Sunday, July 11, 2010

selamat datang!

Okay, sekarang patutnya dah tidur sebab esok start kelas walaupun ehem, pukul 10pagi, tapi kita sebagai pelajar mesti bangun pagi gosok gigi cuci muka lalalalalaa okay lame. haa. esok class pukul 10pagi, Public International Law, Datin Mary George ajar. *gulp*. macam mana tau? adakah pergi tengok jadual sendiri? oh tidak, tentu-tentulah saya buat muka seringgit lima posen and tanya-tanya orang. :)


Oh ye, sampai je UM tadi, terus diri ini dibawa pergi lunch dengan deline, emi and syak dekat Nasi Ayam Damansara. Terserempak dengan penerbit Bersamamu, terus rasa waaah baru sampai KL dah jumpe orang pemes ni adakah saya pun bakal jadi pemes? tapi takpe buat masa ni rasa syukur and kenyang sebab makan nasi ayam saje. Lepas-lepas habis makan, kitorang bergerak pergi Oldtown White Coffee, Kerinchi sebab ada meeting Mock Trial 2010/2011. Banyak yang dibincangkan, banyak yang digebangkan, banyak yang digelakkan. Macam, heii biasalah nama pun idea-idea bernas haruslah yang di luar kotak kan? Baru kretip mantip.


Showtime lagi 3 minggu from now, tapi sekarang kena tumpukan dekat juniors masa orientasi dulu. Nak kenalkan dekat diorang what Mock Trial is all about, so ada show hari khamis ni. Bagi anda yang baca tapi tak tau apa yag dibaca, eheh, Mock Trial ni in a nutshell nye adalah satu lakonan perbicaraan dalam mahkamah. perbicaraan olok-olok saja. And di UM, kitorang melawakkan perbicaraan tu. Yelah, kalau in real life, tak ada hakim masuk mahkamah menari-nari, lawyer cat kuku masa soal saksi, saksi tiba-tiba naik hantu and makcik cleaner tibe-tibe masuk lap lantai. tapi dalam Mock Trial UM ni, semua itu dan lebih lagi bisa terjadi :)


Hokehh meeting pukul 3 habis dekat-dekat pukul 6 weeey, memang penat sdfxtrwythngsdf. Tapi lepas meeting tu, bersembang sakan gelak-gelak macam pakcik-pakcik dekat warung kopi. wah eh, memang kat warong kopi pun, tinggal buah dam je tak ada. Tapi perangai memang Ya Allah..macam tak gelak sebulan jumpe. habis sakit hempedu pankreas semua.


Lepas habis meeting, pergi pulak Carefoor Sphere yang tak pakai plastic bag semua barang kena carry sendiri sebab deline nak beli sabun syampu ubat gigi berus gigi, saya bagi sabun basuh tinggal jugak dalam bilik ni hmmmmph punya budak. Lepas tu balik terus kemas bilik sampai sakit pinggang. menyesal tak minum Anlene sejak umur 19 tahun :( Tapi puas hati lah bilik cantik, tak apa.


Sekarang ni semua orang keluar tengok Bola dekat Laundry The Curve. nasib baiklah tak minat bola, tak payah susah susah jegil mata pakai lidi pencungkil gigi. boleh duduk dalam bilik baik-baik melainkan diorang berubah fikiran and say, "Laaaaaaai, uptown jom!," maka saya akan turn on. ngeheheheee. Oh tapi tak mungin lah ubah fikiran kan. Malam ni semua either merah or orange kan. sudah-sudah.


jadi kepada mereka yang tak tengok final worldcup ni, dan berhajat besar nak tidur mimpi Spain menang lepas baca post ni, selamat malam ya!



*it's good to be back, but deep down i much prefer the coach at home.

No comments: