-baru lepas beli buku di Jalan TAR dan nak masuk UM balik-
pak guard: tunjuk kan kad matrik.
kawan 1: (keluarkan kad dan tunjukkan)
pak guard: kamu nie tahun berapa?
kawan 2: tahun dua bang..
pak guard: tahun dua bolah bawa kereta ke?
kawan 2: oh, tak boleh..
saya: kenapa tak boleh bawa kereta sekarang ye abang?
kawan 2: yelah bang..susah la macam ni nak keluar masuk.
pak guard: kamu kena tanya kat orang atas la macam ni (VC), diorang yang buat polisi.
saya: (dalam hati...ceh, dia yang tahan kita tapi tak tau pulak)
kawan dua: tapi macam mengarut je kan sistem nie bang..
pak guard:MENGARUT???KAU TAK PUAS HATI PEGI TANYA ORANG ATAS LAA.TAK PAYAH NAK KATA AKU MENGARUT-MENGARUT PULAK!
saya dan kawan 2: haaaaaaaaah????????wth?period ke pak guard ni?
kawan 1: (terus pecut kereta masuk dalam kampus)
SITUASI KEDUA
-di klinik, keadaan saya yang dah separuh mati-
nurse 1:adik sakit ape?
saya: demam, batuk teruk jugak, saya kena tuam kepala and makan panadol.tadi x pergi kelas.
nurse 1: okay, saye cek suhu.(sambil cek suhu, tinggi jugak) okay, adik duduk dulu ye.
-saye curi-curi dengar perbualan nurse 1 dengan nurse 2, dorang berkomplot untuk tutup klinik kesihatan awal sebab taknak lagi ramai students datang.astaghfirullah...tak tau ke dorang yang kat kolej tu ramai lagi yang teruk dari saya? selepas setengah jam, saya dipanggil masuk bilik doktor-
doktor: (keluarkan stetoskop dan cek badan, belum sempat tarik nafas 2, 3 kali, dia dah cabut stetoskop.lebih kurang cucuk2 je benda tu kat belakang saya)
saya: saya demam dari semalam lagi, batuk and selesema.pastu sekarang berhabuk, saye tak boleh tahan.....(okay, doktor nie macam taknak layan saya je,sebelah tangan die main komputer boleh takkk???wth???)
doktor: okay, nie saye bagi ubat.
saya:boleh doktor bagi mc sekali?pagi tadi saye tak dapat datang kelas, xlarat sangat.
doktor:kenapa tak datang klinik pagi tadi?
saya:saya tak larat nak bangun, demam..nie pun saya baru bangun je.
doktor:alaa, bukannya teruk sangat.batuk selesema je..
saya: (wth??????????)
lain-lain polisi baru:
- Kertas Kerja Dasar aktiviti kolej terpaksa dibatalkan saat-saat akhir oleh HEP sebab ada prosedur baru yang tak diikuti.
- gagal buat pengesahan kursus, denda RM50 bagi satu subjek.buat duit sungguh kan?
- untuk pendaftaran barang-barang elektrik,RM30 bagi laptop dan Rm20 bagi barang-barang lain.lagi sekali buat duit.ahh.buku-buku saya pun tak terbeli lagi, tak kuasa saya nak labur untuk barang-barang yang sepatutnya jadi hak saya ni.
- nak larang students dari bawa kereta, tapi sistem bas sendiri macam @#$$%$#@^&! sangat menyusahkan!
saya sangat 'bangga' dengan sistem mengajar anak ketam berjalan lurus ni!!!
2 comments:
aku suka post kau! hebat..patot bg semua VC kat u dlm mlysia baca! sama ja
kan kan? tah pa per betul la!
Post a Comment