh yang paling dasyat dan memalukan ini macam mana? Hmm. Saya jealous dengan student Law yang baru nak belajar Criminal Law nanti di tahun-tahun hadapan, sebab dapat baca kes ni (saya juga boleh, tapi kalau baca time masih tengah belajar bukankah lebih feeeeeel? Saya ingat dulu, masa baca kes Suzaily, kes Aziz Mat Shah dalam Malayan Law Journal, berjurai-jurai air mata T_T Cis, tiba-tiba minat balik Criminal Law.

Oh, I've been home. Sudah tiga hari lebih-lebih. Saya temankan adik saya nombor dua ni study untuk exam MUET dia. Should i show you her picture? Think I should.



Yang di kanan- adik yang nak ambil MUET, semoga dapat band 4 ke atas. Yang di kiri- adik yang akan ambil MUET 17 tahun dari sekarang.

Baru-baru ni, result Asasi Undang-Undang dia agak bagus. memang lagi bagus even daripada saya dulu =_= Saya 3.78, dia 3.89. Sekarang semua bergantung pada exam MUET pulak untuk tentukan uni mana yang dia boleh masuk and belajar Law. And terus kekalkan result secemerlang itu tsk tsk tsk.

Apa lagi yang boleh saya ramble-mamble about lagi?

Oh yeh, baru-baru ni, saya tengok satu video yang dekat facebook, pasal sorang perempuan ni yang sanggup kena tampar dengan boyfriend dia sebab sayangkan boyfriend dia. Masa tengok tu, menyirap koooot. Terus beryahoo messenger dengan sorang kawan lama (lelaki jugak) and emo-emo pulak dekat dia. Dia pun menambah-nambah kan ke-emo-an dengan berkata, "style kan? tengok tak dia terajang perempuan tu last-last?," I'm like, HOH? MANA ADA, DIA TAMPAR JE WEH. Rupa-rupanya kitorang tengok dua video yang berbeza...tapi yang penting, jalan cerita yang sama!

Emo tu sampai hari ni melekat, padahal benda tak ada kena-mengena dengan kita. Saya ni ish, pantang tau dengan lelaki yang layan perempuan macam $%@&!^@*#*!. Macam la masa kecik-kecik dulu, yang susah-susah jaga dia, susukan dia, mandikan, basuh berak semua, bukan perempuan (ibu) jugak? Tak faham lah. Yang perempuan pulak, dalam situasi macam tu kenalah berakal jugak. Cinta ke kalau dah namanya hari-hari makan maki hamun, hari-hari kena pukul tampar? Bagi saya senang, tu bukan namanya cinta. Dan yang itu bukan namanya lelaki. Tak layak dipanggil lelaki. Kalau ayah kandung kita sendiri pun yang lebih berhak pukul/tampar kita tapi tak buat macam tu, what right does any other guy have on us? Think about it.

Fuuuh. Berapi tak berapi tak. Okay, rasanya ini saja. Salam, bai semua.

Monday, November 8, 2010

it's not about you, it's not about me. It's about the whole team. (Stomp The Yard)

Hai Semua. Saya baru habis buat inventori dekat blog sendiri. Tak tau lah kenapa, tapi semenjak dua menjak ni rasa semak sangat tengok blog sarat-sarat dengan background checkered (sebab before this, its checkered) dan gambar banyak-banyak. Jadi saya turutkan kata hati, tukarkan semua template, font, etc etc..menjadi warna putih/hitam saja. Lepas tu saya expand width blog ni, supaya tak perlu lagi baca berjela-jela kebawah. Sekarang saya dan anda sudah baca dari hujung ke hujung. Cuma masalahnya sekarang adalah header di atas, tak mau berkompromi dalam usaha gigih saya mencuci blog pada hari ni. Hadzwan kata tak apa, esok dia tolong. Hari ni dia sibuk nak buat slide presentation, maka menjandalah saya pada malam ini. Haha. Funnay.

Tapi saya suka blog saya yang macam ni. Simple. Bak kata saya tu apaaa? I loike! Okay gedik, sekian terima kasih.

Tapi sebelum tu saya nak berkongsi gambar barang sekeping dua dengan anda, anda dan anda yang dicintai =)



This was taken on Freshies Nite '10

On the eve of 'balik kampung masing-masing nak raya dah ooi' at I-City


Bowling time. Yang. Keren. Semua. Nak. Pakai. Biruew.




After Lecture Sultan Azlan Shah.

Okay okay, before saya pen down ni nak kongsi satu tips. Yang saya berjaya bongkarkan beberapa hari lepas. Ceritanya begini, saya tak bawak balik eye-makeup remover jadi saya gunakan Vaseline untuk menanggalkan mekap di mata. Senang bukan, dan Vaseline tu pun memang jadi 1/2 daripada skincare routine saya, jadi memang merata hala saya pack benda alah ini. Cubalah dan lihat sendiri keberkesanannya, eyeliner-eyeshadow-mascara semua tertanggal. Bak kata saya jugak lagi sekali, anda mampu mengubahnya.

Bai semua.

Sunday, November 7, 2010

pertandingan sendelang-selendang paling gojes!


Hai Semua. Hai Semua. Hai Semua. Hai Semua. Okay, excited terlebih.

Haa, ni buat julung-julung kalinya saya nak join 1 contest yang best. Sebab sebelum ni tak pernah saya join contest yang seumpama dengannya, selalu saya duduk dalam dunia blog saya sendiri saja. Tapi setelah pucuk dicita, ulam pun mendatang. Saya memang dah lama teringin nak join and juga dah lama tak sihat makan ulam. T_T

Pertandingan ini dinamakan GOJES WITH SHAWL CONTEST, anjuran asyazain. Saya telah ditag oleh kak farahfarhana untuk join contest ni (senior saya masa sekolah dulu, cantik tapi sudah dimiliki..ecewah. Jadi tengok saja boleh. Nak mengorat, tak boleh ye). Terima kasih kak farah untuk peluang ini!

Sebelum kita godek-godek gambar dalam My Pictures, mari kita lihat dulu terms & conditions pertandingan ini.

1) WAJIB! Maknanya tak boleh tidak, mesti jadi followers blog dia atau pun 'like' facebook fanpage dia. Oh, ini sudah dibuat. Senang saja tinggal click-click. Lepas tu melangut sekejap baca dua-tiga entri sebelum kembali pada kerja sebenar.

2) Sertakan 1 gambar anda yang terasa paling gojes memakai shawl. Kalau tak gojes pun boleh buat-buat gojes, orang tak marah.

3) Sertakan sekali slogan "saya nampak gojes pakai shawl ni sebab.........." Tuan empunya pertandingan kata, tak perlu tulis ayat panjang-panjang. Secukup rasa saja.

4) Kena tag 3 orang kawan untuk join pertandingan ini jugak.


Okay, syarat-syarat pun dah dibaca. Tapi gambar masih belum dipilih. Bukan sebab semuanya rasa gojes tapi nak pilih yang sipi-sipi gojes pun susah. Hehee. Mesti ramai yang join contest ni, gojes-gojes belaka ditambah pulak pakai shawl, lagilah bertambah gojes. But anyways, tak salah berusaha dulu, menang atau kalah itu belakang kira. Kiranya, lepas habis makan pucuk ulam kat atas tu baru kira lah. Paham. Haa paham pun. Eh.




Okay, ini gambar yang dipilih. Harap-harap menjadi. *wink wink*

Saya nampak gojes pakai shawl ni sebab coraknya mampu menaikkan seri pakaian yang ringkas seperti ini. Bukan itu sahaja, shawl ini sendiri sudah sedia gojes dan boleh digayakan ke majlis formal ataupun untuk bersantai.

Jangan lupa tag toga orang kawan! Saya mahu tag :-

1) Fadzilah Taharim
2)Nurul Ashikin
3)Nurul Adeline

Maaf ya, tak boleh tag ramai-ramai. Syarat pertandingan 3 saja. Okay, selepas dah siap semua ni boleh post kan komen dekat blog pertandingan mengatakan yang anda sudah menyertai pertandingan.

Terima kasih dan bai semua!

Saturday, November 6, 2010

cause you only have one time to prove that your life has been good

Hai semua. Hari ni terasa nak bagi khidmat pesanan masyarakat pulak. Ohh, sebelum tu nak bagitau yang saya dah selamat tiba di Penang, Alhamdullilah. Ari and semua ahli keluarag juga sihat. Perayaan Deepavali disambut meriah dengan kehadiran kad keahlian Jaya Jusco yang baru dibuat, ditambah pula dengan kehadiran Jusco Sale sampai 7hb Nov ni. Maka galaklah kami sekeluarga bershopping di pagi raya tak pergi sembahyang raya.

Okay but before that, saya nak berkongsi satu kisah tragis.


Tak weh. Tu bukan kereta saya. Gambar ni copy paste dari google image je. Kalau nak lagi, berlambak ada.

Okay, cerita dia bermula masa saya dan keluarga on the way balik from KL ke Penang, sebab ambil saya bawak balik semalam tulah. Yes, umur dah 21 tahun tapi masih tergedik nak pergi-balik berhantar dengan parents memang anak abah sejati nii orang tua-tua panggil. Alasan bagi dekat Abah: sebab takut naik bas, banyak sangat accident sekarang. so dah tak percaya nak jejakkan kaki dekat Pudu atau Jalan Duta dah sekarang. Nak naik train, malas pulak *train memang tak ada statistik jalan OPS Sikap nak jadikan bukti tunjuk dekat abah*.

So we were on the road, jalan jam sikit sebab hujan and plus, dekat depan ada accident. So dalam kereta tu, kitorang cam bising-bising bersembang sebab taknak kasi Abah tidur masa drive. Memang tu rutin kebiasaan dari kecik lagi, abah tak boleh kalau radio yang pasang kuat, dia tak fokus. Dia hanya akan fokus kalau anak-anak dia bersembang dengan dia. Memang dasar anak dan abah dua-dua manja. Hmm. Tapi kini kitorang semua tak perlu lagi bersusah payah cari topik nak bersembang, tak perlu lagi tipu lagu baru dekat radio sebab Ari sekarang dah buas tak mau duduk diam even dalam kereta. Orang usik sikit, dia jerit. Suka pulak tu kacau gear dengan handbrake. Lepas tu sikit-sikit kena pasang windshield even masa tak hujan pun sebab dia suka tengok benda tu bergerak-gerak, pasti orang lain akan tengok kitorang pelik semua sebab kan dia sorang ni yang memang dasar pelik hmmmmm nak lari topik dah perempuan ni!

Okay-okay, so the road was slippery and jam. So guna logik akal sekarang, semua kereta pun kena bawak slow-melow la kan? Lane dekat sebelah lenggang saja, tiba-tiba saya nampak 1 benda besar bergerak laju and lampu memang highbeam gila, tapi ada satu je. So dalam hati pun kata, "ohh, superbike kot ni," Tak sampai 0.005 saat saya fikir macam tu, terus dengar bungi BHAM!!!!!! Semua orang pun terjaga hoooi siapa ada sakit jantung time tu dah lama pergi.

Lepas bunyi BHAM!!! tu, bunyi lagi BHAAAAM!! Kali ni lagi kuat, ditambah dengan action kereta melambung and terbalik dekat tepi jalan, tercabut bumbung. Saya boleh bayangkan yang semua orang yang tengah stuck dalam jam di lane sebelah (termasuk saya dan lima ahli keluarga), serentak toleh ke kanan macam wusssssh yes, kalau ada bunyi toleh itulah bunyinya wuuush. Masa tu saya jauh lagi daripada accident dekat lane saya ni, tapi accident dekat sebelah yang melibatkan superbike and kereta ni jadi betul-betul kat tepi T_T

Memang menggigil, rock kapak tak gigil macam ni.

The thing is about accident is that, it is not coincidently called an accident. It's like, you're telling your son/daughter/anak saudara/anak cucu to be careful all the time and certain things can be avoided but when it does happen, you can't say a word about it.

Saya teringat situasi masa di sekolah, saya pernah jerit HYE dekat sorang kawan saya ni lepas itu saya hilang. Kawan saya yang dari jauh saya dah semangat nak HYE kan tu pun datang berlari-lari ke arah saya dan menemui saya terjelopok di dalam longkang. Lalu dia ketawa tanpa pedulikan yang saya dah bent 90 darjah dalam longkang separa besar tu T_T Saya fikir, kalau masa tu saya dah berdarah-darah dalam longkang tu mesti dia takkan ketawa menyeringai macam tu dekat saya, tapi sebab saya pun jatuh dalam keadaan yang stylish maka tidak boleh tidak dia akan ketawa jugak. 5 years later, saya di UM buat Law dan dia jugak di sini buat Engineering. Ceh tak ada kena mengena.

Bila saya tengok accident yang jadi dekat tepi saya tu, secara automatik saya teringat cerita saya yang ini. I would think that if the condition wasn't that bad, I would have ROFL. Tapi tidak, kereta dah terbalik. Mayat dah bersepai. Hmm.

Berhati-hati lah di jalan raya.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dan tengok bawah masa nak HYE orang.


Bai Semua

Wednesday, November 3, 2010

And they say good things happen later

Mungkin sebab kebosanan. Mungkin jugak sebab sorang-sorang sebab roomate tak balik lagi gara-gara assignment International Law. Mungkin jugak sebab semua orang dah balik. Mungkin jugak sebab saya dah siap assignment maka rasa ehhh banyaknya masa ayuh kita menggedik (",) . Mungkin sebab kecik-kecik dulu, zaman kanak-kanak saya tragis. Mungkin sebab saya nak mengekspresskan diri, selaras dengan tuntutan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan. Mungkin ni yang terbaik. Mungkin kita bisa ketemu lagi. Heh.


Halloween much?



Mungkin jugak tersedar yang ini semua membazir masa saja lebih baik cuci muka mari kita capai buku untuk dibaca ececeh.

"If I draw a circle, most people, when asked what I have drawn, will say I have drawn a hole in the wall, because most people think of the inside first, rather than thinking of the outside. But actually these two sides go together - you cannot have what is 'in here' unless you have what is 'out there' "
-Eric Weiner, The Geography of Bliss


Bai semua!