Semalam lepas balik library, singgah kejap dekat UniEdu Fair yang UM anjurkan ni. Ada lah jual benda-benda basic macam kain tudung, jambu batu, seluar katok RM5, mekap-mekap murahan. Haa tapi yang bestnya dekat dalam DTC, ada Book & PC Fair. Memang pandai ye, letak yang kengkeng-kengkeng di luar, di dalam ada "taman permainan" saya rupanya =]
Buku-buku cerita yang dijual semua basically RM5,RM10, paling mahal pun RM20 kalau tak silap. Semua slash off price gila-gila lah. Dan lagi best, dalam dewan besar tu and walaupun saya penat bahu mengusung laptop, saya terjumpa jodoh balik dengan buku Committed ni!!!
Memang tak fikir panjang lah terus beli buku ni. Lepas tu mak call cakap duit ada lagi ke tak? Err.. :)
Saya ni memang cerewet sikit bab-bab beli buku ni. "Ahh, kau cerewet banyak," kata deline.
Sejarahnya, saya start baca Eat Pray Love masa saya betul-betul tengah jatuh gila dalam hidup ni. Malu saya nak mengaku, tapi saya pernah rasa sasau sebabkan cinta. Sampai pernah nak terjun dari bukit lah kalau tak dek kerana ada kawan-kawan sekali atas bukit tu dengan saya. Heh, ini kisah benar 3 tahun lepas tapi sekarang ingat balik macam adoyaiii lawak gila tah apa aku pikir time tu, memang bodoh cetek akal gila T_T Masa tu, memang macam-macam yang saya cuba buat sebab nak heal balik. Saya dekatkan diri dengan Tuhan, selalu berdoa. Sebab biasalah dulu-dulu masa kita happy, kita lupa Tuhan. Jadi bila dah jatuh macam tu, orang sekeliling tak ada pulak tu, jadi dekat mana lagi nak cari support system kalau bukan dengan Tuhan? Selain tu, saya cuba buat benda-benda baru. Blog ni salah satu daripada hasil benda-benda baru yang saya cuba tulah. Lepas tu sikit demi sikit, saya ceritakan pada kawan-kawan yang baru kenal ni. Sampai lah sekarang, kalau diorang ni teringat balik mesti diorang akan ejek saya,"ha'ah..sape ntah budak yang nak terjun bukit tu???," HAHAHA.
Okay lah, tu semua cerita lama. Sekarang ni saya dah tak sepsycho tu lagi. Dah lama dah pun benda tu jadi, and even kalau sekarang saya ada masalah, saya takkan cepat melatah. I guess, when you've fallen hard on the ground once, you'll know how to stop and not let yourself get back to that state. Oh lupa nak cakap, selain buat blog, saya juga ada baca buku-buku motivasi yang berkaitan dengan putus-putus cinta ni. Please jangan gelak, dulu saya memang struggle kot nak bangun sendiri. Nak cerita dekat kawan, yang rapat-rapat jelah tau. Itu pun tak cerita menangis tiap-tiap malam sebab yelah, kesian jugak dekat kawan tu nak dengar masalah kita tiap-tiap hari. Jadinya memang cari ketenangan sendiri dari Tuhan, blog dan buku-buku. Dan buku Eat, Pray, Love ni salah satu sumber motivasi saya masa tu.
Bila teringat balik, memang buku ni dah jadi satu turning point kot untuk saya. Pandangan saya dekat cinta dan kehidupan terus berubah. Sampai sekarang buku ni masih saya bawak ke mana-mana. Dari Asasi sampai ke UM ni. Banyak yang saya belajar daripada buku ni. Movie yang keluar hari tu pun best, tapi tak dapat nak gambarkan betapa bergunanya buku ni.
