Thursday, December 30, 2010

My top 11 favorite beauty items for 2010


My 11 top favorites for 2010. Supposed I just make them into 10 picks but I had to squeeze my beloved Vaseline. :) And I think, except for Pixy Powder 2 in 1 foundation, I have practically reviewed everything else.

1) Revlon Photoready Foundation.

Now I know I've said that this is one of the best I've ever tried. And even after I've tried a successful amount of other foundations, I would still see this is my favorite go-to, even if other later foundations are better. For everyday use, I like this one. The formula is not too thick, unlike Revlon Colorstay, and it is pretty durable. I understand that the downside is that it gives of a shiny look on the face when you are out under the sun, but I guess being a dry-skin conditioned type of person, I wouldn't mind a slight 'glow' and dewy look. But I guess it's not for the oily skin's cup of tea.

2) Biore Makeup Remover.

Aside from the cute packaging (I love purple, kata Hadzwan), this thing really works well for the price. If I can remember, it's around RM 18-ish. It takes away all of the makeup in one swipe too. Great, great, great :)

3) Neutrogena Oil Free Moisturizer

I used this alternately with my Clinique one. I would say that this one gives me the moisture that my sad dry skin needed, despite being oil free. What I like about this is that it doesn't absorb as quick as the Clinique. It's like stayed on longer on the face to give it a damp look, which is what I prefer.

4) Vaseline

Y'all know I can't talk enough about this one :) It is really a versatile product in a jar. You can use it as a lipbalm. You can rub it in dry areas of the body. You can rub it on your lashes to make them grow thicker and fuller. You can rub it in to wipe off your eye makeup. So versatile.

5) Maybeline Magnum Mascara.

It's not one of my currently used, but I love it for fuller and volumizing mascara. It does tend to clump a bit but I like the effect of clumpy mascara.

6) Pixy Powder 2-in-1 foundation.

I'm sure (if you're a frequent Guardian/Watson hoarder that I am) that you have seen this one before. It's fairly inexpensive. And what I like about this is that I used it to set my liquid foundation and concealer, eventhough I know it is a foundation itself. But it gives of nice full coverage, and if you use it lightly it won't cake up. I need to get myself a new setting powder (been eyeing Rimmel's) but for now, this one serves that purpose.

7) In2it Eyeliner

I'm positive that by now this is my fifth tube of eyeliner from In2it- I simply love it so much. A friend once told me that In2it made awsome eyeliner and when I try it out, I couldn't seem to part for another brand. It is inexpensive too, which is a plus. I've been using this and only this constantly. I love liquid eyeliner more than gel eyeliner or the cream ones.

8) The Body Shop Lip Scrub

Perfect to take off dark skin cells on the lips.

9)Etude House Magic Pot in number 01

Just my regular wearable red shade. And I love to dip in fingers :)

10) Revlon Super Lustrous Lipstick Cream in 230 Fleshtone.

I have two friends who have the similar shades, and this is just amazing. It's a perfect wearable a darker shade of brwonish nude.

11) Rimmel Airy Fairy.

This is by far my favorite lipstick- beats nude ones. I like it for an everyday pink-purpley color look. Amazing.


Thanks for reading. Any recommendations on their favorite products, I would be delighted to go and try out :) xoxoxxx

Wednesday, December 29, 2010

only you, my only one

1) Apakah tradisi hubungan anda?


Tradisi ni macam satu benda yang selalu kita buat dengan partner kita (memang bukan makna dari kamus dewan, tapi makna layman saja). Saya dan Hadzwan tak ada banyak tradisi atau kebiasaan yang kami suka buat bersama-sama. Biasalah, minat pun lain-lain. Jadi kami lebih banyak berkompromi. Tapi baru-baru ni, saya telah discover satu perkara yang boleh tergolong dalam kategori relationship's tradition. Sedih sikit sebab dah dua tahun lebih baru tau apa yang specialnya pasal hubungan saya ni hehehehhh.

Kenapa baru tau? Sebab baru beberapa hari lepas Hadzwan bagitau saya. Sebenarnya dia simpan sajak-sajak yang pernah saya tuliskan untuk dia. Ada tu siap saya record lagi and hantar melalui voicemail. Pergh terharu tak sangka dia simpan padahal saya tau banyak yang saya tulis. Kira dah habis romantik sangat lah tu. Kihkih. Tapi malu wok kalau dia post dekat tumblr dia. Jadi sebagai pembalasan jerit perih saya yang selama ni termenung tengah malam fikirkan ayat nak buat sajak, dia pun telah postkan salah satu sajak yang pernah saya bagi dekat dia dalam tumblr dia (yang ni, tak malu sangat aah)

And since saya pun dah jarang sekali tulis sajak untuk blog ni, maka saya nak ambillah sajak tu post dekat sini jugak. Takde hal, original writer mesti dapat keutamaan sikit.

siapa kamu?

kenapa mendekati aku?

kenapa menyayangi aku? ada apa pada aku?

yang keterlihatan cuma diri yang lolos,

wajah yang polos tanpa makna.

aku insan bicara seribu patah dan diamnya tak pernah,

aku jarang kalah mahupun mengalah.

lalu tegarkah kau melalui hidup ini brsama aku?

di saat aku kecut atau takut,

mampukah kau jadi kekuatanku?

di saat aku rebah,

maukah kau jadi sandaranku?

sayangku kau mungkin tidak nampak.

cintaku kau mungkin tidak sedar.

tapi aku bisa mencintaimu walau dalam diam,

lebih dari itu.

Jadi boleh dikategorikan dalam tradisi hubungan, ye dok? We write and keep poems. Boleh lah special lah tu nak dibandingkan dengan pergi mengail ikan dekat sawah bendang sama-sama ke, ye dok? Haa sajak ni tak ada tajuk pun. Tapi Hadzwan dah letak tajuk, Hanya Kamu. Sila-sila lah melawat tumblr dia ye. Dia buat tumblr sebab dia lebih berminat dengan photography. Tengok, kan minat tak sama. Si jurugambar tak boleh terbang sama tinggi dengan si jurumekap. Heh.


Bai Semua!



P/S: Boleh layan lagu ni, one of the most beautiful poems I've ever known :)

the tigers haven't extinct after all eh? ;)




Hai Semua. Semua-semualah.

Maka dengan deretan gambar-gambar ini terbutilah bahawa saya memang suka berwebcam whore. (Sekali lagi alasan, sebab tak ada DSLR $$$)

Actually, ini adalah post ke-400 saya di blog ni. Saya memang buat countdown untuk post ni, sebab kalau boleh nak tulis pasal tahun baru. Mula-mula ingat nak simpan sebab nak buat list 10 BEST MAKEUP ITEMS FOR 2010. Tapi tak dapat lah gamaknye kalau dah malam ni (29/12/2010), Malaysia menang piala AFF Suzuki against Indonesia. Jadi semangat tu dah beralih arah nak tulis pasal bola sepak lah pulak. Kalau tak, macam hoi gila ke tanah air sendiri susah-susah menang final ni kau nak gedik tulis pasal mekap tak habis-habis. Erk, maroh T_T

First time tengok bola ni hohoho. Okay tipulah dah banyak kali pergi tengok sebenarnya, tapi kali-kali lain tu macam sekadar tengok skrin besar je tapi tak tengok isi skrin. Tak pun, kalau dikira berapa kali saya supper maggi goreng mamak dekat Pelita itu dijadikan ukuran, maka saya boleh bangga cakap jyeaaah, I watched Chelsea vs Man Utd last night. Tapi tak, tu semua haaaanya omong kosooong (beat KRU 'Terhangat Di Pasaran' sikit). Kali ni betul-betul tengok bola punya dengan penuh penghayatan. Memang tiap kali agak-agak bola nak masuk gol lawan tu dah jerit sikit-sikit. Kalau agak-agak Rajagopal muka stress, saya pun muka stress sikit-sikit. Kalau agak-agak ada pemain yang tergolek tu memang sumpah sikit-sikit. Kalau agak-agak ada pemain yang ganteng tu memang pause sekejap eceh tak ahh.


