Monday, July 19, 2010

forever 21, wee cliche'

Kalau masih segar bugar ibarat baru lepas bangun tidur perfect 8 jam setiap hari tak apa, boleh stay menaip dekat meja ni, mata bulatkan macam mata Boo Monster Inc untuk tengok skrin komputer ni. Tapi nak buat macam mana, badan dah sumpah letih. sumpah weeehh. berlari-lari pergi Pejabat Feskum. Lepas tu buat muka tebal gila-gila nak mintak kertas sampai 3 packet semata-mata nak photostat skrip mock. Nasib baik Deline ada, jadi muka tebal pun tak buruk sangat weeeeee. Tapi rasa bersalah sebab guna kertas banyak-banyak. Tiba-tiba rasa banyak pokok ditebang, hakisan tanah macam dalam kes Highland Towers dan lapisan ozon yang dah tipis tu semua salah saya hari ni. Saya contribute sekali dekat bencana alam cehcehceh. Dah lah ambil environmental law, macam mana?


Ceh kata tadi tak segar bugar kan sebenarnya.


Okay, sebenarnya tujuan nak tulis post ni sebab nak cerita apa yang jadi weekend lepas, masa saya menyambut Hari Menjadi Tua. nak tulis panjang-panjang, tapi banyak lagi kerja kena buat i.e go through skrip balik untuk kaji balik satu-satu watak sebab taknak Ad marah, "sekarang ni siapa yang ada kuasa??," Ye, Ad. Memang. Garang. Macam. Werewolf.


Jadi seeloknya saya post thank you dulu untuk kawan baik Ara, sebab belanja saya makan dan juga belikan hadiah rantai Eiffel Tower yang buatkan saya bongkok sikit tu. sedap food yang dia belanja, ingatkan dia nak bagi cake free sebab dia memang buat bisnes cake and ehem, memang tak pernah beli pun cake dia sebab tiap tahun mesti dapat free masa birthday ;D Tapi kali ni tak dapat, cupcakes dia yang walauweh pun tak dapat sob sobss ;( Tapi it's okay, food hari tu memang terbaik sedap. Cuma appetizer Fresh Oysters tak menahan. Loya..kembang tekak nak telan hanyir-hanyir tu. Semua gara-gara Ara cakap dia teringin sebab tengok Mr Bean makan sedap gila. ohh mungkin kita tak duduk dekat France jadi kita tak tahu.


Terima kasih juga untuk Zah dan Deline yang belanja makan Sundae Twist Mocha, yang kantoi belikan rantai untuk hadiah birthday. sweet-sweet je, padahal muka sorang-sorang memang tak innocent langsung beli hadiah depan mata saya ;D Saya pulak yang kena cover sebab segan dah tahu. Anywayssss terima kasih korang, and thank you zah ingatkan yang kita semua at the same time celebrate anniversary 2 tahun kenal&rapat dekat UM. Tak boleh blah tu pun ada anny jugak, padahal dulu masa orientation, pandang muka Direktor JKO pun dah nak terkencing dalam seluar. Dah nak tulis surat mintak tukar UiTM buat law kat situ. "What have we gotten ourselves into?," Lepas tu balik bilik call Mak macam dekat asrama dulu. sentimental value sungguh.


Deline, terima kasih untuk blogpost birthday tersebut.

Untuk junior kesayangan, fad, terima kasih juga untuk blogpost anda yang amat comel tu. sukanya! and comel okay when you said, you've deleted the photos ;D Thank you so much dearie ;)


Untuk kawan-kawan yang wish happy birthday to me, thank you so much. I know that there are times when i have not been such a good friend, and some of you had to endure my "perangai", but i appreciate nonetheless ALL the birthday wishes and i hope the same for all of you, many many happy returns.


Teruja jadi 21 tahun sebenarnya. dah boleh undi, sekarang bolehlah mana-mana wakil rakyat datang jumpa saya kalau nak berkempen ya. Yang mana bawak kuih lapis sarawak paling sedap tu, confirm saya undi. Waceh motif sebenarnya nak ingatkan Ayie je sebab dia ada beli Kek Lapis Sarawak. Lepas tu boleh dapat "kunci kebebasan" dari parents, macam yang Awin dapat tu.Tapi bila mintak kat Mak, and Mak jawab, "gantung je kunci bilik tu kat leher, barulah tak hilang,", macam mana seterusnya?


Lepas tu, umur 21 tahun dah boleh masuk club kan? Walauweh, terus nak beli baju bling-bling, beli wig blonde, high heels yangsusahnakgerak tu and beratur depan Zouk sekarang. Pastu, kalau ada penggambaran Gerak Khas dekat situ, boleh enterframe sekali buat-buat macam pendatang asing kena tangkap pastu sorok muka. Tak pe, nama keluar jugak dekat credits cerita tu nanti walaupun sebagai 'Gadis 1' atau 'Gadis 2' sahaja.


*Tipu je pasal club tu, tak boleh pun sebenarnya. Sebab pertama, pakai tudung nak pegi club apa citeee? Sebab kedua, orang tak kan percaya pun dah cukup umur nak masuk teheheheee orang ingat saya guna IC palsu teheheeeheee*

Q: Adakah Borneo Rainforest di Sunway Pyramid tu sebuah club bagi anda?

Ok, bye. ;D

1 comment:

NOR FADZILAH TAHARIM A146774 said...

ok sis.xd hal ok.mmg dah berniat nk post kan.
so i ave to do it.hehe.
nway.anda suda 21th !
bt menten.sweet je ! hehe