Thursday, June 17, 2010

kepala hard rock

haaa kalau dah baca title tu semua nak kata saya ni kaki clubbing la tu. weheh, tibe-tibe bersangka buruk dekat orang, sorry semua. erm, hari ni tak ada apa yang best sangat. cuma duduk di rumah sahaja sambil emo-emo sebab keperiodan. kalau tanya mana-mana perempuan, mesti semua pun tak suka time period ni. well, kalau suka pun, sebab time sekolah asrama dulu kau tak payah terkejar-kejar cepat sangat siap nak pergi sembahyang jemaah dekat surau. shower kosong boleh sedekah dekat orang lain yang tak period and kau boleh guling-guling tidur berdengkur lagi atas katil. and bile time orang puasa pada bulan puasa tu, kau boleh curi-curi makan Mee Ruski Ayam dekat bilik beg and still boleh muka riang gembira turun buka puasa dekat DM dengan dormmates yang lain :) wah, tengok lah zaman sekolah dulu..perangai!!


and kalau tanya balik mana-mana perempuan, diorang kata suka amat sangat time-time period ni, memang getarrrr jiwa betul lah. rasa macam boleh dapat autograph tangkap gambar semua and upload dekat facebook jadi profil picture.tapi kalau memang type yang tak sakit masa period tu buat hape babe, tak perempuan lah macam tu. wah, emo lagi. maaf kan period saya.


bab sakit tu boleh tahan lagi sebab physical pain kan? (ape kena mengena ntah, bajet ambil Sains Sukan), tapi bab hati perasaan kepala yang keras tak tentu pasal tu tak boleh tahan laa..boleh sampai menyampah tahap abang gaban. kalau traffic light merah masa tengah drive pun boleh bikin panas jugaa. kalau tengah best tengok cerita dekat TV tiba-tiba keluar iklan sms ON CINTA pun boleh bikin panas juga. kalau ada sumur di ladang, boleh kita menumpang mandi. ehh. kesimpulannya, semua benda lah boleh buat badan ni terasa hot sekejap masa keperiodan.




sekali tengok macam Igloo anai-anai. dua kali tengok macam rupa taik yang hebat pun ada.


subjek utama emo hari ni adalah, sebab tak tengok karate kid lagi. perkara 1.1 bawah subjek utama tu pulak adalah, apasal loser sangat ntah tak tengok cerita tu lagi. start enjin kereta pegi tengok sudah boleh tak? ohh tapi sebab roh period kus-kus tu dah datang, terpaksalah canggung kejap tak boleh nak buat apa.


yang best, bukak TV channel Astro Prima ada cerita Seniman Bujang Lapok, part Minachi kena marah dengan Achi (hentam sajalah nama lai oii) sebab taik anak terkena muka Achi and Achi tu cakap, "kepala diaaaa...itu batu besar ada duduuuuuuuk," hah, apa lagi terasa la beta di sini. bertambah-tambah emo la boleh pergi tolong Dory cari Nemo sekarang.


dua jam kemudian..





okay haa lepas ni bersiap sedia nak emo balik kalau gambar tak clear!!

No comments: