Monday, September 13, 2010

and i wish you a thousand smiles, a thousand joy and a thousand splendid suns

Okeh, dah penat la kan cenggini tiap-tiap hari nak mengedit blog. Last-last ni je rupenye, ciss. Kau tengok sini, tak center pun pastu ada buttons untuk free template/background semua last-last hape je yang keluar?? Macam mana lah subjek Computer dulu boleh dapat A+ ni, nampak sangat hafal tapi tak tau ape tskk tskkk. Sedih :(((((((( Tapi, sampai bila kita nak hidup dalam kesedihan? Kadang-kala kita kena bangkit dari kejatuhan kita. Kan tak lama lagi Hari Malaysia. Okay, tak ada kena mengena.

Baiklah, demi membungakan hati yang dah parah ni, saya nak ceritakan perkembangan cuti saya setakat ini. Tak, bukan makan-tidur-makan-tidur-makan-makan-makan-timbang dah naik 10kilo, bukan ya. Bukan juga sambut raya sampai tak reti nak balik rumah. Saya nak ceritakan tentang pre-birthday celebration ''bahagian-lagi satu'', Hadzwan.



Gambar jangan tak ada pulak.

Biar saya ceritakan something dulu. Masa 1st birthday dia, (masa dengan saya, bukan masa dia still pakai pampers lagi ye, senonoh sikit), saya ingat sebulan awal and dah siap-siap beli hadiah buat surprise semangat sangat. 2nd birthday dia, dibiarkan berlalu hampir 3 jam tanpa ucapan sebab saya terlupa T_T cantik kan perangai? So sekarang dah akan masuk 3rd birthday, saya rasakan adalah cukup matang dan bergaya kalau saya sambutnya awal-awal,nanti kalau terlupa sampai 3hari pulak, saya dah ada defence. Pandai tak pandai tak? Yes, ini pesanan juga buat anda, anda dan anda lovebirds di luar sana. Jika anda seperti saya yang kadang-kadang mengalami alzheimer masa muda-muda ni lagi, sila buat persiapan awal nescaya aman bahagia sentosa dan damai selamanya.

Untuk lebih membuktikan yang saya adalah girlfriend terbaik di abad ini, saya telah membawanya makan di satu restoran enak.


Restoran enak dinamakan Winter Warmers. Terletak di Queensbay Mall, Penang.

Sedikit input tentang restoran ini: Interior yang menarik, i would say. Not as good as restoran ala-ala Garden dekat dengan Curve Flea Market tu but close enough. Sangat lacey, floral, and victorian-like. Bau kedai pun bau teh dan bunga-bungaanJadi girly-girly mesti suka tempat ni dan si cowok mesti rimas dengan tempat ni (!) Makanannya sangat affordable, tak mahal macam restoran Chilis atau restoran TGIF tapi standard macam restoran Secret Recipe. Food presentation semua pun cantik, best. Tak ada apa yang kurang cuma makanan and minuman dekat sini rata-ratanya berasaskan teh. Jadi minuman kau tu tak sah kalau tak ada campur teh. Makanan pun sangat sweet, macam couple dah sweet dia tambahkan lagi sweet nye jadi peewit ehhh merepek.


Penaja kita pada hari ini





Si kena taja, tak payah terharu ^_^






Dory Grilled Fish. Sedap tapi manis. Macam taruk teh di dalam kuahnya.


Hadiah beliau ta-da!



Petua pre-birthday celebration ni berjaya juga ye?

Saturday, September 11, 2010

is there anyone out there cuz it's getting harder and harder to breathe, Ayie 2010

I'm really sorry template lama hilang tibe-tibe, menjadikan blog yang tak berapa best ni lebih tak best bile mata yang membace kena betul2 bukak scutinise satu-satu perkataan kat sini. Eyy mengundang eyyyy. Tapi takpe, mood raya masih ada. And template yang baru ni pun rasa lagi okay (i guess :ss) Have a great day lovelies!

Thursday, September 9, 2010

rindu hati ini inginku kembali pada ayah bonda dan saudara TETAPI AKU HARUS MENCARI REZEKI MEMBELA NASIB KITA BERSAMA

Ini entri pasal raya. Jadi tanpa membuang masa lagi, kita ucapkan dulu Selamat Hari Raya.

Macam mana dengan persiapan raya semua? Apa?? Baju raya dah beli berpasang-pasang tapi kuih raya satu pun tak buat lantas beli saja di malam raya harap-harap dapat murah sebalang RM5? Ish2. Tak apa saya faham. Baju raya banyak-banyak tu, nak disimpan untuk raya tahun depan dan tahun depan dan tahun depan kan? Jadi tak membazir. Kuih raya yang beli kat Jalan TAR tu nak buat sedekah dekat masjid masa orang takbir raya, alhamdullilah :)

Persiapan saya, biasa-biasa saja. Baju raya pun ada sehelai je, tu pun setelah di'seduce' oleh Deline untuk beli. Kalau tak, saya akan pakai yang last year punya je. Duit lebih buat belanja benda lain yang bukan setahun sekali ni. Tapi deline kata, "Lai, baju raya is a NECESSITY," Jadi saya fikir-fikir, oh well, beli saja. Time sale, tak mahal pun. Lagipun itu baju kebaya. Knowing myself (and my friends have repeatedly commented), saya jarang berbaju kurung sekarang. Jadi kalau nak beli pun, saya mesti fikirkan ocassions yang boleh saya pergi dengan memakai baju kurung/kebaya/songket/batik jawa atau mana-mana baju kebangsaan yang lain. Lepas tu end up beli color black/white so that nanti apa-apa event formal kat Fakulti tu boleh sarung dan pergi je dengan baju tu. Oh well oh well, tak apa lah beli jugak baju raya. Lagipun baju tu buatan Malaysia, Zarina mesti bangga saya beli barang Malaysia walaupun RM#### kaaan. :)

Okay moving on to kuih muih. Tahun ni, semua kuih beli. Cuma rendang dan ketupat je buat. Lemang beli jugak. Sebab dah ada si kecik ni kat rumah takut dia pulak yang jadi chef nanti hokey moving onnnn next.

