Friday, February 11, 2011

Alhamdullilah!


Hai Semua.

Pertama sekali, maaf sebab dah lama tak update blog. Saya memang busy yang teramat sangat. Sekarang ni pun, masih ada satu assignment yang perlu dihantar lagi. Lepas ni, pening dengan Project Paper/Thesis pulak. Adoi, singkatnya masa. Dalam masa yang sama, kena uruskan projek majalah fakulti ni. Lepas ni cuti, kena buat attachment pulak untuk 2 bulan. Lepas lepas tu, baru free----->


Ya Allah, permudahkanlah segala perjalanan urusanku. Amin.

Oh ye, dekat sini saya nak bagitau, kaki saya sudak semakin membaik, Alhamdullilah. Memang syukur sangat-sangat. Bak kata orang, bila sesuatu tu ditarik daripada kita, barulah kita tau rasa nikmatnya yang selama ni kita buat endah tak endah je. Seriously, sekarang ni kalau saya berjaya berjalan ulang-alik ke toilet dari bilik pun saya dah rasa ianya satu achievement. Hehe..achievement sangat, tu gambar dekat atas tu dah boleh berjalan-jalan pergi IKEA dah semalam. :) Sekali lagi, syukur Alhamdullilah.

Malam ni ada game futsal, tapi awal-awal lagi saya telah ditegah daripada bermain. Rasa sedih jugak tapi takpelah, ini semua untuk kebaikan saya. Apa-apa pun, Alhamdullilah saya ada kawan-kawan yang prihatin tentang diri saya (walaupun most of the time, mereka ni memang gila-gila sikit). Saya doakan, tahun ni pasukan futsal dapat bermain dengan baik, kalau menang lebih baik =]

Akhir sekali, minta maaf juga sebab dah terlalu lama saya tak update/review pasal mana-mana beauty products. Saya memang tak berpeluang langsung nak tengok produk terbaru yang ada dekat Watson/Guardian/SaSa/Shins sekarang. Tapi dalam kepala ni mengharapkan untuk dapat beli produk ini-------->




Ini foundation terbaru dari Loreal. Sangat-sangat berminat untuk cuba. Harap-harap datang ke Malaysia segera. Hehe..kalau dapat beli, emm, Alhamdullilah!
-
-
-
-
-
-
-
-

"This is from the favour of My Lord to test me whether I will be grateful or ungrateful. And whoever is grateful, his gratitude is only for the benefit of himself. And whoever is ungrateful-then indeed My Lord is Free of need and Generous" [Quran 27:40]


Bai Semua!





Wednesday, February 9, 2011

your space is too big to fit in my suitcase!




Kau, adalah suara terindah, buatan terindah pernah aku jumpa
Walau aku tak pernah memanhami sebutanmu atau kamu sedar kewujudanmu
Kau terlalu besar buat hidupku.

Kau, adalah sebab aku boleh tersenyum di kala satu dunia mengecewakan
Walau aku tak pernah memahami ertinya dan Tuhan saja ada jawapannya
Kau terlalu besar buat hidupku.

Kau, adalah sebab aku berterima kasih pada Tuhan untuk apa-apa perbuatan baik masa lampau yang pernah aku lakukan
Walau aku tak pernah teringat jauh lagi mengsengajakan
Kau terlalu besar buat hidupku.

Kau, adalah setiap tindakbalas perbuatanku, percakapanku, ingatanku
Walau kau tidak selalu berada dekat denganku
Kau terlalu besar buat hidupku.


Kau, adalah sebab jika aku berubah, aku berubah demi kau
Walau kau tidak pernah meminta jauh lagi memaksa
Kau terlalu besar buat hidupku.

Kau, adalah sebab aku merasakan hidup ini terlampau pendek untuk jarak usia kita
Walau kau selalu membuatkan aku sebaya denganmu, kau sematang denganku
Kau terlalu besar buat hidupku.

Kau, adalah jawapan pada segala pertanyaan tujuan hidupku
Walau kehadiran kau masih awal untuk menjustifikasikan konklusi itu
Kau terlalu besar buat hidupku.

Kau, adalah sebab tanpa aku perlu berbuat apa-apa pun aku sudah merasa tenang
Walau membesarkanmu satu cubaan yang memenatkan
Kau terlalu besar buat hidupku.

Kau, adalah sebab aku tidak kisah mengorbankan masa
Walau dengan kau sebenarnya masa terasa begitu singkat
Kau terlalu besar buat hidupku.

Kau, adalah sebab aku merasakan Tuhan itu menyayangi aku
Walau kau kecil polos, suci tanpa dosa dan aku sebaliknya
Kau terlalu besar buat hidupku.





Monday, January 31, 2011

so remember Me, I will remember you. be grateful to Me and do not deny Me- surah al-Baqarah,2:152

Hai Semua. Maaf kerana memang sudah lama saya tak update blog ni. Kesihatan tak mengizinkan. Dua minggu lepas, kaki saya tercedera gara-gara semangat bermain futsal. Tapi alhamdullilah, I'm making slow but steady progress.

Bosan jugak sepanjang duduk rumah ni, tak buat apa-apa. Tak pergi mana-mana pun, kecuali rumah tukang urut. Teringin nak menapak ke luar tapi mengenangkan nak melangkah panjang pun saya dah kecut. Hmm. I'm seriously missing putting on nice clothes, shoes, scarf, some makeups and just walk to enjoy the day.
-
-
-
-
-
-


Sebenarnya tujuan post saya kali ni bukan nak cerita betapa bosannya saya, oh bukan.

Saya tiba-tiba teringat balik, 5 tahun lepas masa saya di sekolah, tiap-tiap hari Jumaat masa budak-budak lelaki semua pergi sembahyang jumaat, budak-budak perempuan yang lain akan berkumpul di surau sekolah untuk dengar tazkirah pendek. Selalunya, kakak-kakak senior yang akan berikan tazkirah tu, tapi kadang-kadang, ustazah takpun bekas pelajar sekolah yang selalu datang pun boleh berikan tazkirah tu untuk kitorang. Saya teringat pada tazkirah pertama yang saya dengar di sekolah tu, betul-betul pada minggu pertama saya bersekolah di situ. Eh bukan, pembetulan sikit. Saya tak ingat pada tazkirah tu, tapi saya teringat apa yang terjadi selepas tazkirah tu. Selepas tazkirah tu, kitorang semua akan kebelakang surau untuk pakai telekung dan lepas tu solat zohor berjemaah.

Masa saya kebelakang untuk pakai telekung, sorang kakak senior datang tegur saya.

Kakak senior: Kamu ni pelajar baru ye?
Saya: Ye kak.
Kakak senior: Kamu ni ada buat salah ni. Kenapa pakai anak tudung half? Tudung kamu warna putih pulak tu. Orang boleh nampak rambut kamu dari dalam. Lepas solat nanti, tukar anak tudung. Pakai yang full. Baru pergi Dewan Makan tau?
Saya: Err..baik kak.


Masa solat berjemaah tu, saya nangis. Tak adalah beria sangat, cuma menitik satu dua air mata saja. Sikit-sikit je, tapi masa doa panjang, terus air mata saya pun panjang juga. Masa bersalam dengan kakak yang jadi Imam hari tu, dia senyum sambil tepuk-tepuk bahu. Dia ingat saya terharu dengan bacaan doa dia (doa ada sebut pasal taat ibu bapa, jadi dia ingat saya homesick mungkin?)

Saya menangis bukan sebab saya tak suka ditegur. Saya menangis sebab saya terharu ada orang yang sanggup tegur saya walaupun perkara sekecil itu. Sebab perkara sekecil tu pun, dikira satu kesalahan, dan perkara sekecil tu yang boleh saya perbaiki, akan membawa kepada kebaikan saya. Saya menangis kerana saya bersyukur, alhamdullilah.Setidak-tidaknya ada orang yang menegur kesalahan saya.

Sejak hari tu, selama dua tahun di sekolah tu, saya tak pernah ponteng tazkirah jumaat. Ponteng kelas, ponteng perhimpunan takpe, tapi jangan ponteng tazkirah. Yes, macam tu.
-
-
-
-
-
-


Sebenarnya tujuan post saya kali ni bukan nak ceritakan pasal pengalaman kena tegur masa first tazkirah saya di sekolah, oh bukan.

Saya masih ingat lagi pada kakak senior yang tegur saya tu. Nama penuh dia, siap binti pun saya ingat lagi. Dan saya rasa sekarang dia belajar dekat Mesir.

"No matter what the circumstances, the faithful do not complain or whine. In addition, Allah points out that His creation of difficulty together with ease is His immutable law; for truly with hardship comes ease, for truly with hardship comes ease"
Surah al-Inshirah,5-6

Ya Allah, Kau lindungi dan peliharalah kaum muslimin dan muslimat di Mesir, jauhkanlah mereka dari sebarang malapetaka.


p/s: Terima kasih kak sebab tegur saya. Saya ingat sampai bila-bila

Thank you Allah Azza Wa Jalla

Tuesday, January 25, 2011

i wish that the only pain I can feel now is the one throbbing in my legs

Asasi Undang-Undang UiTM 2007/2008

I miss the ball. I miss the cheer. I miss running around the court and complaining loudly saying "THAT'S ENOUGH"

I wish this injury will go away. Please pray for my quick recovery :)

Lots of love,
LylaSyahirah

Thursday, January 20, 2011

help does not come in twos when trouble comes first

Hye all!
Had attend a lively event last night.
Great show, great performances, wonderful and powerful voices.
Though it was a college event, I'm proud that some of performances were done by my lovely jack-in-the-head fellow mates from the Law Faculty!
*Be no one sayin' we ain't own the nite*

Just as well post some pictures here, as I find myself not being able to be in the mood of typing much. Excuse.


I wouldn't have put yellow and pink together for the life of me.


My lovely bi-atchs!

Ello & his friends

The emcee for the night
I did her makeup, was very relieve it turned out well. But she's already beautiful to begin with :)

I still love this picture for some blurry reasons

Sorry for the lack of posts. Been really trying to keep up with the works and plus, I have a big Futsal Match this Sunday. But I'm not complaining, one more week then I'm off to hug this pumpkin :-



She started walking a few weeks ago, if I haven't mentioned already. Alhamdullilah :)

Bye all, stay safe!