Hari ni jugak, saya dan cousin berjalan ke Taiping. Sebab tulah bersiap bukan main confident lagi berwebcam whore ye dekat atas tu. Sampai dekat Tesco Taiping, adalah dua tiga orang yang pandang. Mostly lelaki, tapi tak ye saya tak perasan yang saya ni cantik ke comel ke huhuhu memang jauh panggang dari api. Diorang pandang, lepas tu senyum. Macam, aikk alamak dah kenapa pulak ni. Lepas tu cousin tegur, hei hang pakai baju hitam kuning, warna Harimau Malaya lah.


Pergh, smart sikit.

Muka baru tau kebenaran yang orang pandang sebab baju, bukan sebab tangan, kaki, kepala, buku lali segala.


Memang best jugak ye tengok bola ni. I thought just the stress of it could kill, but it was worth it. Habis pun dalam pukul 10, Ari tahan tak bagi tidur lagi. Sengal punya kakak. Tapi tengok dari dua-dua game (first di Bukit Jalil, second di Bungkarno), pada pengamatan saya dua-dua pasukan terer main. Cuma tuah dan rezeki lebih menyebelahi pihak Malaysia. Ataupun memang Malaysia just played better this time. Seperti kata teman saya, "there is nothing wrong with Indonesian side, we simply just played better,"

Cuma yang kurang enak itulah gaduh-gaduh adik-beradik antara Malaysia dengan Indonesia. Kenapa cakap adik-beradik? Sebab memang macam adik-beradik pun. Rapat, tapi takkan boleh tak gaduh dalam semua benda. Tak percaya boleh bukak youtube lagu-lagu Peterpan (isu Ariel) sekarang. Pasal muzik pun boleh bikin gaduh. Lebih kurang macam adik dengan abang berebut mainan lah jugak. Tapi seperti adik-beradik jugak, dua-dua takkan seriously injured or meant to injure the other side. Senang cerita, dua-dua keras kepala tapi sebenarnya bila susah tu sayang jugak :)

Saya ada a few Indonesian friends. Ada yang boleh dikatakan rapat jugak. And memang dari pengamatan saya, tak semua orang Indonesia macam tu. Seperti jugak, tak semua orang Malaysia suka gaduh. To be honest, I was quite happy Indonesia menang 2-1 di tempat sendiri against Malaysia tadi. Nampak lebih fair and square, eventhough in the end Malaysia menang secara keseluruhan. Lepas ni, tak ada lagi kesangsian yang dua-dua team sama-sama hebat. Cuma kalah menang adat pertandingan.

Wah pengulas sukan. More to a UN Peacemaker dah ni heh.
-
-
-
-
-
Tapi papehal, Jumaat ni cuti umum memang nice. Sumber :- Utusan Malaysia Online - Terkini

Bai Semua!

Monday, December 27, 2010

if you know me, you'll know how uncool I am


Hai Semua! Bagaimana keadaan semua warganegara Malaysia hari ni? Hari ni pagi-pagi lagi saya dah bangun sebab nak pergi jalan-jalan, bukan sebab nak mengemas rumah ke nak masak ke hape ke, bukan. Masa dalam kereta, saya dengar Hot FM, orang ramai sibuk call Fafau cerita-cerita pasal Malaysia menang Piala Suzuki semalam untuk 1st round final ni. Siap ada tu yang sebak-sebak lagi. Tsk, tak pernah jadi dalam sejarah Malaysia. Malaysia, bagi menang lagi ye? Mana tau nanti Najib kasi bonus apa-apa ke. Best-best.

Okay, sebenarnya post ni bukan pasal bola. Dah tu baru semalam pengalaman pertama saya tengok bola, memang tak dapatlah nak cekap buat entry pasal bola kan kan. Kita sedar diri, kita buat entry pasal kite-kite aje.