Rumah semua dah clear dah. Sampai ke pagar rumah disapunya. And rumah dah ada cat baru (kuih tak buat, cat rumah rajin ye :D ) langsir sarung kusyen karpet semua dah tukar. Haa sekarang barulah orang boleh datang rumah tanpa bawak Febreeze!

Okay, last but not least, saya nak mintak maaf. Dari hujung rambut sampai hujung kaki. Sincerely, saya betul-betul mintak maaf. Pada kawan-kawan yang balik oversea tapi tak dapat luangkan masa bersama, saya mohon maaf. Pada kawan-kawan yang saya pernah tersakitkan hati, pernah terkasar bahasa, atau pernah pinjam duit tapi belum bayar, saya mohon maaf juga. Saya janji, lepas ni saya bayarkan. Kepada kawan yang terasa/terkecil hati atas apa-apa tindakan saya yang kureng menyenangkan, saya mohon maaf juga. Saya tau, sebenarnya deep down i'm not always a good friend. But i've been blessed with so many friends like you, i'm so happy and thankful :)

Kepada mak abah adik-adik sedara mara belah Taiping dan belah KK, esok Syira mintak maaf dekat semua orang. Tak payah lah Syira nak over letak kat sini pulak malu hihii :]

Kepada readers sekalian, yang saya kenal ataupun yang saya tak kenal, minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki andai ada butir-butir dalam blog ni yang menganggu sesiapa yang membacanya. Saya tak pernah mahu menyakiti sesiapa di medium ini. Jika ada, saya mohon maaf. Terima kasih kerana sudi membacanya selama ni :)

Selamat Hari Raya semua, maaf zahir batin. Berayalah dengan meriah, tanpa tangisan. Kalau menangis sebab dengar lagu Pulanglah, Aisyah tak apa.

Monday, September 6, 2010

let me get this straight, hey me!

Okay, seriously baru balik rumah 3 hari lepas (ke dah hari keempat, duhh lembab maths padan muka tak reti tengok calender) and dah rase hooooooooolly penat gile. hari ni pergi sini, hari esok pergi sana, hari lusa KAU NAK KEMANA KAN BAJU KASUT SEMUA DAH BELI DAH SEKARANG BOLEH DUDUK RUMAH SENYAP-SENYAP TAK OKAY SEKIAN TERIMA KASIH. ups. marah pula.

Tapi hakikatnya suka bila berjalan-jalan. Tak boleh mencuci perut, kita mencuci mata. Lepas tu bila balik rumah dan nak buat konon-konon sorok barang yang dibeli, tiba-tiba si fatha dah perasan dan terus tegur , "kenapa beli kasut lagi? kan hari tu dah beli dah? ish ishh. Abah tak faham lah,kita kan kaki ada dua je," .So, tak jadi nak sorok dan terus keluarkan kasut yang dibeli dan buat muka excited dekat si motha pula tapi hampa sebab dapat komen macam ini, "Eh, kenapalah kasut-kasut syira ni semua rupa macam Clash Of The Titans je?,"


Kasut yang sudah dibeli lama tapi baru-baru ni dapat pengiktirafan filem antarabangsa. Terima kasih bonda :))))

Oh tapi bukan tu je yang membuatkan saya penat sehari dua ni (penipu. tadi kata empat hari) As you all know, ataupun kalau tak tau, yes, saya ada adik kecil. Yang.Sangat.Kecil.Tapi.Sangat.Buas.Masyallah.

Dengan si kecik yang sekarang ni dah pandai merangkak and panjat segala benda aduyai, memang tak payah pergi bersenam kat luar kalau nak lose weight. Main kejar-kejar, main wrestling semua boleh all in one. Nanti kejap kena tarik dia daripada tali telefon/tali printer/tali charger telefon/tali charger camera atau apa jua jenis tali dan dia akan menjerit dan menangis dan saya akan terpaksa dukung dia keliling rumah untuk tarik perhatian dia. Next, dia akan pergi dekat cupboards dan cuba tarik-tolak pintu cupboard tu sampai terkepit jari/tangan dia dan dia akan menjerit dan menangis dan saya terpaksa dukung dia keliling rumah untuk tarik perhatian dia. Next lagi, dia akan bukak cupboard magazine pulak dan tarik satu-satu magazine keluar dan akan koyakkan majalah tu dan saya pula yang menjerit dan menangis sebab yang dia koyak tu collection CLEOs :((((((((((((((((

Tak masuk time nak bagi pakai baju lagi. Up to now, record saya adalah 15minit untuk pampers,baju,seluar,bedak dan sikat rambut dia saja. Penat wrestling ooi. Lepas mandi, minum susu semua, nak kena dodoikan tidur pulak. Part ni sumpah macam-macam lagu keluar. Yang urban semua pulak tu. Okeh. California Girls baru kejap tadi, kolaborasi dengan Syanaz dan Wani.

And yeah, after all that, i will not even attempt to take her pictures. No-oh. Nanti bila hadzwan datang baru dia yang ambilkan sebab adik ni biasanya dengan orang lain yang dia tak kenal, dia akan behave sampai orang kata,"eh, mesti tak susah nak jaga kan?," T_T So that's why there won't be any of her pictures yet.

Hmm. What else can i blabber about?

I guess none. Other than my constant youtube watchings and makeup drollings, none!

Bai semua.


sometimes we don't need to say much, because this is more than enough