Tuesday, July 21, 2009

me.new leaf.man in the mirror.

dear ME,



mungkin mase surat nie ditulis, kamu ketawa dan menangis bile teringatkan masa-masa yang dah berlalu dalam hidup kamu.ada yang penuh kegembiraan, kedukaan dan ada juga yang memberi pengajaran.sedar tak sedar, umur pun dah makin meningkat.sebab itulah surat ini ditulis, dan ditujukan khas kepada kamu.supaya kamu dapat mengingati.benarlah kata Tuhan, yang lupa di dunia ini hanya manusia sahaja.kita yang diciptakan sangat lemah dan yang paling mengingati adalah DIA.jadi dengarlah..dengar dan hayati.jika perlu menangis, menangis lah kerana itu sebaik-baik orang yang mengingati.





sepanjang meniti usia sampailah mencecah angka 2o ni, mesti banyak yang dah kamu pelajari bukan?apa yang terpendam dalam hati dan minda kamu itu?apa yang boleh kamu banggakan?oh..kamu dapat straight A dalam peperiksaan rupenye.mase hari kecemerlangan di sekolah, kamulah di antara kawan-kawan kamu yang naik ke pentas dan salam cium tangan pengetua, ambil hadiah dan tangkap gambar dengan mak abah.mase dulu, bersusun trophy di laci rumah, tergamtung gambar2 bersama sijil dan hadiah.UPSR,PMR dan SPM, satu persatu tuah di tangan kamu.bersekolah di sekolah yang hebat, kawan-kawan pun pandai-pandai sampai sekarang kamu di universiti mengambil jurusan yang tak kurang hebatnya.kamu mesti rase bangga kan?ohh..jadi ini semua di atas titik peluh dan daya usaha kamu kan? yalah..kamu yang sanggup bersengkang mata tak tidur malam untuk menghafal pelajaran, kamu yang tiap2 hari study dan salin nota.siapa yang tidak bangga kan?kamu..kamu..kamu..





maaflah jika surat ni boleh mendedahkan perkara-perkara yang kamu abaikan, dan boleh buat kamu terasa hati.sebenarnya, selain kamu..ada ramai lagi yang membantu kamu dalam hidup kamu.dan tanpa mereka kamu takkan berada di tempat kamu sekarang, menulis seperti ini.kamu ade mak dan abah kan?kamu ingat tak pada mereka?umur mereka juga semakin meningkat sama seperti umur kamu yang meningkat.bezanya, mereka lebih tua dan lebih mengingati dari kamu.mereka bekerja siang malam untuk carikan kamu duit, supaya boleh hantar kamu belajar sampai ke tahap ini.bukannya senang jalan mereka..tapi mereka tak pernah merungut dan mengeluh.sejuk hati bila lihat anak-anak berjaya, kata mak.abah tak kan berkira kalau along nak belajar sebab abah tau buku-buku along mahal dan along belajar pon mahal, kata abah.tak kisah walaupun kadang-kadang habis beribu untuk kamu seorang sahaja, sampai kamu tak pernah tau macam mane nak cari duit sendiri.bila hari-hari kamu nak exam, mereka yang lebih ingat berbanding kamu.mereka mendoakan kamu lebih daripada kamu mendoakan diri kamu sendiri.mereka berjaga malam untuk bacekan Yassin untuk kamu, sedangkan kamu..boleh dikira dengan jari berapa malam khamis kamu baca surah Yassin itu.mereka menasihatkan, dan mereka bangga sekali dengan jalan yang kamu pilih.abah kamu..tak henti-henti kenalkan kamu dengan kawan-kawannya, tapi kamu sendiri merungut yang belajar itu susah.kamu tak rasakah susah lagi mereka tu?mak..yang masih memasak untuk kamu sampai ke hari ini, yang masih sibuk-sibuk bersengkang mata menyiapkan bekal untuk anak bawa balik ke sekolah sampailah ke universiti.kadang-kadang kamu suruh mak berhenti, sebab kamu tau mak penat.hmm..kamu tak merasai kasih sayang seorang ibu lagi.betullah kata orang, bila berkaitan soal anak, seorang ibu tu boleh mempunyai kekuatan untuk mengangkat sebuah kereta demi menyelamatkan nyawa anaknya!





kamu ingat tak bila kali terakhir kamu telefon ke rumah?err..sibuk sangat ye dengan kerja?ohh mestilah..tutorial hari-hari kena prepare.kes hari-hari kne bace.buku kne hafal.hmm..kalau pun bukan sebab mak yang call, mesti kamu jarang jarang telefon rumah.sedangkan mak dengan abah tu sanggup turun KL semata-mata sebab nak jumpe kamu, walaupun sekejap.kamu nampak tak pengorbanan mereka?di mana mereka sandarkan harapan mereka tu?kebanggan kamu pada pointer kamu, tapi kebanggaan mereka bile anak mereka ibarat padi yang masak, semakin lama semakin menunduk! berubahlah demi mereka..mereka hanya dipinjamkan sementara saje untuk kamu.tanpa mereka, boleh bayangkan hidup kamu?