Pagi tadi, saya, mak dan adik-adik pergi ke Pasar Acheh. Ada orang panggil Pasar Kemboja. Pelik, dalam peta tu Acheh dengan Kemboja kan jauh. Tapi kenapa dekat sini ada dua nama yang berbeza. Kalau macam Pasar India dan Pasar Pakistan tu saya boleh terima lagi nama nak lain-lain pun. Haish keliru, kesian adik-adik yang study geografi T_T

Tapi dalam pelik-pelik saya pun, saya kagum jugak. Sebab memang dekat sini, penjual-penjual dia speaking bahasa lain. Kemboja or Acheh tu saya tak tau lah. Memang tak faham. Tapi nasib baik diorang faham bahasa melayu sikit-sikit. Bila tanya shawl ni berapa harga dia, diorang akan jawab, ohh ampat lima. Dah bunyi macam Siam pulak.




Kenapa tanya pasal harga tudung saja? kenapa kenapa? sebab dekat sini memang dia jual kain tudung saja. Tengok, jawapan simple.



Taman permainan apakah ini? Banyak gila shawls,syiok!

Okay, saya mengaku. Saya ni lambat sikit terjun dalam bandwaggon shawl-shawl style macam ni. Pada saya, shawl RM10 corak-corak bunga and ada renda-renda dekat tepi tu pun dah kira style habis la tu. Dulu pun bila shawl ni semua tengah hot, sebelah mata tak pandang. Masa tu harga masih RM20 sehelai. HOH TERIMA KASIH LAA AKU NAK BELI TUDUNG SAMPAI 20 HENGGET. Tapi sekarang memang tak dinafikan, cantik pakai shawl ni sebenarnya. Lebih cantik lagi bila pergi Pasar Acheh ni, dia jual RM10 je. Kalau beli berkodi (dalam 10 helai minimum), dia charge RM5 sehelai. Mantap bukan?

Tudung jenis ni tak dapat green light daripada emak mahupun boyfriend sendiri. FINE.


Meh beli berkodi, meh meh.

Pengalaman di pasar seberang memang menakjubkan. Acheh, kau mengubah hidupku.


Bai Semua!!

Saturday, December 25, 2010

there is simply not too much of love in the air lately



Hai semua, semalam 25/12/2010 sempena Christmas celebration, saya dan ahli keluarga yang lain telah ke Bertam dan Kepala Batas untuk menghadiri dua kenduri kahwin. Terasa dah lama tak pergi makan nasi kenduri, sehingga merasakan yang diri ini hanya akan makan nasi lauk pauk kenduri pada hari perkahwinan sendiri *loser*. Tapi alhamdullilah, dua-dua majlis yang saya pergi pun tak mengecewakan. And ini first time saya pergi kenduri kahwin bukan setakat nak melahap mengemukkan diri saja tapi memang betul-betul nak jumpa saudara-mara yang dah lama tak jumpa.


Tapi apa-apa pun makanan tetap nombor satu laa kan.

Sempat ambil gambar makanan je pastu makan and terus bergerak ke rumah kedua. Sebab kitorang pergi rumah pertama tu cepat sangat. Pukul 10.00pagi dah sampai, orang pun ada dua-tiga orang je so kalau tangkap gambar lagi memang rasa tak ada gunanya. Rumah kedua sampai kira-kira pukul 12 tengahari. Just in time for my second lunch.





Masa nak masuk dewan, budak nerd ni tak perasan gambar gedabak ni. Walaupun gedabak, budak nerd ni dah melanggarnya. Nerd sungguh =_=

Pelamin simple tapi sweet

Sweet lagi kalau pengantin dah duduk (dan kalau gambar tak shaky)

Ada appetizer! Makan ni dulu papehal pun, walaupun ni kenduri kedua kau pergi T_T

Makanan sebenar pun sedap gak. Tambah-tambah daging tu. Ingatkan masak kicap, rupa-rupanya black pepper u'ollz. Meletup western wedding ni. Lagu pun Taylor Swift.




Bai Semua!