Mata dah nak tertutup, tangan dah lenguh, tapi bibir masih tersenyum. macam mana? maka dengan oleh itu, saya pun cadang nak berblog lah :)
Dua tiga hari ni tinggal kan kejap tulis-tulis dekat sini, sebab penat lelah buat kerja lain. walaupun ada yang dah literally pergi hospital sebab lelah buat kerja yang sama, alhamdulillah, setakat ni, tak ada lagi rasa macam nak kena sumbat oksigen masuk dalam hidung guna mask pekerja-pekerja tapak pembinaan tu. hmm. sibuk dengan Mock Trial. beloved Mock Trial. kena berlari pergi Feskum nak tanya macam mana nak print script yang dah siap. nak kena hold auditions untuk bakal-bakal pelakon. nak kena practice untuk Mock Trial preview untuk juniors. nak kena makan dekat Pelita Bangsar 3nights straight. memang banyak kerja. tapi nak buat macam mana, with great power comes great responsibility. Spiderman dulu pun bukan hebat sangat, oh well, maybe masa Spiderman 1 tu lebih macho la kot.
Anyways, script dah setel. dah tau nak print dekat mana free. Audition pun dah setel sehari. Not bad jugak..saya memang admire and salute habis dengan orang-orang yang berani datang audition. bukan senang tiba-tiba nak berlakon spontan jadi kucing jadian sesat dalam hutan, atau jadi orang skema yang cakap separuh siam separuh jawa. personally, saya yang dah dua tahun pergi audition sendiri ni pun, masih rasa nak termuntah dekat depan pintu. nasib baik toilet dekat.jadi saya memang tau sangat lah perasaan orang-orang yang datang ni. Thank You So Much!!
Preview tadi? i don't know about orang lain tapi saya punya watak memang rasa macam shjdtyelusktgdljejstdylxxzcdtly. tergelak-gelak. sampai mengelakkan orang lain sekali. tulah masa practice main-main lagi. tak serius. huuh. kan bila judge dah buat lawak spontan kau dah tak boleh nak control gelak. memang demmit. tapi fun lah :) harus lah bila benda yang kita buat pun fun kan? eh, tanya awak mana tau :)
Oh ye lagi satu, hari ni, 15 julai 2010, adalah hari lahir abah terchenta. berapa umur abah tah dah tak ingat 23 kot wacheeeh. Happy Birthday abah :) jangan kerja kuat-kuat sangat. jangan makan semberono. jangan menyakat orang kuat sangat. adik nak mintak dukung jangan buat-buat baca surat khabar.malam-malam jangan sorokkan remote control semata-mata nak tengok bola. and last but not least, jangan buat-buat lupa birthday along pulak nak datang ni :)
Okaylah, esok nak kena bangun awal pagi sebab nak pergi dengar talk dari firm Shearn Delamore. compulsory dengan final years aiyaiyaiyai. tapi esok dengar ura-ura, ramai superseniors nak datang! tu tak sabaq, tu tak sabaaaaaaaq.
Looking forward to Freshies Nite now :)
p/s: saya masih tak ada buddy. hmmph.
No comments:
Post a Comment