emm..kite tinggalkan dulu ye soal mak abah.macam mane pulak dari segi pergaulan seharian?dengan kawan-kawan dan dengan dia?baikkah?atau terasa hatikah?saye kenal sangat dengan kamu..darah muda, tambah-tambah baru nak jadi dewasa nie.selalu saje kawan-kawan beralah dengan sikap kamu yang agak kebudak-budakkan.saye paling tak suke dengan sikap kamu yang keras kepala, sampai nak ditegur pun susah nak terima.kamu kate kamu nak berubah, tapi sampai sekarang tak nampak mane perubahannya.itu belum dikira dengan masa-masa kamu menyusahkan orang lain lagi.ingatlah, kawan-kawan tu hanya akan layan kamu sebaik kamu melayan mereka.name pun kawan-kawan, banyak lah yang mereka terasa hati dengan kamu cuma tak ditunjukkan saje.dan kamu pun semakin galak lah mengambil kesempatan kan?kamu..jangan main-main soal berkawan nie.mereka mainkan peranan yang besar dalam hidup kamu.gembirakan hidup bile bangun pagi-pagi untuk ke kelas, wajah-wajah mereka yang kamu lihat dulu dan bile nak tidur pun, dengan mereka kamu ucapkan selamat tidur dulu.orang lain takkan senang-senang tukarganti semua tu dengan mengambil mudah saje soal berkawan nie.semasa susah, siapa yang kamu cari dulu?semasa sakit, siapa yang belikan makanan untuk kamu dan menjaga kamu?ingatlah kamu...kamu takkan sekuat sekarang tanpa mereka.kamu takkan survive fasa kehidupan sekarang nie tanpa mereka.kalau mereka ada berbuat salah silap pada kamu, maafkan lah..sucikan lah hati kamu dari perasaan hasad terhadap mereka.mereka bukan sesiapa,kawan-kawan kamu sendiri juga.



dengan dia?aduhai...kalau diceritakan segannya.banyaknya kekurangan kamu dibandingkan dengan die.macam mane yang saye cakap tadi, sikap degil and kebudak budakkan kamu tu sampai menyusahkan orang lain.kamu sendiri tau kan hakikat itu?and yang paling banyak menerima sikap kamu nie siapa lagi kalau bukan dia?tiap kali kamu merajuk, tiap kali kamu marah atau bergaduh, pernah kamu yang meminta maaf atau memujuk?tak pernah pun kan?paling membuat kan kamu terharu, tak pernah pun die mencari kesalahan kamu tapi pada mata kamu, ade saje yang tak kena.bila die bercerita betapa tak sabarnya die memikirkan mase depan, kamu ambil mudah saje.bagi kamu, hidup nie panjang lagi..boleh enjoy-enjoy lagi.buat pae susahkan hati fikir pasal mase depan yang tak pasti lagi?emm..kamu bukannya semakin muda.memang pada masa sekarang, belum sesuai lagi nak fikirkan soal kahwin, tapi tak terharu kah hati kamu bila setiap kali nampak keilhlasan dia bercerita, tak kisah berkira dan berkorban untuk membuktikan seriusnya ida pada kamu?kamu akui, kalau dia nak cari mana-mana perempuan yang lebih baik dari kamu, dah lame dia akan jumpa.kadang-kadang kamu tertanya apa yang buatkan dia bertahan lama dengan kamu sampai sekarang?kalau bukan perasaan sayang dan komitmen dia, apa lagi kan?padahal kamu setiap mase merungut dia itu ini..tanpa melihat kekurangan sendiri.percayalah, untuk disayangi dia sudah cukup istimewa, apa lagi yang boleh kamu harapkan selain hubungan ini berkekalan hingga ke akhir nyawa?betul kamu tak tipu..kamu memang sayangkan dia kan?be the girl that he loved.jangan sakiti dia lagi.dia sudah banyak berusaha untuk kamu sampai kadang-kadang kamu tak berdiri di atas kaki kamu sendiri pun.memang betul, Tuhan beri orang-orang yang kita perlukan, bukan yang kita mahukan.dan kamu memang perlukan die kan?



banyak tak yang kamu perlu ubah?bila lagi kamu harus mulakan kalau bukan sekarang?ingatlah, kalau kamu dapat berubah,mungkin ini hadiah terbaik yang kamu terima semasa hari lahir kamu.ubah lah menjadi anak yang baik, kakak yang baik. kawan yang baik, teman hidup yang baik dan hambaNYA yang lebih baik.tiada siapa yang rugi, malah kamu akan makin disayangi!



selamat ulangtahun ke-20, shira.

No comments: