Tuesday, June 29, 2010

mimpi durian oh noo!

kenapa ntah bila idea tu melimpah ruah sampai tak menyempat nak tadah, mesti banyak je post dalam sehari. DALAM SEHARI TU. kadang-kadang sampai lima. tapi bila tak ada idea tu, alahai..nak taip satu baris ayat seminggu pun susah. wah perumpamaan.

okeh but seriously, nak cerita pasal apa neh?okaylah, we'll start of with what i dreamed about last night sebelum abah datang bukak pintu bilik sambil dukung adik dengan berkata nah hamek adik ni abah nak siap pergi keje. lepas tu hempuk adik kat atas tikar mengkuang. ceh tak lah. letak baik-baik atas tilam vono.



ceh tibe-tibe katil cantik macam kat Concorde.


okeh back to the topic, mimpinya, saya dengan kawan-kawan dekat foyer fakulti tengah nak bukak puasa kot. ntah la tak tau, tapi yang pasti, tibe-tibe azzairi
baca doa bukak puasa. so mestilah time puasa kan takkan time sembahyang jumaat tibe-tibe ada kat foyer nak sembahyang dekat Moot Court baru tu ke? oh well, so bile time nak makan tu, tengok-tengok yang terhidang depan mata HOMAIGOD!!



gambar kena post kecik-kecik je, kesian dekat sesiapa yang puasa betul-betul pulak hari neh ;)

sapa yang chantik, semart, suka membacah, suka menonton TV Plasama jenama Haeir, suka pink kalar, tak suka makan pakai chopsticks, suka Harry Pottah, suka Twilight (team Edward and team Jacob mana-mana boleh), suka setiap jam pergi 7E semata-mata nak beli Nips banyak-banyak pastu risau jerawat tumbuh, cita-cita sebenarnya nak jadi Spy dan TAK SUKA DURIAN, jom sepp sekarang.


heheh, pelik ke tak suka durian ni? padahal ni kan buah tempatan *poyo lai selalu pergi makan dekat Murni lalu dekat tepi orang jual durian RM20 EAT ALL YOU WANT pun tak sudi nak pandang*. kat pasar malam tuh lagilah. hidung tinggi sungguh. baling batu sembunyi tangan di dalam air sekilas pun dah tau jantan betinanya. hokeeeh merepek.




tengok tu habis hodoh punya muka tangkap gambar tapi kena tahan bau durian puff and kena redha bila zah pose cantik-cantik gedik-gedik macam nak buat iklan DURIAN FOR LIFE DURIAN FOR PRESIDENT LETS BUY DURIAN DEODORANT dalam gambar neh. tapi takpe zah, U baik sebab bagi I hidu bodyshop lipbutter U bila time korang makan durian puff ni. so takpe, I bagi U chance ni sekali je lepas tu takde dah.




Tengok kat tangan tu pegang lipbalm and tahan napas and senyum and snap gambar and lepaskan napas balik and cepat-cepat hidu lipbalm balik and and and. gambar hidu lipbalm tak de sebab nasty sangat nanti orang ingat hidu gam habislah.

kenapa entah tak suke durian. sedih je. sedeeeeeey. orang kata kalau tak makan durian, tak guna hidup. jadi kena pergi terjun jambatan ke sekarang? saya keliru. tolonglah saya. YANG BENAR, GADIS BIMBANG.

rasa terpinggirnya bila dalam ramai-ramai kawan, kau sorang yang tak suka/tak boleh makan/tak tahan bau durian. lagi sadis bila kawan tu betul-betul ikhlas berkawan ni and sebagai tanda persahabatan dia pun hantar mesej "turun sekarang nak makan besar ni" and kau pun terlompat-lompat serkup tudung bawak handphone and kunci bilik sume turun ke bilik kawan di tingkat 2 guna tangga pulak tu, and ketuk-ketuk pintu bilik die, bukak-bukak tengok tengah berkumpul orang keliling durian dekat tengah-tengah bilik tu whatthefish and kawan tu cakap "LAA SORRY LAI TAK MAKAN DURIAN KAN?," :D

down gile terus pergi bilik balik makan hati saja.