Buku kedua ni, "Committed" adalah sambungan dari "Eat, Pray, Love" tu. Kalau dalam buku sebelumnya tu, Elizabeth Gilbert ni cerita pasal macam mana nak tangani masalah perhubungan dan kesedihan, buku ni pulak menceritakan pasal komitmen dan perkahwinan. Tapi pada pendapat saya lah kan, tak sesuai kalau kita terus baca buku ni tanpa faham Eat, Pray, Love dulu. Macam contoh, kalau kita tengah happy-happy takde masalah kemudian baca buku ni lagilah bertambah rasa happy nak kahwin semualah, tapi bila once ada problem, everything falls apart and kita tak tau macam mana nak handle pun tak guna jugak. Kira macam Eat, Pray, Love tu satu basis dulu lah. Lagipun, bukankah kita lebih belajar dan lebih menghargai semasa kita sedang jatuh? And once kita dah belajar, kita takkan ulangi kesalahan yang sama dan lebih tau apa yang penting bagi kita dan macam mana kita nak bangun balik.
Tiba-tiba teringat conversation dengan Hadzwan beberapa hari lepas-
H: Awak, macam mana awak nak gambarkan relationship kita sekarang dengan relationship awak dulu?
L: Gambarkan macam mana maksud awak?
H: I mean, kalau relationship awak dulu macam ditiup angin kuat memang semua terus hilang ke?
L: (Gelak) Awak ni nak perli saya kecik ke apa pakai analogi-analogi angin ni?
H: (Gelak lagi kuat)
L: Tak lah, dulu kalau relationship saya ditiup angin kuat sekalipun, saya akan tetap bertahan walau apa pun. Biar sakit, biar pedih. Saya akan tetap pertahankan relationship saya dulu.
H: ..........
L: Tapi sekarang, kalau ada angin kuat tu lagi, saya akan belajar dan cari jalan sama-sama untuk macam mana nak kasi supaya angin tu tak datang balik dah untuk selama-lamanya. This is my absolute honest truth, for then and for now.
H: Wah, lagi syiok. Terima kasih awak :]
p/s: and do watch this video yeah? The best relationship advices I ever heard.
H: Awak, macam mana awak nak gambarkan relationship kita sekarang dengan relationship awak dulu?
L: Gambarkan macam mana maksud awak?
H: I mean, kalau relationship awak dulu macam ditiup angin kuat memang semua terus hilang ke?
L: (Gelak) Awak ni nak perli saya kecik ke apa pakai analogi-analogi angin ni?
H: (Gelak lagi kuat)
L: Tak lah, dulu kalau relationship saya ditiup angin kuat sekalipun, saya akan tetap bertahan walau apa pun. Biar sakit, biar pedih. Saya akan tetap pertahankan relationship saya dulu.
H: ..........
L: Tapi sekarang, kalau ada angin kuat tu lagi, saya akan belajar dan cari jalan sama-sama untuk macam mana nak kasi supaya angin tu tak datang balik dah untuk selama-lamanya. This is my absolute honest truth, for then and for now.
H: Wah, lagi syiok. Terima kasih awak :]
p/s: and do watch this video yeah? The best relationship advices I ever heard.
7 comments:
wow
i'm speechless.
=)
how sweet la korg lai. :) ske tgk korg dua. mkn byk sket xde la mlayang kna tiup angin ok! hehe
solha:DDD
thanks babe. hehe okkk lai makan banyak tahun ni.:)
babe! bookxcess memang murah kottt. please la pegi amcorp mall. i pegi sana macam nak nanges, taktau nak beli buku mana. :D
can't wait for the movie to come out! [if there'll ever be hehe]
lai! cpt lh habeskan bace buku tu,then tolong cerita to me ok hehe
F.A: ha'ahh I penah pegi sekali. masa tu dengan kwn, die je borong semua hehe. okey lepas ni dah tau dah nak beli buku dekat mana.
Ayie: I dah bace few chapters so far okaaaay :))) mmg best, but have to restrain sikit sebab nak buat assignment ni haa. heheh.
Post a Comment