lagi sebab nak down, dahlah durian ni comes in many form yang mana kalau kita suka makan makanan ni semua tapi sebab ada elemen durian tu terus off. ada pulut durian lah, nasi dengan kuah durian, cake durian dekat Secret Recipe (yang ni paling tak tahan, tambah-tambah kalau letak sebelah Chocolate Indulgence kesayangan tu, terus tak jadi beli cake CI), donut DuranDuran dekat Big Apple, icecream durian, keropok durian, roti durian, biskut durian, pie durian, DURIAN PUFF, haaaa kalau ada juice durian sape nak minum???


tapi takpelah. ada jugak kebaikkannya tak suke makan durian ni. macam orang kata, every cloud has a silver lining. sesiapa yang ada kamera DSLR tu cepat pergi tangkap gambar langit sekarang nak tengok betul ke tak ada garisan perak ni. hmm. okeh. kebaikkan tak suka makan durian ni. kita tak payah susah hati takut demam kalau makan durian banyak-banyak masa musim durian. Tak payah drive naik bukit semata-mata nak pergi Balik Pulau and cari durian sampai nak hantar adik pergi MRSM pun sesat disebabkan durian. Tak payah sedih kalau tak dapat join excitement musim durian. banyak lagi musim ada kat Malaysia ni. Musim Menuai, Musim Banjir, Macam-Macam Aznil Musim Baru pun ada. so tak pe. tak rugi. *muka berlagak*. Tak payah belajar macam mana nak kopek durian yang tajam-tajam tu. kuku yang buff boleh stay on and tak bercalar-calar. haa. positifkah?

takpe. tak semua benda yang sedap berasal dari durian. *lagi muka positif*




sudah, pergi terjun jambatan sekarang.

Saturday, June 26, 2010

Grammy Awards y'all.




cik yatcie ni suke sangat bagi saya award. macam Miley Cyrus pulak rasa. heh, kena specific mention nama artis ye di situ. anyways, thank you so much cik yatcie ;) nanti kamu balik Malaysia, saya belanja Maruku satu balang!

okeh, lets get to the questions shall we?

1)APA NAMA BLOG ANDA & KENAPA LETAK NAMA TU?

Nama blog saya ialah Little Black Book. tak ada kolaborasi apa-apa dengan kedai Little Black Book dekat Bangsar tu ye. walaupun blog ni tak adalah berwarna hitam macam namanya tapi bagi saya dia tetap chomel !


2)APA NAMA URL BLOG ANDA & DARI MANA DATANGNYA NAMA TU?

http://laipixie.blogspot.com

Lai tu singkatan kepada nama saya, Norlailatul Syahirah. Kalau anda semua rajin baca kamus, mesti tahu apa maksud pixie tu kan? kalau tak rajin pun tak apa, saya boleh bagitau. wahaha. Pixie tu maksudnya, pari-pari kecil. dulu time sekolah (sampai sekarang sebenarnya) saya suka sangat lukis patung macam dekat header blog saya ni dekat buku teks Biologi kalau bosan-bosan dalam Makmal. wahaha, kantoi sekarang ambil Law sebab tak boleh go through Bio. pixie punya pasal la ni. oh ye, kawan-kawan rapat pun kadang-kadang panggil Pixie jugak dekat saya sebab ehem, saiz badan yang terbantut macam elf Santa Claus tu? tapi nasib baik diorang panggil Pixie, chomel sikit. kalau panggil heeeeeei si ketot kemetot, tak sentap mak dekat sini?


3)APA METHOD DALAM PENULISAN ANDA?

Guna laptop taip-taip lepas tu publish post sudeeey. tak perlu nak beli diari Hello Kitty mahal-mahal lagi.


4)PERNAH TERASA NAK HAPUSKAN BLOG? SEBAB MUSABABNYA.

Pernah jugak. masa awal-awal terjebak dengan blog ni. sebab tak tahu nak tulis apa hari-hari nak update tapi tak ada apa benda pun nak cerita. lepas tu biar lama-lama sampai password blog sendiri pun dah lupa :D. tapi sekarang tak rasa lagi dah. rasa sayang dekat blog ni. Rasa Sayang Eh Rasa Sayang Sayang Eh.


5)PERNAH AHLI KELUARGA BACA BLOG ANDA?

Oh tidak pernah. malu I kalau diorang baca. tapi kadang-kadang bila tulis blog, saya dukung letak adik kat sebelah. tak tahu lah kalau dia ada pernah curi-curi baca pulak.


6)APA PERASAAN ANDA BILA ORANG KATA BLOG ANDA BURUK SEDANGKAN ADA YANG KATA CANTIK?

Siapa yag cakap macam tu? waduh waduh ini bisa bikin ribut nii. tapi well, taste semua orang lain-lain. ada yang suka blog simple-simple tulisan besar-besar. ada pulak yang suka blog meriah-meriah taruk gambar sana sini. jadi penyudahnya, kita buat blog tu ikut taste kita sudeeh. nama pun blog kita. blog mereka boleh dibuat ikut taste mereka sendiri.


7)BILA BLOG ANDA DIBERANAKKAN?

Pembetulan, blog saya ditelurkan.

okeh okeh serius. ermm. bila eh? sometime in 2007? waaaah, sorry anak hayamku, mak hayammu lupa birthday kamu. nanti kita celebrate ye dengan bapak hayammu.


8)SIAPA ORANG PERTAMA YANG TAHU ANDA ADA BLOG?

Hadzwan Gedik. sebab excited baca blog dia dulu. sekarang, dia tak tulis blog dah, saya yang gigih.


9)APA PERASAAN ANDA BILA ORANG MENGATAKAN TENTANG BLOG ANDA DI SEKOLAH?

Dekat sekolah dulu saya tak ada blog lagi. tapi kat U ni, bila kawan-kawan kata, "lai aku suke lah post kau yang baru ni!," mesti lah perasaan tu gembira tak terucap. walaupun saya tau orang yang selalu cakap macam tu sebenarnya hari-hari kena paksa baca blog saya. yes, deline, i'm talking about you!


10)SEPULUH ORANG SETERUSNYA YANG NAK DI TAGGED.
delin
azzairi
yasmin
awin
yaya
fad
emi (eh, tapi kau tak ada blog kan? sorry dowh.. tak pe.. kau hantar in writing dekat aku pun boleh)
ayie
aina
kak yang =)

Friday, June 25, 2010

Blood Is On The Dancefloor



okay, so the thing is saya bangun awal lah jugak hari ni, if nak consider pukul 10 pagi tu awal but anyways, as usual, lepas habis mandi-mandi, kemas-kemas, basuh-basuh, sidai-sidai dan siram-siram, maka saya pun bukak lah laptop macam biasa. check-check facebook, takde ape yang menarik pun hari ni. tak ada catwomen-fight dekat facebook (hahaha, facebook hanya tu je yang menarik perhatian gue sejak kebelakangan ni). nak tulis status of the day pun tak tau nak tulis apa. so log out. bukak pulak blog, baca-baca blog orang. biasa-biasa saja hari ni, tak ramai yang updates. masih lagi pengalaman Min di Beijing weeee~. lepas tu sign out dari blog, bukak pulak youtube, habis terjah semua beauty gurus dekat youtube. bila dah habis semua, replay clip video Usher feat. Will I Am "Oh My Gosh" sambil menari-nari macam diorang. funny betul hidup saya pada 25 Jun ni.



lepas tu dah lewat petang sikit (oh, bukanlah saya menari sampai lewat petang ye puan-puan semua, banyak lagi aktiviti saya di antara tu. cuma kalau cerita semua macam defeat the purpose pulak), bukak lah Fly fm lepas tu macam ehhhhhhh macam kenal ini laguuuuuu. masa tu station pasang lagu "We Are The World" by Michael Jackson and Friends. something about helping the Africans at that time. lepas dah habis lagu tu, DJ cakap,"....and that was the soul after one year he has left the world,"



oh yeah, hari ni 25th June 2010 y'all. how can i forget. setahun lepas saya menangis melalak masa ni jugak lah masa tau dia mati. tiga hari nangis wo, sampai kena call Ara si kawan baik. masa dia angkat phone pun dia dah risau-risau waaah apa hadzwan dah buat dekat kawan dia sorang ni nak kena siku mamat ni nanti. turned out, saya menangis sebab penyanyi pujaan mati. apa nak buat nasib badaaaan. okeh, tak ada kena mengena.


antara ramai-ramai artis in the world ni, saya paling ingat dekat dia, si budak hitam lelaki putih. sebab kecik-kecik dulu memang membesar dengan lagu-lagu dia semua. satu family memang minat lagu-lagu dia. dulu dengar pakai piring hitam besar tu kan (time ni pause sekejap tulis sebab tanya abah, piring hitam ni in english orang panggil apa. abah jawab, Sorceror's Stone. penipu punya abah). sekarang ni kan dah ada macam-macam. lagu pun dah boleh download dekat handphone, ipod, mp3, mp4. kalau ikut arus deras teknologi macam tulah. erk, arus deras?


oh tapi saya tak reti buat semua tu..







Poster MJ biru dekat tengah-tengah tu, saya ambil masa di Cineleisure. masa tu ada promotion buku-buku RM15 dekat tengah-tengah Cineleisure, now ni dah ada kedai buku tetap kat situ. tengah-tengah tengok buku tu, terperasan lah pulak this stack of MJ posters dekat counter. masa tu fikir, wah, nak tanya boleh ambil terus tak posters tu or nak kena beli buku dulu sebab nak jaga hati cashier. tapi buku tak ada yang menawan kalbu pun. so tanpa segan silu nya, saya pun tanya lah terus dekat abang cashier tu.

"abang, nak ambil poster ni nak kena beli buku dulu ke?," tanya saya pada cashier.
"ambil lah adik, tak payah beli buku pun tak apa," balas cashier pada saya.
"eh betul ke bang? terima kasih," kata saya pada cashier.
"eh kenapa ambil satu je? ambil lah lagi," desak cashier pada saya.
tak ada dialog masa ni, tapi tangan terus sambar tujuh belas keping poster lagi. lepas tu nak balik dah.
"eh, sikitnya ambil. ambillah semua bagi kawan-kawan," ejek cashier pada saya.
"waaaah dia ni perli aku nampak," kata saya pada diri.


huh. whatever. janji saya dapat lapan belas benda ni for free ;) hehee. calender besar MJ warna merah tu, ayie yang bagi masa die bercuti dekat Wales. banyak woot woot gambar MJ dalam tu suke saya tengok. letak kat meja belajar terus berkobar-kobar semangat nak belajar sebab MJ tengok saya belajar, orang lain MJ ada tengok? jangan jeles. haa. kolaj gambar tu, saya buat ikut kreativiti sendiri saje, turn out cantik jugak. sayang pula.


dekat HBO sekarang ni tengah ditayangkan Michael Jackson This Is It. 8tv pulak ada Michael Jackson Unmasked. tapi memang harapan lah nak dapat tv tengah-tengah musim bola sekarang ni. kalau bukan nak tengok ESPN, sila buat benda lain. abah dah siap tarik cadar selimut semua nak berkampung depan tv. oh well, nasib baik dua-dua pun saya ada CD nya, boleh tengok dengan peace and tranquility bila-bila masa.cuma esok dekat 8tv ada History World Tour yessss. kalau nak tengok MJ kena tarik dengan peminat masa lagu "You Are Not Alone", do watch it tomorrow at 9.30pm.


oh heck, i sounded like a freakin' telly reporter ehem ;)

Tuesday, June 22, 2010

macam-macam ari

sebab duit tak boleh beli adik yo!

okay, memang rasa macam, "eh, tak ada gambar lain dah nak letak balik-balik gambar budak ni,". huaa. memang kantoi tak ada idea nak blog pasal apa, just tunjuk gambar saje. oh well, since i figured, i will never upload her on facebook, i might as well put her here for you guys to see ;)





masa ni, mak tengah marah sebab tangkap gambar adik masa dia naik walker. sebab adik tengah menyusu. tengok lah adik buang botol susu dekat belakang tu punyalah beria nak pose dekat camera taknak terasa hina sebab pegang botol susu.





Anak Pendekar Mustar!



masa ni petang-petang bawak adik have a walk dekat Cinta Sayang Resort di Sungai Petani.





potret keluarga yang tak payah buat dekat kedai Kodak pun. eh, kedai Kodak ke nama die? tu bukan nama film camera ke? ohh, whatever.

Sunday, June 20, 2010

hari bapaku




Gambar ni masa openhouse raya tahun lepas, bukan lepas pergi kenduri kahwin orang India ye.


Tadi along dah kejut abah for good dari atas sofa, suruh abah masuk tidur sebab dah pukul 12 and esok abah kena pergi kerja pulak. rasanya malam ni saja dah 4 kali kot along kejut abah bangun suruh tengok bola kat TV tu. tapi last-last macam biasa, TV yang tengok abah. oh tak apa lah sepanjang world cup ni, dari pukul 9 ke atas the remote control is all yours.i watch www.tvmalaysia.com only nevermind.


Rewind balik. haa. sebelum abah tengok bola tu, kita sekeluarga makan malam sama-sama. sedap lauk gulai ikan sembilang yang mak masak. lagi sedap makan dengan telur yang along goreng tadi kan kan? haahaaa. masa makan tu jugak adik merenggek nak makan sama. jadi along sebagai kakak sulung yang penyayang lagi cintakan alam sekitar, pergi lah panaskan bubur nasi adik and suap adik makan. emm. abah habis makan dulu, tak dapat nak makan sekali dengan abah sobss sobss:(


Masa tengah layan si budak gedik manja tu makan tadi, along ingat lagi abah kata,
"Macam ni lah along lembut-lembut jaga adik. macam abah jaga masa korang kecik-kecik dulu, lembut-lembut je,". waaaah masa tu jugak rasa saiz seluar dekat pinggang along ni dah bertambah. terima kasih abah cakap macam tu. along tak kisah pun jaga adik along tu. tapi along tanya jugak, "Masa kecik-kecik dulu, along buaih macam adik tak?,". ohh kalau tak tau, buaih tu buas = nakal, bukannya typo ye. saje semenjak duduk rumah ni feeling-feeling cakap utagha, bukan senang.


Abah pun start lah cerita macam mana susahnya jaga along dulu.abah kata, yang paling teruk sekali nak jaga along lah. paling buaaaaaaaaaiiih sekali.kecik-kecik dulu dah berikat.kalau nak tidur tu kena dalam buaian saja.kalau duduk nursery pun tahan tiga bulan je lepas tu pengasuh dah taknak jaga dah sebab asyik nangis saje. huhuu. tapi along rasa abah main-main je kan? abah nak jaga hati wani masa tu. and hati syanaz jugak takut nanti tersedak dia kat UiTM sana tu kalau sebut-sebut nama dia.habis saham dia nanti. tak apa lah, along faham. along kan kakak yang penyayang dan cintakan alam sekitar tadi.


Tapi kan abah, yang along tak faham nya, orang selalu ingat abah ni abang along. dulu time sekolah lagilah, sampai kena tahan dengan ustaz bagai sebab ingatkan boyfriend datang lawat. hahahaa lawak betullah ingat-ingat balik. tulah salah abah, nak keluar mana-mana asyik pakai jersi, pakai cap lepas tu bershades saja. cuba lah sekali sekala tu pakai seluar slack, baju batik and kopiah putih. boleh geng dengan wakil rakyat mana-mana. tapi best jugak orang kata abah ni muda. nanti bila along dah kahwin ada anak semua, tak ada lah orang nak kata along nampak tua jugak kan. kan orang kata, ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. lainlah kalau kita makan nasi goreng, memang tak ada kuah. dan tak ada kaitan juga.






Tak apa lah kalau abah nak pakai shades pun tapi adik make sure kena pakai topi. macam tu baru contoh kuah yang tumpah tepat ke nasi ;)


Tengah syok-syok berangan semua memori-memori zaman kecik dulu dengan family, tiba-tiba time tulah abah kena panggil daripada dalam bilik kan?


"Along bancuh susu Adik!,"


oh well, HAPPY FATHER'S DAY ABAH. xoxo.